Pages

Sunday, April 25, 2010

SISTEM DAJJAL



SISTEM DAJJAL: Pendahuluan


Salam Maal Hijrah,

Umat Islam baru sahaja melangkah ke tahun baru 1413Hijrah pada Jumaat lalu, peristiwa Hijrah terlalu menyentuh hati penulis kerana Nabi Muhammad saw berhadapan ancaman maut sepanjang perjalannya ke Yathrib @ Madinah di mana kaum kafir Quraisy bersungguh-sungguh mahu mencari Rasulallah untuk dibunuh bagi menamatkan perjuangan baginda menyampaikan agama Allah kepada umat manusia. Nabi kemudian disambut dengan lagu ‘Tho laa’al Badru Alaina’ oleh penduduk Madinah sebaik sampai dengan selamat ke Madinah.

Penulis juga tidak mampu menahan air mata setiap kali mendengar lagu ‘Tho laa’al Badru Alaina’ dan apabila mengenangkan pengorbanan serta perjuangan Nabi dalam membawa khabar gembira kepada seluruh umat manusia, khabar gembira bahawa Allah amat sayangkan manusia dengan mengutuskan seorang nabi untuk membimbing kita daripada tersesat, lalu diutuskanNya Muhammad sebagai insan contoh terbaik, nabi terakhir yang disebut-sebut oleh nabi-nabi terdahulu. Peristiwa Hijrah telah membuka lembaran baru kepada sejarah Tauhid supaya manusia mengenal Tuhan dan tujuan mereka dicipta oleh Allah. Ajaran Islam yang dibawa Muhammad adalah satu rahmat dan jalan lurus untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan.

Sejak peristiwa Hijrah, Islam mula berkembang dengan jaya walaupun berhadapan pelbagai ancaman di saat zaman awal perkembangannya. Ia adalah hasil gigih umat Islam terawal dalam menjamin kelangsungan manusia supaya mengenal Allah, ia adalah agama yang membawa manusia kepada kebenaran dan kejayaan. Maka, kita juga perlu berhijrah dari segi kekuatan iman dan mempersiapkan diri dalam menghadapi fitnah terbesar yang dibawa Dajjal.
---
Agenda Dajjal digerakkan melalui satu operasi sulit yang mengambil masa sangat panjang sejak zaman berzaman, rancangan sulit yang digerakkan oleh golongan penyembahnya yang dijanjikan kekuasaan dan kekayaan di dunia, ia adalah rancangan untuk kemunculan semula ketika dunia sedang dalam keadaan huru-hara di mana manusia hidup dalam keadaan ketakutan, ia adalah rancangan untuk mencetuskan perang akhir, ia adalah zaman perang besar yang memperlihatkan pertembungan antara Islam dengan Yakjuj Makjuj, ia adalah zaman Perang Dunia Ketiga yang memperlihatkan kehancuran besar-besaran terhadap sebahagian besar benua dunia, ia adalah perang nuklear. Perang terakhir dalam sejarah manusia sejak terciptanya Adam. Ia sebenarnya adalah perang akidah yang menumpahkan darah.

Ketika saat manusia diselubungi ketakutan dan kelemahan iman, pada masa itulah Dajjal dari Bani Israel akan muncul sebagai penyelamat. Dia muncul tanpa kita sedari, dia muncul ketika manusia sudah lupa mengenai kisahnya, muncul ketika manusia sudah lupa tentang peringatan Muhammad kepada umatnya mengenai Dajjal, muncul ketika manusia sudah tidak mengenal Allah, muncul ketika manusia tidak ada sebarang persediaan untuk menghadapinya, muncul ketika saat manusia sangat memerlukan jaminan keselamatan semasa perang, muncul ketika saat anak-anak dan isteri kita berhadapan ancaman perang, muncul seperti janjinya dalam epik sejarah bahawa kemunculan terakhirnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia. Ia adalah kemunculan fitnah terbesar, mengaku bahawa dirinya Tuhan dengan memperdaya manusia melalui sihir-sihir (terutama terhadap umat Islam), ia adalah dusta yang paling derhaka terhadap Allah.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (Quran, al-Baqarah: 120)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya (dengan sesuatu yang lain) dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada kesalahan itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakinya,”  (Quran, an-Nisa: 48) 

Dajjal dan pengikutnya sudah bersedia. Bersedialah, kerana tanda-tanda Perang Dunia Ketiga begitu hampir apabila Amerika dan sekutunya kini kerap mencari alasan untuk mencetuskan perang terakhir itu dengan menjadikan program uranium Iran sebagai alasan, alasan untuk menggempur dunia Islam seiring dengan tuduhan pengganas terhadap umat Islam. Jika tidak tercetus semasa hayat kita, maka peringatkanlah anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menghadapi ancaman fitnah terbesar dalam sejarah manusia. Sesungguhnya kita sudah dilemahkan melalui Sistem Dajjal sejak sekian lama sehingga kita lupa terhadap tujuan kita dilahirkan pada akhir zaman.

Tanda-tanda mistik melalui kejadian paranormal juga semakin kerap terpampang di akhbar sejak akhir-akhir ini, ia adalah tanda-tanda yang mempunyai pertalian maksud terhadap kod kemunculan semula Dajjal. Fenomena UFO juga termaktub dalam sebahagian agenda kemunculan semula manusia misteri ini, momokan bahawa dunia akan diserang makhluk asing juga adalah sebahagian daripada agenda kotor, momokan bahawa dunia akan kiamat pada 2012 seperti dalam ramalan tamadun Mayan juga adalah sebahagian daripada agenda berkait ini. Penulis bermohon kepada Allah Yang Maha Bijaksana supaya mengizinkan penulis untuk cuba menjadikan benang-benang halus lagi tersembunyi ini bertaut sehingga jelas kelihatan. Sedarlah saudara-saudara seagama, janganlah kita menjadi golongan yang mengalu-alukan kehadiran Dajjal tanpa kita sedari. Janganlah kita menjadi hamba kepada Sistem Dajjal.
---

Sistem Dajjal: Persediaan Dajjal Ke Arah Kemunculannya Yang Terakhir

Melalui tajuk ini, kita akan cuba membongkar perancangan Dajjal sejak zaman berzaman yang sehingga membentuk satu sistem yang menguasai kehidupan penduduk dunia hari ini. Sistem ini tanpa disedari menjadikan penduduk dunia tunduk kepada kekuasaan para pengikut Dajjal dalam menjayakan kemunculannya dengan penuh dramatik yang cryptic. Subjek-subjek yang akan disampaikan adalah seperti di bawah, ia adalah sistem yang berkait antara setiap satu:

1. Mind Control: Racun Sejak Zaman Berzaman
2. Kemunculan Agama-agama Sesat
3. Renaissance & Reformation Men: Orang Suruhan Operasi Dajjal
4. Tenaga Ritual: Mistikal Pintu Dimensi
5. UFO, 2012 & New World Order
6. Perbankan Internet & Sistem Kewangan Digital
7. Sistem Hiburan Realiti & Ladies in Red
8. Perangkap: Antara Istilah Antichrist, Dajjal dan Imam Mahdi

…bersambung.. Insya-Allah…. (mohon maaf kerana agak sibuk dengan tuntutan tanggungjawab majikan)
posted by Konspirasi-Teoris

1 comment:

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu