Pages

Monday, May 10, 2010

Kajol rai ibu setiap masa




2010/05/10


Kajol
Kajol
Pelakon Bollywood tak suka Hari Ibu disambut satu hari 

MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood, Kajol, berkata beliau tidak suka cara sambutan Hari Ibu kerana baginya jasa seorang ibu tidak boleh dinilai dengan hanya satu hari perayaan untuk mengenang jasa mereka.
Pada masa sama, pelakon itu menegaskan, beliau tidak keberatan mengundurkan diri untuk sementara waktu daripada Bollywood bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ibu, walaupun berada pada kemuncak kejayaan.
Kajol berkata, hubungan antara ibu dan anak adalah hubungan sepanjang hayat dan bukan satu hari yang diperuntukkan kepada mereka. 

“Ibu adalah rakan karib anaknya dan seorang ibu akan menjadi insan terbaik demi anak mereka. Seorang ibu mempunyai tanggungjawab khusus kepada anaknya dan anak mesti sentiasa menghormati ibunya,” katanya dalam temuramah dengan akhbar Times Of India sempena Hari Ibu yang jatuh semalam. 

Kajol berkata, kerjaya adalah sebahagian daripada kehidupan ibu moden, begitu juga keluarga dan anak, berikutan itu mereka mesti tahu mengimbangi tugas dan tanggungjawab bagi memastikan kebahagiaan berkekalan. 

“Saya sering menjadikan ibu saya seniwati Tanuja sebagai contoh kerana beliau adalah seorang wanita yang sentiasa mengutamakan keluarganya, walaupun mempunyai kerjaya sebagai pelakon dan sentiasa sibuk. 
“Beliau memberi kami masa berkualiti dan apabila bersama kami beliau memberi tumpuan 120 peratus. Saya bertuah mempunyai beliau sebagai ibu,” katanya. 
Dua tahun selepas melahirkan anak pertamanya Nysa, Kajol kembali berlakon dalam filem Fanna pada 2006. – Agensi

No comments: