Pages

Tuesday, March 8, 2011

Konspirasi Barat' pecah belahkan Libya: Menteri Luar

Berita Harian Online

PEJUANG pemberontak melarikan diri daripada tembakan bom pasukan tentera yang setia kepada Presiden Muammar Gaddafi, berhampiran bandar Bin Jawad, Libya, hari ini. - Foto Reuters




2011/03/08

TRIPOLI: Regim pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi hari ini menuduh Amerika Syarikat, Britain dan Peranchis terbabit dalam 'konspirasi Barat' untuk memecah belahkan Libya.

Konflik yang semakin buruk itu menyaksikan harga minyak mentah dunia melonjak menakala NATO berkata serangan ke atas orang awam oleh tentera Gaddafi meningkatkan lagi jenayah terhadap rakyat yang tidak berdosa.
Menteri Luar Libya, Mussa Kussa, berkata sekutu Barat kini berusaha untuk memecah belahkan negara utara Afrika itu dengan menjalin hubungan rahsia dengan pemimpin pemberontak.

“Ia amat jelas bahawa Peranchis, Britain dan Amerika Syarikat kini berhubung rapat dengan pemberontak di timur Libya.

'Ini bermakna wujud konspirasi untuk menumbangkan Libya,' katanya.

Washington berkata pihaknya sedang menimbang untuk membekalkan senjata kepada pihak pemberontak di Libya manakala Peranchis mengalu-alukan penubuhan Majlis Kebangsaan yang dilakukan pemberontak.

Britain pula menghantar seorang diplomatnya ke timur Libya untuk memulakan hubungan awal dengan puak pemberontak. - AFP"

1 comment:

Anonymous said...

stuju dgn brita ini. barat sdg melakukan konspirasi untuk menguasi semua negara teluk. libya seperti kita tahu mmg memusuhi amerika dan amerika mgmbil kesempatan ini untuk menggunakan ketenteraannya atas alasan keamanan. d mesir konspirasi dilakukan kerana amerika telah mengetahui bahawa husni ialah sekutu yang sdh tua dan x mau peralihan kuasa kepada ikhwanul muslimin dilakukan ketika keadaan negara stabil. kerana amerika tahu bahawa ikhwanul muslimin akan berkuasa setelah kematian husni. wallahualam