Pages

Tuesday, March 16, 2010

Kena kencing syaitan

Untuk renungan kite bersama insyalah..semoga bermaafat..

Alhamdulillah, satu lagi tazkirah untuk
renungan kita bersama. Saya sering tertanya-tanya, mengapa saya begitu
'liat' untuk bangun bertahajud? Niat sudah dipasang sebelum tidur,
tetapi sering kali tertewas untuk bangun. Jika terjagapun, cepat saja
tangan menarik selim...ut dan terus terlelap semula,bergayut- gayut
syaitan di kelopak mata... Alangkah ruginya saya rasa kerana masih
tidak mampu melawan penangan nirrojiim...
Bila membaca hadis di bawah, uiks... barulah saya tahu punca mengapa
saya amat sukar untuk bangun bertahajud. Bukan sekadar ditarik-tarik
kelopak mata kita, malah 'dikerjakan'nya pula telinga kita...
Astaghfirullah hal adziim...
DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Menurut JAKIM, mengambil berat mengenai solat akan menjadikan
seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap
sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang
berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat
dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat.
Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang
perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat
al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga
terlelap.Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa
yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam
peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya
sehinggalah ke pagi.”

Marilah kita sama-sama menanam semangat
untuk menambahkan ibadah kita. Jika tiada upaya, pasang niatpun
cukuplah agar tertanam mangkin untuk menggerakkan kita agar berjaya
melakukannya suatu hari nanti, insya Allah. Amiin.

Renung-renungkan.

No comments: