Pages

Sunday, July 25, 2010

Iran rancang bina reaktor nuklear baru


TEHERAN 24 Julai - Iran hari ini menyatakan rancangan membina reaktor eksperimen lakuran nuklear, lapor televisyen negara, ketika Barat mendesak Teheran menghentikan kerja-kerja nuklear yang sensitif.
Pada 2006, Iran menegaskan yang ia mahu mengadakan ujian penyelidikan pelakuran nuklear, sejenis reaksi atomik yang masih belum dibangunkan untuk penjanaan kuasa komersial, namun ini adalah kali pertama sejak bertahun lamanya ia diteruskan.
"Kami memerlukan dua tahun untuk melengkapkan kajian mengenai pembinaan dan 10 tahun lagi untuk mereka bentuk dan membina reaktor tersebut," kata ketua Pusat Kajian Pelakuran Nuklear, Asqar Sediqzadeh kepada Press TV.
Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Eropahnya mengesyaki Iran cuba membangunkan bom atom dan telah mengenakan sekatan untuk mendesak Iran menghentikan usaha nuklearnya itu. Teheran berulang kali menegaskan ia adalah untuk tujuan awam.
Ketua nuklear Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Iran sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam Projek Tenaga Pelakuran Kebangsaan, lapor agensi berita Iran, ISNA tanpa menyatakan rancangan pembinaan reaktor tersebut.
"Fasa saintifik projek penyelidikan tenaga pelakuran ini telah dilancarkan tanpa sebarang had belanjawan," kata Salehi lagi.
Reaktor nuklear komersial bergantung kepada proses pembelahan yang menjana tenaga dari pembelahan atom. - REUTERS

No comments: