Pages

Thursday, December 30, 2010

Israel kawal ekonomi Palestin



RAMALLAH - Kira-kira 20 syarikat Israel akan membina bandar moden pertama Palestin di Tebing Barat dan berjanji kononnya tidak akan menggunakan produk atau perkhidmatan dari penempatan haram Yahudi, kelmarin.

Pengumuman yang dibuat oleh pemaju projek, Bashar Masri itu mencetuskan kemarahan pendatang haram Yahudi yang menganggap syarikat pembekal Israel menyokong boikot antarabangsa terhadap barangan dan perkhidmatan yang berasal dari penempatan haram Yahudi.

Bandar Rawabi yang terletak 30 kilometer di utara Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada rancangan utama Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, untuk membentuk asas negara merdeka Palestin.

Penyertaan syarikat Israel dalam pembinaan itu adalah satu peringatan penting bagaimana jajahan Zionis selama 43 tahun menyebabkan ekonomi Palestin bergantung sepenuhnya kepada rejim itu.

No comments: