Pages

Thursday, May 26, 2011

Abu Bakar tuduh Indonesia dipengaruhi AS


JAKARTA: Abu Bakar Bashir, ulama yang berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup menyelar Amerika Syarikat kerana cuba menghentikan pendakwahan Islam di Indonesia.
Abu Bakar yang dituduh membiayai kumpulan militan, ketika membela diri kali terakhir pada perbicaraannya semalam, mendakwa kerajaan Indonesia berada di bawah pengaruh kuat Amerika Syarikat.

“Saya dituduh bertanggungjawab terhadap keganasan di Aceh dan menjadi penyumbang kewangan kumpulan terbabit. Ia satu fitnah yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan di dalamnya bagi menyisihkan saya daripada masyarakat Indonesia,” kata Abu Bakar di mahkamah di Jakarta Selatan.
“Kerana dakwah saya dianggap berbahaya dan dengan hukuman penjara seumur hidup, impian Amerika Syarikat dan sekutunya akan menjadi kenyataan.” Abu Bakar didakwa mengumpulkan kira-kira 350 juta rupiah (RM125,000) dan menyalurkan sebahagiannya kepada sebuah kem latihan militan yang ditemui di kawasan pedalaman Aceh tahun lalu.

Beratus-ratus pengikut ulama berkenaan, lelaki dan wanita, memenuhi ruang mahkamah dan kawasan tempat letak kereta untuk mengikuti perbicaraan itu. - Reuters
myMetro | Abu Bakar tuduh Indonesia dipengaruhi AS

No comments: