Pages

Wednesday, July 21, 2010

MAHATHIR: PEMIMIPIN AJARAN SESAT?



Tindak tanduk dan tutur kata Mahathir Mohamed selama ini begitu
mengelirukan. Lebih mengelirukan lagi apabila kebelakangan ini beliau banyak
berhujah lagak seorang ulamak muktabar yang diakui oleh dunia. Apabila
memperkatakan tentang hukum hakam agama suci Islam, beliau pantas
mengeluarkan "fatwa-fatwa" yang tidak berasaskan Al Quran, sunnah, qias dan
ijmak ulamak. Yang lebih hebat lagi ialah segala "fatwa-fatwa" dan "tafsir"
tadi diluahkan tanpa mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh ulamak-ulamk
muktabar sejak zaman berzaman.

Yang begitu mengelirukan sekali ialah segala "fatwa-fatwa" dan "tafsir" yang
dibuat oleh Asy-Sheikh Mahathir Mohamed Al-Haj ini diangguk oleh
ulamak-ulamak ternama UMNO seperti Wan Mohktar, Hamid Othman, Yusuff Nor dan
sebagainya serta anak-anak ulamak Abdulah Ahmad Badawi yang memiliki
pelbagai ijazah syariah Islam dari Al-Azhar dan universti-universiti dalam
negeri. Tidak kurang jugak yang terpengaruh dan mempertahankan hujah-hujah
beliau. Ulamak-ulamak UMNO tadi mendengar dan melihat dengan penuh rasa
kagum dan takjub dengan kehebatan seorang ulamak muktabar bernama Mahathir
Mohamed. Pada mereka, inilah seorang ulamak zaman internet yang berani
melakukan perubahan dalam pemikiran Islam.

Beliau telah berjaya menimbulkan kekeliruan dalam minda umat Islam di
Malaysia dengan cara yang amat menyakinkan sekali. Cara beliau adalah amat
mirip dengan cara zionis dan freemason. Hukum akal digunakan dengan
sepenuhnya dan Al Quran, Hadith, Qias, Ijmak ulamak dihumban ke tepi.
Antaranya:

1 Rasulullah s.a.w. tidak menyimpan janggut kerana kononnya ketika di
zaman itu pisau cukur tidak ujud. Beliau lupa bahawa orang-orang di zaman
itu amat hebat dengan ilmu pertukangan besi dan pedang RAsullah s.a.w.
adalah yang tertajam.

2 Saidina Hamzah r.a. tidak dimandikan setelah mangkat syahid dalam
perang kerana tidak cukup air. Bukannya kerana darah para syahadah akan
terus mengalir dari jasad walau pun telah mati.

3 Perempuan memakai tudung bagi melindungi mereka dari debu-debu padang.
Adakah Siti Hasmah dan anak perempuan beliau, Marina Mahathir, tidak memakai
tudung kerana Malaysia tidak berpasir dan berdebu?

4 Perempuan yang memakai tudung dihina dan dikatakan kolot. Katanya
sekira parti Islam memerintah, semua wanita diwajibkan memakai tudung.
Mungkin beliau beranggapan bahawa memakai tudung itu bukanlah perintah Allah
Taala tetepi sebaliknya hukum yang ditetapkan oleh Nik Aziz, Haji Hadi Awang
dan Fadhil Nor.

5 Beliau menghalang kerajaan PAS Kelantan dari melaksanakan hukum Allah
iaitu hudud dengan membuat ancaman bertulis kepada Menteri Besar Kelantan.

6 Beliau mengatakan bahawa hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah
Taala sudah tidak sesuai dan tidak boleh dilaksanakan di negara yang
berbilang kaum seperti di Malaysia.

7 Beliau membayangkan bahawa hukuman potong tangan kerana kesalahan
mencuri sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Taala adalah kejam dan
tidak masuk akal. Pada beliau, sekiranya tangan si penjenayah tersebut
dipotong sebelah maka hilanglah daya produktivitinya. Sebagaimana yang
dilapurkan oleh akhbar-akhabar beliau bertanya kepada orang ramai,
'Bagaimana si penjenayah itu hendak makan nanti?"

8 Mahathir telah menentang hukum syariah seperti hudud dan menggalakkan
orang-orang bukan Islam mencerca hukum-hukum Allah seprtimana yang dilakukan
oleh MCA, Gerakan, dan MIC. Mungkinkah beliau dan ahli-ahli UMNO beranggapan
bahawa orang-orang kafir tersebut layak berbahas dan mempermainkan
hukum-hukum syariah yang telah ditetapkan oleh Alllah Taala?

9 Beliau melantik orang-orang yahudi musuh Islam sebagai
penasihat-penasih beliau seperti penasihat ekonomi, Soloman, Smith & Barney
menjadi penasihat utama ekonomi.

10 Beliau adalah satu-satunya perdana menteri Malaysia yang telah membawa
masuk pemain-pemain kriket Israel laknatullah ke Malaysia. Rakyat Islam yang
menentang kemasukan pemain-pemain Israel itu ditangkap dan dituduh sebagai
pelampau ugama serta dihadapkan ke mahkamah yang mana sehingga kini kes itu
belum selesai.

11 Penghina, mencerca dan mengancam ulamak-ulamak yang menentang
dasar-dasar sesat beliau dan melabelkan mereka sebagai pelampau ugama. Mana
saja rakyat berugama Islam yang menentang dasar-dasar beliau yang tidak
Islamik, seperti pelaburan kerajaan dalam saham-saham haram seperti Genting
Bhd, Carlsberg, Guiness Stout dan sebagainya, akan dicap sebagai fanatik
ugama.

12 Beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor menyingkirkan Mufti
Selangor, Datuk Ishak Baharum, yang telah mengatakan bahawa sesiapa yang
menentang hukum Allah adalah murtad. (Ketika itu, kontrak Datuk Ishak baru
saja diperbaharui.) Mahathir amat murka apabila Jabatan Agama Islam Selangor
menangkap dan mendakwa 3 gadis Islam yang meyertai satu eprtandingan ratu
cantik.

13 Mahathir telah mangajar orang ramai supaya jangan menghormati
ulamak-ulamak yang berjuang menegakkan hukum Allah melalui jalan politik.
Pada beliau, ulamak yang menyertai politik adalah bukan ulamak.

14 Mahathir telah mengarahkan umat Islam yang bersimpati dengan pejunag
Islam, Allahyarham Ibrahim Libya, diserang secara kejam dan dibunuh,
walaupun mereka yang terbunuh tidak bersenjata api.

15 Mahathir dengan bangganya mengatakan bahawa Allahyarham Ibrahim Libya
tidak mati syahid, seolah-olah beliau telah mendapat wahyu dari Allah Taala.

16 Matahir menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah dengan melindungi
orang-orang UMNO yang terlibat dengan pembunuhan Mustakizah, yang berzina
dengan budak bawah umur, yang pecah amanah dalam mengumpulkan kekayaan
ketika berkuasa, yang kaki judi dan kaki arak, seperti Megat Junid, Rahim
Tambi Chik, Muhammad Muhammad Taib, Hishamudin Tun Hussein dan sebagainya.

17 Omitted.

18 Mahathir manggalakkan murtad dengan berkeras tidak mahu menggubal
undang-undang anti-murtad walaupun gejala murtad kini amat membimbangkan.
Mahathir mangarahkan speaker Dewan Rakyat menolak pembentangan rang
undang-undang anti-murtad oleh Tuan Guru Haji Hadi.

19 Apabila sekeluarga India dibunuh denagan amat kejam sekali di Subang
Jaya kerana memeluk Islam, kes itu disorok dan pembunuh-pembunuh tersebut
dibiarkan lepas bebas tanpa didakwa. Jenazah mereka dimandi, dikafan,
disembahyang, dan dikebumikan secara rahsia.

20 Beliau menggalakkan perjudian dan penternakan babi. Syarikat-syarikat
judi seperti Genting Berhad, Magnum, 4-D berkembang dengan amat pesat
dibawah Mahathir. Syarikat-syarikat inilah yang membiayai pertubuhan UMNO.
Mahathir amat bangga dengan adanya kasino judi di Genting Highland walaupun
di negara kafir seperti Singapura kasino adalah diharamkan. Beliau amat
berbangga dengan Isa Abd Samad yang telah melabur dalam penternakan babi di
N Sembilan sehingga Malaysia berjaya menjadi salah sebuah negara penternak
babi yang terbesar di dunia. MALAYSIA BOLEH.

21 Masjid di Putrajaya kebanggaan UMNO dibina secara hutang riba.
Sehingga kini hutang tersebut belum lagi dilangsaikan.

Kita cabar ulamak-ulamak dalam UMNO serta sekelaian ahli UMNO untuk mengkaji
dan mengambil tindakan ke atas pemimpin ajaran sesat ini. Tapi, percayalah,
mereka ini tidak akan berbuat apa-apa dan mungkin mereka akan tetap menjerit
"hidup mahathir" walaupun sekiranya Mahathir mengaku dirinya itu nabi.

Ingatlah akan sifat-sifat orang munafik yang menjadi musuh dalam selimut
Islam:

Apabila bercakap dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi
amanah dia pecah amanah.
sedarlah : Message: Sedar* MAHATHIR: PEMIMIPIN AJARAN SESAT?

No comments: