Pages

Tuesday, May 3, 2011

Misrata kena bedil 36 jam


TRIPOLI: Pasukan tentera Libya membedil pelabuhan Misrata yang ditawan kumpulan pemberontak dengan roket dan meriam, semalam menjejaskan operasi membawa bekalan melalui jalan laut masuk ke bandar yang dikepung itu.
Jurucakap kumpulan pemberontak mengadu askar Nato yang ditugaskan melindungi orang awam gagal melindungi Misrata.

“Pelabuhan itu diserang bertubi-tubi hari ini (semalam), setakat ini, mereka membedil kira-kira 100 roket. Serangan ke atas Misrata tidak berhenti dalam tempoh 36 jam lalu,” kata jurucakap yang dikenali sebagai Hassan al-Misrati.

“Nampaknya Nato sudah melupakan kami dan keadaan ini meningkatkan serangan tentera Gaddafi,” tambahnya. Keadaan terbaru itu ekoran serangan udara Nato ke atas kediaman Gaddafi di Tripoli malam minggu lalu yang mengorbankan anaknya, Saif al-Arab dan tiga cucunya, hingga mencetuskan kemarahan pengikut Gaddafi yang menyerang pejabat kedutaan Britain dan Perancis serta misi diplomatik Amerika Syarikat. Acara pengebumian dijangka diadakan hari ini dan akan dihadiri Gaddafi yang dikatakan berada di kediamannya ketika musnah akibat serangan tiga peluru berpandu. - Reuters

No comments: