Pages

Thursday, July 8, 2010

Khemah terbesar dunia di Kazakhstan



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaLuar NegaraUnik by Syedz
15/7

GAMBAR menunjukkan khemah terbesar dunia di Astana kelmarin.

ASTANA – Ibu negara baru Kazakhstan di sini kelmarin dimeriahkan dengan percikan bunga api sempena perasmian Khan Shatyr yang merupakan khemah terbesar di dunia ciptaan arkitek Britain, Norman Foster, lapor sebuah akhbar semalam.
Binaan yang digelar sebagai Raja Segala Khemah itu ditegakkan oleh kabel condong sepanjang 150 meter untuk mengembangkan tiga lapisan bumbung plastik lut sinar dan kalis sejuk ekstrem sehingga – 35 darjah Celsius pada musim salji.
Khemah itu cukup besar sehingga ia mampu memuatkan beberapa buah pantai, air terjun buatan, sebuah padang golf mini, taman botani, pawagam, kedai dan restoran.
Ia mengambil masa empat tahun untuk dibina. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: