Pages

Thursday, May 27, 2010

Misteri kehilangan tiga pelacur



SUZANNE BLAMIRES


LONDON - Detektif-detektif polis yang memburu tiga pelacur yang hilang memeriksa beberapa bahagian tubuh manusia yang ditemui di sebatang sungai di Shipley, Yorkshire Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis menyatakan setakat ini terlalu awal untuk mengaitkan sama ada beberapa bahagian tubuh manusia itu mempunyai kaitan dengan kehilangan tiga pelacur tersebut.
Tiga pelacur yang hilang itu ialah Shelley Armitage, Suzanne Blamires dan Susan Rushworth.
Rushworth dilihat kali terakhir dekat kediamannya di kawasan Manningham, Bradford pada 22 Jun tahun lalu.
Beberapa pegawai polis menemui tubuh manusia itu kelmarin selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Armitage dilaporkan hilang pada 26 April lalu.
Kehilangan Blamires dilaporkan pada Jumaat lalu.
Kedua-dua mereka saling mengenali antara satu sama lain dan tinggal berdekatan di Bradford. - Agensi

No comments: