Pages

Saturday, June 5, 2010

Pelajar Malaysia kurang membaca buku




KA SIONG memukul gendang sambil diperhatikan Aznil (kanan) dan Rozario pada pelancaran pameran Read Malaysia '10 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tabiat membaca buku di kalangan pelajar Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara-negara maju, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Wee Ka Siong.
Katanya, walaupun laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah 93.2 peratus dan antara tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat lebih gemar membaca bahan-bahan ringan seperti surat khabar dan majalah.
"Pada pendapat saya, berdasarkan tabiat membaca di kalangan pelajar pada ketika ini, Malaysia akan mengambil masa yang panjang untuk bersaing menjadi masyarakat berjaya seperti Jepun," katanya selepas merasmikan kempen Read Malaysia '10 di sini semalam

No comments: