Pages

Thursday, December 23, 2010

Paris Hilton diarah keluar pesawat





LOS ANGELES - Selebriti terkenal, Paris Hilton (gambar) dan 203 orang penumpang lain terpaksa keluar dari pesawat Delta Air Lines Boeing 757 kerana sebilah pisau ditemui di dalam pesawat itu kelmarin.
Paris turut menghantar mesej ke laman Twitter miliknya dengan menyatakan: "Anggota-anggota keselamatan meminta semua penumpang keluar dari pesawat kerana penemuan sebilah pisau yang besar.
"Menakutkan dan pelik bagaimana sebilah pisau boleh dibawa masuk ke dalam pesawat," tambah Paris.
Penerbangan pesawat 1197 dari Los Angeles yang menuju ke Maui, Hawaii itu ditangguhkan selama satu jam.
Jurucakap syarikat penerbangan Delta, Susan Elliott memberitahu, ia merupakan pisau katering yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh kru pesawat. - Agensi
-kosmo

No comments: