Pages

Friday, June 11, 2010

Kasut berusia 5,500 tahun ditemui



KASUT berusia 5,500 tahun yang ditemui di sebuah gua di Armenia.
LONDON – Kasut kulit tertua di dunia yang wujud 1,000 tahun lebih awal berbanding Piramid di Giza, Mesir dan 400 tahun daripada usia batu Stonehenge di Britain telah ditemui di dalam sebuah gua di wilayah Vayotz Dzor, yang terletak di sempadan Armenia, Iran dan Turki.
Kasut berusia 5,500 tahun itu dijumpai oleh sepasukan arkeologi antarabangsa yang kemudian melaporkan penemuan itu pada kelmarin.
Ia diperbuat daripada sekeping kulit lembu dan mempunyai tali dan dibentuk untuk dipadankan dengan kaki si pemakainya.
Kasut itu berukuran 24.5 sentimeter (sm) panjang dan lebar 10sm dan diperbuat pada zaman Chalcolithic kira-kira 3,500 tahun Sebelum Masihi.
“Tidak diketahui sama ada kasut itu milik lelaki atau perempuan,” kata ketua pasukan penyelidik, Ron Pinhasi dari Universiti College Cork, Ireland.
Saiz kasut itu sepadan dengan saiz moden penduduk Eropah iaitu 37.
Keadaan kasut itu yang ditemui dalam keadaan elok turut dibantu oleh lantai gua yang diselaputi oleh najis biri-biri yang tebal.
- Reuters
kredit : kosmo.com.my

No comments: