Pages

Saturday, July 17, 2010

Mahu derma sebahagian daripada kekayaan RM43 bilion





SAN FRANCISCO - Pengasas bersama firma perisian gergasi Microsoft, Paul Allen, kelmarin berjanji akan menderma sebahagian besar daripada kekayaan beliau yang kini bernilai AS$13.5 bilion (RM43.2 bilion) untuk tujuan kebajikan.
Janji itu dibuat beberapa minggu selepas bekas rakan perniagaannya, Bill Gates dan legenda pelabur terkenal, Warren Buffet menggesa bilionair-bilionair lain membuat ikrar untuk berderma sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka.
"Saya mahu mengumumkan bahawa usaha dermawan ini akan berterusan sepanjang hayat saya," kata Allen, 57, yang memang sudah menderma lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada agensi kebajikan sejak beberapa tahun lalu.
"Saya memang merancang beberapa tahun dulu iaitu majoriti kekayaan yang bakal saya tinggalkan untuk diderma bagi meneruskan usaha yayasan dan penyelidikan saintifik demi generasi akan datang," katanya.
Menurut majalah Forbes, Allen merupakan manusia ke-37 paling kaya di dunia dengan aset bernilai AS$13.5 bilion.
Beliau mengasaskan Microsoft bersama Gates pada 1975 sebelum meninggalkan firma itu pada 1983. Allen menghidap penyakit barah darah non-Hodgkin's lymphoma dan pernah menjalani rawatan kemoterapi yang berakhir baru-baru ini, kata seorang jurucakap kumpulan pelaburan Allen, David Postman. - dpa

No comments: