Pages

Tuesday, November 23, 2010

Israel bina pagar 240 km di sempadan Mesir



BAITULMAQDIS 22 Nov. - Israel hari ini memulakan pembinaan pagar sepanjang 240 kilometer di kawasan sempadannya dengan Mesir bagi menyekat kemasukan 'pengganas', pendatang tanpa izin dan kegiatan penyeludupan.
Pasukan jurutera dan jentolak hari ini mula melaksanakan pelan yang antara lain melibatkan pembinaan pagar serta pemasangan peralatan pengawasan seperti sensor untuk mengesan pergerakan manusia.
Langkah keselamatan itu dijangka melibatkan kos berjumlah 1.35 bilion shekel (RM1.15 bilion), lapor media semalam dengan memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel.
Kira-kira 200 orang masuk ke Israel secara haram dari Mesir setiap minggu pada Mac lalu sehingga mendorong pelan itu diluluskan oleh kerajaan Israel.
Pada bulan ini, bilangan pendatang yang masuk dari Mesir meningkat ke paras tertinggi iaitu kira-kira 700 orang seminggu, menurut Lembaga Penduduk dan Imigresen Israel.
Lebih 10,000 orang telah masuk ke Israel secara haram pada tahun ini. - dpa

No comments: