Pages

Tuesday, May 10, 2011

Kumpulan nenek curi hampir RM1.49j



GAMBAR yang disiarkan Jabatan Polis Sterling Heights menunjukkan empat nenek yang mungkin menjadi penyeluk saku paling dikehendaki di Michigan.

DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.
Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.
Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.
Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.
Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih. - Agensi, kosmo

No comments: