Pages

Thursday, August 19, 2010

Sayap pesawat terputus di udara



PESAWAT menjunam ke bumi.


SANTA FE - Seorang juruterbang lagak ngeri di Argentina nyaris menemui ajal apabila sebuah sayap pesawatnya terputus semasa dalam penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, juruterbang warga tempatan, Dino Moline, 22, sempat menghidupkan payung terjun kecemasan tetapi kakinya melecur dalam kejadian yang berlaku pada satu pertunjukan udara di sini baru-baru ini.
Pesawat Briged Udara RANS itu meluncur secara terbalik pada ketinggian 500 meter di udara di hadapan 3,000 penonton apabila sayapnya tiba-tiba patah.
"Saya kemudian melihat kokpit pesawat terbakar dan saya agak bimbang. Kaki saya melecur tetapi saya terselamat," katanya dengan nada selamba.
Pesawat berkenaan berpusing sebelum menjunam dan terhempas diikuti dengan satu letupan besar tetapi orang ramai lega apabila melihat Moline terselamat dalam nahas udara itu. - Agensi

No comments: