Pages

Saturday, June 12, 2010

Pakar geologi mahu masuk lubang misteri


2010/06/12

LUBANG besar misteri menjadi tumpuan pakar geologi yang mencari punca kewujudannya di Bandar Raya Guatemala.
LUBANG besar misteri menjadi tumpuan pakar geologi yang mencari punca kewujudannya di Bandar Raya Guatemala.
Usaha cari punca mendapan ketika ribut tropika Agatha dipergiat

BANDAR RAYA GUATEMALA: Pakar geologi bercadang masuk ke dalam sebuah lubang besar bagi mencari jawapan kepada misteri bagaimana ia wujud dan menelan kilang pakaian serta keseluruhan persimpangan jalan di ibu kota ini.
“Kejadian lubang besar itu terus menjadi tanda tanya,” kata David Monterroso, jurutera geofizik dengan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NDMA).
Lubang itu mempunyai kedalaman hampir 30 meter dan selebar 20 meter yang terbentuk ketika ribut tropika Agatha melanda lewat Mei lalu.

Pihak berkuasa belum mengesahkan angka kematian, walaupun penduduk berkata mereka percaya seorang pengawal keselamatan yang menggunakan telefon awam maut selepas disedut ke dalamnya.

Satu teori popular yang dimainkan secara meluas dalam media Guatemala ialah aliran daripada saliran kumbahan menyebabkan tanah mendap dan tenggelam.

Satu lagi lubang besar yang menelan beberapa rumah serta mengorbankan tiga orang di kawasan sama pada 2007 dikatakan berpunca daripada hujan dan kebocoran sistem kumbahan bawah tanah.
Namun, Moterroso turut menekankan kelmarin bahawa masih ada bukti yang diperlukan untuk membuat kesimpulan muktamad.

“Kita boleh mengatakan lubang itu terbentuk kerana paip bocor, namun ia juga mungkin ada benarnya apabila lubang terbentuk, ia mengganggu sistem aliran paip berkenaan,” katanya. – AP

No comments: