Pages

Monday, February 21, 2011

2 wartawan Jerman dibebas


2011/02/21

KOCH (kiri) dan  Hellwig dilihat di lapangan terbang Mehrabad di Teheran selepas dibebaskan semalam.
KOCH (kiri) dan Hellwig dilihat di lapangan terbang Mehrabad di Teheran selepas dibebaskan semalam.
TEHERAN: Pihak berkuasa Iran membebaskan dua wartawan Jerman selepas didenda AS$50,000 (RM151,775) atas kesalahan menemuramah anak lelaki dan peguam seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam hingga mati.

“Kedua-dua tertuduh ditahan di Tabriz, sudah dibebaskan dan akan meninggalkan Iran untuk kembali ke tanah air mereka,” kata Ketua Hakim Azerbaijan Timur, Malek Ajdar Sharifi yang dipetik agensi berita Iran IRNA.
Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle tiba di Iran lewat semalam bagi membawa pulang kedua-dua wartawan berkenaan, Marcus Hellwig dan Jens Koch.
IRNA melaporkan sebuah mahkamah di Iran menjatuhi hukuman penjara 20 bulan ke atas kedua-dua wartawan kerana tindakan ‘mengancam’ keselamatan negara tetapi kemudian menukar hukuman kepada denda AS$20,000.

Hellwig dan Koch yang bekerja dengan akhbar Bild am Sonntag, ditahan pada 10 Oktober di bandaraya Tabriz selepas menemuramah anak lelaki dan peguam Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina.
Hukuman yang dijatuhkan bagaimanapun menerima kecaman dan bantahan masyarakat antarabangsa.

IRNA ketika memetik kenyataan penghakiman melaporkan, perbicaraan dilakukan ke atas kedua-dua mereka selepas ‘memeriksa kertas pertuduhan bahawa mereka mengancam keselamatan negara’ dan dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.
“Bagaimanapun disebabkan keadaan tertentu dan jelas kedua-duanya digunakan pihak tertuduh dalam kes berkenaan, mereka layak menerima pengampunan mengikut Islam,” kata IRNA.

Westerwell pula dilaporkan terus ke kediaman rasmi presiden untuk bertemu Presiden Mahmoud Ahmadinejad sejurus tiba di Iran.

Pejabat presiden menyatakan kedua-dua mereka membincangkan ‘isu wilayah, keadaan di Afghanistan dan keperluan kerjasama untuk menentang keganasan dan pengedaran dadah. – AFP
Berita Harian Online

No comments: