Pages

Sunday, March 17, 2013

Angkasawan mendarat di Kazakhstan



17 Mac 2013
Angkasawan mendarat di Kazakhstan
Ford, Novitskiy dan Tarelkin mendarat di dataran berumput, Almaty, Kazakhstan.
ALMATY - Sebuah kapsul Soyuz Rusia membawa pulang tiga angkasawan antarabangsa ke bumi selepas enam bulan di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Kesemua angkasawan itu  melakukan pendaratan selamat di atas dataran berumput di bandar Arkalyk di utara Kazakhstan.
Mereka adalah angkasawan Amerika Syarikat, Kevin Ford dan dua jurutera Rusia, Oleg Novitskiy dan Evgeny Tarelkin mendarat menggunakan pesawat TMA-06M pada jam 3.30 pagi waktu tempatan.
Jurucakap Kawalan Misi Rusia,  Chris Hadfield berkata, kesemuanya sudah mendarat dan misi berjalan lancar seperti dirancang.
“Kesemua angkasawan itu akan menjalani pemulihan selepas penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pendaratan yang sepatutnya dilakukan kelmarin tertangguh disebabkan cuaca buruk.
“ Pasukan penyelamat dan sebuah helikopter terpaksa bersedia sejak kelmarin kerana terdapat kabus tebal dan awan yang menyukarkan pendaratan mereka,” katanya dalam laporan Reuters
Beliau berkata, kapal Soyuz melakukan pendaratan secara menegak dan terpisah daripada kapsul pada jam 02.40 pagi.
Ketiga-tiga angkasawan itu berlepas ke orbit sejak Oktober tahun lalu bertujuan melakukan pelbagai penyelidikan khas berkaitan pembangunan di angkasa lepas.

Gadis 12 tahun lebih genius daripada Einstein, Hawking



17 Mac 2013
Olivia Manning
Manning menunjukkan penyelesaian matematik di sekolahnya di Everton.
LONDON - Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.

Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu,  Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia.

Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.

“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan Dailymail

Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth, dalam masa 24 jam.

Pisang berbuah pada batang



17 Mac 2013
Pisang berbuah pada batang
Buah pisang yang tumbuh di bahagian batangnya.
KOTA TINGGI - Lain daripada lain. Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat sebatang pokok pisang di Kampung Batu Empat di sini, berbuah pada batang.

Pemiliknya, Salmah Bajuri, 60, berkata, kejadian itu mula disedarinya pada minggu lalu ketika sedang menjemur kain di bahagian belakang rumah.

Menurutnya, sebaik sahaja melihat keadaan pokok itu, dia terus memberitahu anaknya.

“Pada mulanya saya tidak perasan, namun pada pagi itu ketika sedang menjemur kain saya lihat pokok pisang ini seperti berlainan daripada pokok lain.

“Selepas melihat lebih dekat saya dapati buah pisang yang masih muda dan sepatutnya tumbuh di bahagian atas tumbuh di bahagian batang," katanya ibu kepada lima anak itu.

Salmah berkata, benih pokok pisang itu diambil dari rumah ibunya di Kampung Temenin Baru.

"Sejak itu, rumah saya sering dikunjungi saudara mara dan penduduk kampung yang datang rumah untuk melihat sendiri buah pisang ini,” katanya.

Katanya, sebelum ini, dia pernah menjumpai pisang bercabang dua yang tumbuh di bahagian batang pisang ketika bekerja di ladang getah kira kira 20 tahun lalu.

“Bagi saya ia perkara biasa walaupun jarang ditemui. Namun bagi anak-anak mereka agak teruja kerana masing masing baru pertama kali melihat perkara seperti itu,” katanya.

Racun lebah mampu bunuh virus HIV




17 Mac 2013
Racun lebah mampu bunuh virus HIV
Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV
WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news

Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia  berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.

Unta pernah hidup di Kutub Utara



17 Mac 2013
Unta pernah hidup di Kutub Utara
Rybczynski mengumpul tulang unta di Nunavut.
Unta pernah hidup di Kutub Utara
tulang unta
Unta pernah hidup di Kutub Utara
Saintis mengambarkan imej unta lebih besar ketika era Pliosene.
OTTAWA - Sekumpulan arkeologi membuktikan unta yang biasanya hidup di kawasan gurun beriklim kering pernah wujud di kawasan kutub pada pertengahan zaman Pliosene iaitu era generasi pertama unta.

Penemuan itu dilakukan selepas sekumpulan arkeologi dari Canadian Museum of Nature di Ottawa menemui fosil unta di Pulau Ellesmere, Nunavut iaitu pulau yang terletak di bahagian paling utara Kanada.

Ketua penyelidik, Natalia Rybczynski berkata, fosil unta yang ditemui itu berusia kira-kira 3.5 juta tahun.

“Penemuan ini satu mengejutkan kerana selama ini unta dianggap haiwan yang hidup di habitat beriklim kering dan separa kering," katanya dalam laporan Livesciencenews

Menurutnya, kajian terhadap 30 tulang unta itu dilakukan dengan menggunakan kaedah collagen fingerprinting iaitu kajian dilakukan dengan menghitung jumlah protein Kolagen Type I.

"Kajian juga berjaya membuktikan ukuran unta adalah tiga kali lebih besar dari unta yang ada ketika ini," katanya.

Rybczynski berkata, unta yang hidup pada era Pliosene kebiasaannya mempunyai suhu badan  yang tinggi dan bersaiz besar.

"Suhu badan unta ketika itu memungkinkan unta-unta berkenaan dapat hidup pada suhu global sekitar dua dan tiga darjah Celsius," katanya.

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis



“Rosulullah bertanya kepada iblis, Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”

“Jika seorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”

“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.”

“Jika ia bersedekah?”
“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

“Mengapa bisa begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan Allah.”

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”

“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar di waktu siang dan malam.”

“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam – diam.”

“Apa yang dapat menusuk matamu?”
“Shalat fajar.”

“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Shalat berjamaah.”

“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majelis para ulama.”

“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”

“Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.” 

Produk babi ditemui dalam makanan halal di Norway




17 Mac 2013
OSLO - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Norway membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat makanan selepas mendapati syarikat pembekal terbabit melabelkan tanda halal pada produk daging babi.

Penasihat pemantau keselamatan makanan, Catherine Signe Svinland berkata, pihaknya juga menjumpai label halal pada daging kebab di restoran milik Kenneth Kuraas di bandar itu.

"Kebab itu mengandungi antara lima dan 30 peratus daging babi tetapi ia ditandakan dengan label halal," katanya dalam laporan AFP

Sementara itu, pengurus pemasaran restoran itu menyelar dakwaan tersebut apabila mengaku memperoleh invois tercatat daging halal selepas membelinya dalam kuantiti besar.

Khamis lalu, kejadian sama turut berlaku di London apabila sebuah sekolah menyajikan sosej ayam yang didakwa mengandungi campuran daging babi.

Wanita Switzerland dirogol beramai-ramai di India



BHOPAL 17 Mac - Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara berkumpulan di tengah India semalam dalam kes terbaharu keganasan seksual terhadap wanita.
Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu kelmarin.
Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.
Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130317/lu_02/Wanita-Switzerland-dirogol-beramai-ramai-di-India#ixzz2Nkp2x7TA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelancong disekat kerana Buddha



Colombo: Pihak berkuasa Sri Lanka enggan membenarkan seorang pelancong Britain memasuki negara itu kerana mempunyai tatu Buddha pada tangannya.

Akhbar tempatan melaporkan, warga Britain itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike kelmarin.


Pegawai imigresen berkata, apabila ditanya, pelancong lelaki terbabit menjawab tanpa sebarang rasa hormat kepada Buddha.

“Jika dia mempunyai pandangan begitu selepas memasuki Sri Lanka, ia hanya akan membahayakan dirinya,” katanya. Sebagai negara yang didiami sebahagian besar rakyat beragama Buddha, Sri Lanka sangat sensitif kepada sebarang tindakan dianggap mengancam agama berkenaan. Ogos tahun lalu, tiga pelancong Perancis dihukum penjara enam bulan kerana mencium patung Buddha tindakan dianggap tidak menghormati agama itu di mata pihak berkuasa. -AFP

Pope baru dikecam membisu

Foto
Jorge Mario Bergoglio

Buenos Aires: Kumpulan hak asasi kemanusiaan Argentina semalam berusaha mencari bayi dicuri ketika “Perang Kotor” negara itu dengan menuduh Pope Francis yang baru dilantik gagal bersuara menentang bekas pemerintah tentera negara itu.

Organisasi Grandmothers Plaza de Mayo yang diasaskan pada 1977 untuk membantu mencari kanak-kanak diculik ketika era tentera. Kata Jorge Mario Bergoglio, Francis tidak melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa yang dinafikan hak mereka. Perang Kotor Argentina menyaksikan 30,000 orang maut atau hilang dari 1976 hingga 1983 dikaji secara terperinci.


Kelmarin, Vatican menolak dakwaan Francis gagal melakukan yang terbaik untuk melindungi dua paderi yang diculik dan diseksa ketika pemerintahan tentera ketika dia menjadi ketua paderi di Argentina pada waktu itu. Bagaimanapun, ketua Grandmothers Plaza de Mayo, Estela Carlotto, menyertai sebilangan pengkritik yang mengecam pope baru itu.

“Grandmothers sudah memberi teguran kepada pope baru itu.


“Dia tidak pernah bercakap mengenai masalah mereka yang hilang ketika pemerintahan tentera dulu dan 30 tahun sudah berlalu sejak negara ini mengamalkan demokrasi,” katanya.


Anak perempuan Estela, Laura diculik dan dibunuh selepas dibawa ke pusat tahanan rahsia. Bayi lelaki dilahirkannya ketika ditahan tidak pernah ditemui. - AFP



Wanita tak yakin tanpa solekan


80 peratus tunggu sebulan izin kekasih tengok wajah tanpa mekap

London: Sebanyak 80 peratus wanita akan menunggu selama sebulan sebelum membenarkan teman lelaki melihat mereka tanpa solekan.
Sama ada mengenakan bedak asas keseluruhan wajah atau sekadar mencalit pelembap bibir, kebanyakan wanita memerlukan bantuan untuk kelihatan cantik, terutama bagi menarik perhatian pada temu janji pertama.
“Solekan buat anda rasa lebih seksi dan yakin. Saya suka dengan idea wanita bangun awal untuk bersolek secara rahsia demi menjaga penampilan sejak daripada malam sebelumnya” Debra Robson, CEO

Tidak hairanlah, wanita tidak yakin tanpa alat solek sehingga 80 peratus daripada mereka menunggu sebulan sebelum membenarkan kekasih baru melihat mereka tanpa mekap, menurut tinjauan terbaru.

Mereka bertindak melampau untuk menarik perhatian dengan lebih satu pertiga wanita bangun lebih awal daripada teman lelaki untuk mengenakan mekap kerana tidak berani membiarkan wajah dilihat tanpa solekan.

Tidur dengan solekan

Selain itu, 60 peratus wanita sengaja tidak menanggalkan mekap ketika tidur dengan kekasih.
Kajian terbaru membuktikan bagaimana wanita enggan membenarkan kekasih melihat mereka tanpa mekap sebelum benar-benar mengenali isi hati mereka.

Hampir seorang setiap lima wanita iaitu 17 peratus menunggu sehingga dua bulan, 16 peratus tiga sehingga enam bulan, lapan peratus tidak pernah menunjukkan wajah tanpa mekap selama setahun.

Tiga peratus lagi tidak pernah langsung membiarkan teman lelaki menatap wajah mereka tanpa bersolek.

Tinjauan juga mendedahkan 20 peratus wanita mencuri memakai mekap pada malam pertama tidur dengan kekasih.

Hampir seorang setiap lima wanita menggunakan helah sama dalam enam bulan pertama hubungan intim.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak mahu dilihat teman lelaki tanpa mekap, majoritinya iaitu 58 peratus berkata mereka kelihatan lebih cantik mengenakan solekan.

Putus hubungan

Sebanyak 28 peratus lagi tidak yakin tanpa mekap, 12 peratus yakin mereka tidak diingini tanpa mekap dan dua peratus berkata kekasih mereka mungkin akan memutuskan hubungan.
Lebih tiga perempat wanita berasa masyarakat mahukan wanita mengenakan solekan dan 68 peratus wanita berasa seperti berbogel tanpa mekap.

Cuma 27 peratus gembira ke tempat kerja tanpa mekap dan hampir satu pertiga wanita bertegas mahu bersolek ke gimnasium.

Satu perempat wanita enggan pergi ke kedai tanpa memakai alat solek dan cuma lima peratus yang sanggup keluar temujanji tanpa mekap. - Agensi

Lembu beri amaran hujan



Lembu beri amaran hujan
Sekawan lembu berkeliaran Pantai Callangute di Goa, India.
Washington: Tanggapan bahawa lembu akan duduk apabila hari hampir hujan dan berdiri lebih lama bila keadaan panas, membuktikan ada kaitan rapat antara tindak tanduk haiwan itu dan cuaca, menurut kajian terbaru saintis.

Kajian itu memberi kredibiliti kepada cerita rakyat Britain yang mengisahkan ‘sekawan haiwan’ yang berbaring adalah petanda hujan akan turun.
Kaji suhu lembu

Saintis haiwan secara khusus mengkaji suhu badan ternakan lembu di barat Amerika Syarikat kerana apabila lembu terlalu panas, ia menjejaskan pengeluaran susu.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona dan Northwest Missouri, mendapati lembu berdiri lebih lama dalam keadaan panas kerana ia membantu menurunkan suhu badan.

Dengan mendedahkan lebih banyak anggota badan, ia membolehkan haba tubuh haiwan itu terlerai di udara. Apabila lembu terlalu panas, ia lebih banyak membuang air kecil, kurang makan dan kurang mengeluarkan susu.

Elak banyak duduk
Lembu duduk apabila mahu memelihara haba dan tenaga dan penternak terutama dalam cuaca panas perlu cuba menggalakkan ternakan mereka lebih banyak duduk.
Namun itu juga mungkin menjelaskan mengapa cerita lama itu benar iaitu lembu duduk apabila hujan akan turun dalam cuaca sederhana.

Seperti diketahui peminat cuaca, hujan selalunya didahului oleh tekanan rendah yang mudah dikesan dan juga petanda keadaan akan menjadi lebih sejuk. - Agensi

Tiga angkasawan ISS mendarat di Kazakhstan




ANGKASAWAN NASA, Ford (kanan) dan kosmonaut Rusia, Novitskiy serta Tarelkin (kiri) ditutup dengan selimut selepas keluar daripada kapsul Soyuz di timur laut bandar Arkalyk, Kazakhstan kelmarin.


ARKALYK - Tiga angkasawan selamat kembali ke Bumi dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam apabila kapsul angkasa lepas Rusia yang membawa mereka mendarat di kawasan padang rumput steppe di Kazakhstan, kata pusat kawalan misi berkenaan.
"Pendaratan berlaku!," kata pusat kawalan misi di Rusia yang disiarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).
Beberapa pasukan penyelamat kemudian bergegas untuk mencari kapsul Soyuz yang membawa angkasawan NASA, Kevin Ford dan dua jurutera penerbangan Rusia, Oleg Novitskiy serta Evgeny Tarelkin.
"Semua kru itu berasa normal semasa penerbangan dan pendaratan, angin mereka juga baik," kata beberapa agensi berita Rusia yang memetik kenyataan komentator rasmi pusar kawalan misi tersebut yang dikenali sebagai Ekspedisi 34.
Ketiga-tiga angkasawan itu mendarat dalam cuaca mendung pada pukul 7.06 pagi di timur laut bandar ini semalam.
Mereka sebelum ini berada di ISS yang berharga AS$100 bilion (RM312 bilion) itu selama 144 hari sejak Oktober tahun lalu.
Kini, tinggal tiga angkawan yang mengendalikan stesen angkasa lepas tersebut yang diketuai oleh warga Kanada, Chris Hadfield.
Mereka akan berada di ISS hingga Mei depan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2Nk9VfiF6 
Hakcipta terpelihara 

330 juta pengguguran di China



SEKEPING poster untuk menggalakkan dasar satu anak satu keluarga di China.


BEIJING - Hampir 330 juta pengguguran telah dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun lalu sejak ia melaksanakan langkah mengekang pertambahan penduduk, menurut perangkaan rasmi negara.
China merupakan negara berpenduduk paling ramai di dunia.
Data di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari tahun 1971 hingga 2010, sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di China yang mempunyai 1.35 bilion penduduk.
Beijing menyatakan bahawa dasar satu anak yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an berjaya mengekang masalah penduduk berlebihan di samping melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar tersebut bagaimanapun mengecualikan sebahagian keluarga di pedalaman, etnik minoriti dan pasangan yang masing-masing merupakan anak tunggal.
Namun, gesaan agar dasar itu dihapuskan semakin meningkat ekoran tenaga kerja yang berkurangan dan peningkatan bilangan warga emas di China.
Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi manusia mengkritik tindakan keras pemerintah dalam melaksanakan dasar satu anak satu keluarga tersebut.
Di bawah dasar itu, keluarga di bandar dibenarkan memiliki cuma seorang anak manakala keluarga di pedalaman dibenarkan mempunyai anak kedua jika anak sulong mereka ialah perempuan.
Mereka yang melanggar peraturan tersebut perlu membayar sejumlah denda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Nk9EHPjy 
Hakcipta terpelihara 

Tulang gajah purba ditemui




DUA pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa kelmarin.- REUTERS


APOPA, El Salvador - Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.
Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.
Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.
Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.
Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Nk96OWoZ 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, March 16, 2013

Inilah Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,



Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
-Syeikh Hassan Masyath.. Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' keran beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

Tolong sebarkan andai ia mendatangkan manfaat buat kita semua.. 

Tiga lelaki Islam dipaksa cukur janggut



16 Mac 2013
MOSCOW - Tiga pengunjung beragama Islam di kafe berhampiran masjid di bandar Surgut mendakwa mereka dipaksa untuk mencukur janggut semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di premis itu pada awal bulan lalu.

Seorang daripada lelaki tersebut memberitahu, pegawai polis itu turut menyalakan pemetik api di bawah dagunya sambil memberi amaran keras kepada mereka.

Laman berita Red Hot Russia melaporkan, saksi mendakwa kira-kira 15 anggota memakai pakaian seragam polis perusuh menyerbu kafe tersebut dan memaksa semua pengunjung melutut di lantai.

Beberapa individu turut dibawa ke balai polis kononnya untuk membantu siasatan dalaman yang dilakukan oleh mereka. - MailOnline

Kontena kapal jadi rumah di Shanghai




16 Mac 2013
Kontena kapal jadi rumah di Shanghai
Kontena ini diubah suai menjadi sebuah apartmen lengkap dengan kemudahan termasuk bilik air.
China menggunakan pelbagai cara mengatasi masalah kekurangan rumah di Shanghai  termasuk menggunakan kontena kapal sebagai alternatif baru untuk dijadikan tempat berteduh penduduk miskin di kawasan itu.

Di bawah program rumah kos rendah, sewa untuk setiap kontena yang diubah suai menjadi apartmen tersebut hanya AS$80 (RM250) sebulan.
Menurut Li Yi,  Ketua Organisasi I Dreaming yang memulakan projek itu, setiap kontena direka semula seperti sebuah bilik yang dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik serta penghawa dingin.

“Ia kelihatan seperti bilik hotel dilengkapi bilik tidur dan bilik air. Bahan penebat juga dipasang untuk mengekalkan haba dan mengurangkan bunyi bising,” katanya dalam laporan Reuters.

Difahamkan, harga sewa rumah kontena berukuran 20 meter persegi adalah separuh kos purata untuk menyewa sebuah apartmen di daerah Baoshan.

“Jika projek itu berjaya, kami akan cuba membina kemudahan sokongan untuk apartmen itu seperti restoran, pejabat dan pusat gimnasium,” jelasnya lagi. – Reuters

Nenek 106 tahun terima diploma



16 Mac 2013
Nenek 106 tahun terima diploma
Charles (kiri) turut meraikan hari bersejarah kakaknya.
Beliau sudah menamatkan pengajian sekolah tinggi tetapi diplomanya disekat kerana mempertikaikan tugasan untuk bergelar graduan.

Reba Williams, 106, bagaimanapun menerima sijil berkenaan di pangsapurinya dalam Columbus, Ohio, Amerika Syarikat beberapa hari lalu, selepas menunggu selama 88 tahun.

Warga emas itu turut diberi kesempatan memakai topi tradisi penerima ijazah berwarna putih institut Mount Vernon English.

Diploma berkenaan disampaikan kepada Reba yang hanya mampu berbaring di atas katil.

"Mereka menafikan status saya sebagai penerima diploma hanya kerana saya enggan menyiapkan tugasan buku terakhir. Saya berbuat begitu kerana buku itu telah saya baca pada awalnya," kata Reba yang menerima segulung diploma menerusi Superintendan Vernon, Steve Short.

Kata Reba, disebabkan diplomanya disekat, beliau hanya mampu bekerja sebagai tukang masak di Ladang Malabar pada 1943 sehingga 1957.
Short turut mengucapkan tahniah kepada Reba yang mendapat kelas pertama.

Wanita itu berharap anak muda lain tidak mengulangi sikapnya sehingga menyebabkan diplomanya disekat.

"Jika mereka mahu mendapat pekerjaan terbaik, tolong jangan bersikap seperti saya," katanya yang amat gemar akan subjek matematik.

Antara yang hadir ke majlis Reba adalah anak perempuannya, Lavata dan adik lelakinya, Charles, 88.  - Daily Mail



GAMBAR menunjukkan duit syiling China kuno yang ditemui di Pulau Manda, Kenya.



CHICAGO - Sepasukan saintis dari Illinois, Amerika Syarikat menemui sekeping duit syiling China kuno berusia 600 tahun di Pulau Manda, di Kenya.
Penemuan yang jarang berlaku itu diumumkan oleh Muzium Field di sini kelmarin.
Syiling itu ditemui dalam satu ekspedisi bersama yang diketuai pegawai muzium berkenaan, Chapurukha Kusimba dan penyelidik Universiti Illinois-Chicago, Sloan Williams.
Penemuan tersebut, kata mereka, membuktikan bahawa perdagangan antara China dan rantau timur Afrika telah wujud sejak beberapa dekad sebelum benua itu ditemui oleh pelayar Eropah.
Syiling kuno itu dibuat daripada campuran perak dan gangsa.
Duit tersebut juga mempunyai lubang di tengah supaya ia boleh dipakai pada tali pinggang.
Pasukan saintis itu memberitahu, syiling bersejarah itu dikeluarkan semasa pemerintahan Maharaja Yongle di China.
Nama Yongle tertera pada duit tersebut.
Ekspedisi berkenaan turut disertai oleh saintis dari Kenya, Pennsylvania dan Ohio.
Mereka juga menemui beberapa rangka manusia dan artifak lain yang lebih tua daripada syiling itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2NZrtyYMN 
Hakcipta terpelihara 

Tak Mandi Selama 38 Tahun

Kailash Singh berusia 66
Demi mendapatkan keturunan laki-laki, seorang lelaki India rela tidak mandi selama lebih dari 38 tahun. Mungkinkah dia lelaki paling busuk di dunia?? Kailash Singh, 66, memutuskan untuk tidak mandi sejak tahun 1974 -masih tidak mempunyai anak setelah ia berkahwin. Ia berharap ritual ini akan membantunya mempunyai seorang putra. Selain tidak mandi, Kailash juga tidak mencuci atau bahkan memotong rambutnya.




Malangnya, apa yang telah dilakukannya tidak menjadi nyata. Setelah 38 tahun menjalani ritual tidak mandi, Kailash telah mendapat tujuh anak perempuan, bukan laki-laki. Sebagaimana dilaporkan Odditycentral, Kailash mengatakan bahawa hanya anak laki-laki yang boleh mengubah fikirannya. Namun, mungkinkah itu terjadi? Faktanya, usia Kalavati Devi, isteri Kailash, yang kini sudah menjangkau 60 tahun mengurangkan kemungkinan untuk hamil.
Kalavati telah mencuba segala cara untuk meyakinkan suaminya untuk menyerah pada sumpahnya (tidak mandi sebelum mempunyai anak laki-laki), termasuk mengancam untuk tidak tidur seranjang dengannya. Namun, pada akhirnya ia adalah orang pertama yang menyerah untuk memaksa suaminya mandi. Pernah suatu hari, Kalavati memaksa Kailash untuk mandi di sungai berdekatan, tetapi ia melawan dan melarikan diri. Suaminya bahkan mengancam ia lebih baik mati daripada mandi.

Jika anda berfikir Kailash tidak peduli kebersihan dirinya, anda keliru. Lelaki yang menghabiskan waktunya dengan beternak ini melakukan apa yang ia sebut mandi api setiap malam. Ritual itu dipercayai dapat menghilangkan semua peluh dan bau dari tubuhnya. Hal itu dilakukannya sambil menari mengelilingi api unggun dan berdoa kepada Dewa Siwa.