Pages

Saturday, September 11, 2010

Buah pinggang penderma tidak boleh naik pesawat



MANILA: Pasukan perubatan Filipina terpaksa membuang buah pinggang yang didermakan apabila sebuah syarikat penerbangan tempatan dilaporkan enggan membawanya untuk tujuan pembedahan pemindahan organ.
Cebu Pacific Air berkata mereka melindungi penumpang dari sebarang jangkitan atau pencemaran apabila bertindak menolak untuk membenarkan pasukan terbabit untuk membawa organ itu di atas satu penerbangan bulan lalu.
Benjamin Balmores, presiden Persatuan Nefrologi Filipina (PSN) berkata buah pinggang terbabit tidak lagi dapat digunakan selepas doktor terpaksa membawanya melalui perjalanan darat ke destinasi sejauh 400km.
Menurut Institut Pemindahan dan Buah Pinggang Kebangsaan (NKTI), ini adalah kali pertama pasukan perubatan tidak dibenarkan untuk membawa organ di atas pesawat, kata Balmores kepada AFP.
Cebu Pasific berkata pihaknya membenarkan buah pinggang terbabit dibawa melalui kargo tetapi doktor enggan berbuat demikian kerana organ terbabit terlalu mudah rosak.
Candice Iyog, seorang jurucakap penerbangan berkata: Cara (buah pinggang) terbabit dibungkus tidak menepati standard yang diterima antarabangsa.
Balmores, yang mewakili doktor buah pinggang di negara itu menggesa syarikat penerbangan supaya menerima garis panduan mengenai pengangkutan organ manusia.
Berdasarkan pengalaman Institut Pemindahan dan buah Pinggang Kebangsaan sebelum ini, ia seperti tiada dasar standard atau pelaksanaan konsisten dasar itu, katanya. AFP
Sumber : Bharian.com.my

1 comment: