Pages

Friday, February 18, 2011

Penyokong Ali, pembangkang bertempur: 25 cedera


SANAA: Pertembungan di antara kumpulan antikerajaan dan penyokong rejim Presiden Ali Abdullah Salleh menyebabkan sekurang-kurangnya 25 cedera di Sanaa, semalam. Pihak berkuasa pula ditempatkan di bandar raya Aden bagi menghadapi kemungkinan protes besar-besaran diadakan.
Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan - kebanyakannya mahasiswa - meninggalkan Universiti Sanaa menuju Dataran Tahrir di tengah Sanaa sebelum mereka diserbu penyokong kerajaan.

Kumpulan yang setia dengan Ali menunggu penunjuk peraasan berhampiran kawasan universiti itu sejak awal pagi dan menyerang mereka menggunakan batang kayu dan batu.
Sebaik saja aktivis pembangkang melaungkan slogan “Rakyat mahu menumbangkan rejim”, mereka dihujani batu daripada penyokong Ali.

Polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi mengawal keadaan, tetapi mereka kemudian berundur dari situ apabila penyokong kerajaan terus menyerang aktivis universiti. - AFPmyMetro | Penyokong Ali, pembangkang bertempur: 25 cedera

No comments: