Pages

Saturday, November 27, 2010

Penduduk kampung China berketurunan askar Rom




GAMBAR menunjukkan wajah seorang penduduk kampung di Liqian, Cai Junnian yang bermata hijau (kiri) dan patung ketua tentera Rom, Marcus Crassus.


LIQIAN, China - Pakar-pakar sejarah percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk kampung itu menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.
Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.
Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.
Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.
Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China. - Agensi

No comments: