Pages

Saturday, October 30, 2010

'Orang gomen' disaran bercuti untuk cari jodoh





2010/10/30

TAIPEI: Seorang ahli Parlimen Taiwan mencadangkan percutian 'cari jodoh' kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan kadar perkahwinan dan kelahiran di pulau terbabit. 

Lin Hung-chih menyarankannya kerana ramai kakitangan awam bujang. Dengan cara bercuti dua hari setahun dibiayai kerajaan mereka boleh menyertai aktiviti mencari jodoh, katanya.
Pasangan Taiwan yang berkahwin mencatat rekod paling rendah iaitu 117,099 pada 2009 merosot kepada 24.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kadar kelahiran di pulau itu juga antara paling rendah di dunia. Hanya 191,310 bayi dilahirkan tahun lalu. – AFP

No comments: