Pages

Thursday, August 26, 2010

Masjid WTC: Perpaduan terjejas


BANGUNAN yang dicadangkan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Islam (dalam bulatan) dirakam gambar dari tapak Ground Zero di Manhattan, New York, kelmarin. - AFP


NEW YORK 25 Ogos - Perdebatan hangat berhubung rancangan pembinaan sebuah pusat Islam dan masjid berhampiran Ground Zero, meletakkan sikap tolak-ansur dan perpaduan New York dalam bahaya, kata seorang ketua biskop Roman Katolik semalam.
"Kami agak bimbang, nilai-nilai murni tersebut mungkin akan tercemar ketika perdebatan tentang lokasi masjid terus dilakukan," kata ketua biskop Timothy Dolan selepas bertemu Gabenor David Paterson berhubung isu tersebut.
Satu tinjauan kebangsaan menyatakan pandangan rumit rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap projek pembinaan masjid berkenaan, dengan 51 peratus membantahnya, sementara hanya 34 peratus bersetuju dengan projek terbabit.
Tinjauan melibatkan 1,003 orang dewasa dipilih secara rawak yang dilaksanakan Pusat Penyelidikan Pew itu menunjukkan, 62 peratus responden menyatakan penganut Islam mempunyai hak yang sama untuk membina rumah ibadat.
Pengkritik berkata, pembinaan bangunan itu terlalu hampir dengan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang runtuh pada 2001 selepas dirempuh dua pesawat yang dirampas militan dan mengorbankan hampir 2,800 mangsa.
Penyokong pula menyifatkan kebebasan beragama perlu dilindungi.
Dolan berkata, perdebatan kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang munasabah di sisi undang-undang.
Dalam satu ucapan penuh perasaan pada satu majlis berbuka puasa semalam, Datuk Bandar Michael Bloomberg berkata, membenarkan pembinaan masjid dua blok dari lokasi Ground Zero 'akan menjejaskan komitmen AS untuk memerangi keganasan dengan kebebasan'. - AP

No comments: