Pages

Saturday, October 9, 2010

Buku terbesar di dunia dijual pada harga RM310,000

FRANKFURT - Sebuah buku bergambar yang didakwa sebagai terbesar di dunia diterbitkan oleh syarikat penerbitan Australia.

Buku bersaiz 54 kaki persegi bertajuk 'Earth, Platinum Edition' itu akan dijual pada harga AS$100,000 (RM310,000).

Gordon Cheers, pengarah urusan Millennium House yang menerbitkan buku itu berkata, hanya 31 salinan buku itu - yang mengandungi peta dunia dan gambar beberapa lokasi popular - akan dicetak.

"Kini, semuanya bersifat digital dan hilang sekelip mata. Namun buku ini masih akan wujud walaupun selepas 500 tahun," katanya.

Buku itu dipamerkan buat kali pertama di Pesta Buku Frankfurt di Jerman, yang merupakan pesta buku terbesar di dunia, Rabu lalu.

Bagaimanapun, Guinness World Records masih belum membuat pengesahan rasmi sama ada buku itu adalah yang terbesar di dunia.

No comments: