Pages

Saturday, August 6, 2011

Polis rampas barang curi RM5 juta



MOHD. MOKHTAR (kanan) mendengar sesuatu daripada pegawainya mengenai sindiket mencuri kabel dan peralatan eletronik pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kegiatan haram satu sindiket yang mencuri kabel dan peralatan elektronik bernilai RM5 juta milik beberapa syarikat telekomunikasi sejak lima bulan lalu terbongkar apabila polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia di antara 16 dan 51 tahun itu ditahan dalam satu operasi di sekitar Johor dan Selangor. Mereka dipercayai dapat membantu siasatan ke atas 60 kes curi kabel dan peralatan elektronik syarikat tersebut.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 6.30 petang 18 Julai lalu di mana sepasang suami isteri dan seorang remaja ditahan di Bukit Pasir, Muar.KOSMO

Nabila janji akan pulang nanti




KERATAN Kosmo! 4 Ogos 2011.


MELAKA – Atlet menembak pelapis kebangsaan, Nabila Azhazra (gambar) yang menghilangkan diri setelah kahwin lari pada tahun lalu, berjanji akan pulang ke pangkuan keluarganya di Batu Berendam satu hari nanti.
Bapa atlet berkenaan, Azlan Maidin, 53, berkata, Nabila, 20, menghubungi kakaknya, Quraishah, 26, malam kelmarin dan meminta mereka sekeluarga agar tidak bimbang mengenai keselamatannya.
“Nabila juga berpesan kepada kakaknya agar memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke rumah satu hari nanti namun, sekarang belum tiba masa untuk dia pulang.
“Dia juga enggan memberitahu di mana mereka (Nabila dan suaminya) menetap namun, mengatakan masih berada di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai tindakan Nabila yang menghilangkan diri sejak bulan lalu setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand, pada 12 November tahun lalu.
Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut, lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.
Azlan berkata, Nabila menghubungi kakaknya itu menggunakan telefon awam bagi mengelakkan mereka sekeluarga menghubunginya semula.
“Walau tak tahu dengan tepat di mana dia berada kini, saya lega apabila hubungan kami masih tidak putus dan Nabila masih sudi menghubungi kami di sini.
“Malah dia juga telah melahirkan kesanggupan untuk pulang,” katanya.KOSMO

Akhbar ramal telefon bimbit 111 tahun lalu




KERATAN akhbar Daily Mail edisi 31 Disember 1900 yang meramalkan penggunaan telefon bimbit, kapal terbang dan kereta api laju.


PLYMOUTH, Britain - Edisi khas akhbar Daily Mail di Britain yang diterbitkan 111 tahun lalu meramalkan dengan tepat teknologi masa kini seperti penggunaan telefon bimbit, penerbangan pelancong dengan pesawat dan kereta api laju.
Wartawan-wartawan akhbar berkenaan turut meramalkan pembinaan Terowong Selat yang menghubungkan Britain dan Perancis seratus tahun sebelum pembinaan itu dijalankan.
Kesemua ramalan itu kembali mendapat liputan selepas edisi khas berkenaan berada dalam keadaan baik ditemui oleh seorang lelaki John Jenkins, 63, dan isterinya Joyce, 69, di dalam timbunan majalah lama di kediaman mereka di sini.
Ramalan itu diterbitkan dalam edisi cenderamata dikenali sebagai Golden Extra dan menggunakan dakwat emas.
Akhbar tersebut dibeli oleh datuk dan nenek Joyce di London sebelum ia diserahkan kepada mendiang ibunya, Amelia Fry.
Akhbar itu kemudian diserahkan kepada generasi ketiga keluarga berkenaan.
Edisi itu diterbitkan pada 31 Disember 1900 bagi meraikan ketibaan abad ke-20. - AgensiKOSMO

Saintis jumpa bukti air tawar di Marikh



Gambar beresolusi tinggi menunjukkan sebahagian bentuk muka bumi planet Marikh.
KIRI: Imej tiga dimensi yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan air mengalir dalam musim panas dan bunga di Planet Marikh.


WASHINGTON - Sekumpulan saintis menemui bukti air tawar mengalir di curam cerun planet Marikh dan jika disahkan ia akan menjadi penemuan pertama air di planet itu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Data mengenai air itu diperoleh daripada kapal peninjau Marikh yang mengelilingi planet tersebut sejak 2006.
Menurut NASA yang merupakan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), air tersebut mengalir di beberapa lokasi semasa musim panas dan musim bunga planet Marikh.
Sebelum ini tiada air yang ditemui di Marikh walaupun ais telah ditemui di kutub planet berkenaan. - AgensiKOSMO

Mr. Bean terlibat kemalangan


BAHAGIAN depan kereta Rowan Atkinson yang remuk.



CAMBRIDGE, Britain - Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.
Dia keluar dari kereta itu dengan mengalami kecederaan kecil. Keretanya turut terbakar dalam kejadian itu.
Atkinson dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Dia sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1999 di Lancashire. - AgensiKOSMO

Model 10 tahun cetus kejutan


WAJAH Thylane Lena-Rose Blondeau dalam majalah Vogue Enfants.


NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.
Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.
Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.
Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon Véronika Loubry.
Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.
Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi

Anak Gaddafi maut serangan NATO



BENGHAZI, Libya - Para pemberontak Libya semalam mendakwa serangan udara jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bandar Zliten, utara negara berkenaan telah menyebabkan seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis terbunuh bersama lebih 30 yang lain.
"Serangan NATO ke atas beberapa bilik operasi di Zliten menyebabkan sekitar 32 askar Gaddafi terbunuh. Seorang daripada mereka ialah Khamis (anak Gaddafi)," kata seorang jurucakap pemberontak Libya, Mohammed Zawawi.
Menurutnya, maklumat tersebut diperoleh berdasarkan intipan perbualan radio tentera Gaddafi oleh pihak pemberontak di timur Libya.
Di ibu pejabat NATO di Naples Itali, badan ketenteraan itu menyatakan, pihaknya masih menyiasat dakwaan tersebut.
Semasa kematiannya, Khamis dilaporkan mengetuai pertempuran di Zliten untuk menghalang kemaraan pemberontak ke ibu kota Libya di Tripoli.
Pemuda berusia 28 tahun itu ditakuti rakyat Libya kerana mengetuai unit tentera Gaddafi yang paling gagah dikenali sebagai Briged Khamis. - AFPKOSMO

Pasaran saham dunia menjunam


BEBERAPA pekerja meneliti harga saham di Bursa Saham New York kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pasaran saham antarabangsa menjunam sejak kelmarin sekali gus kejatuhan terbesar sejak dunia dilanda krisis kewangan yang teruk tiga tahun lalu.
Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku.
Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion).
Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari.
Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh.
Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.
"Kita melihat para pelabur kini hilang keyakinan dalam ekonomi semasa, hilang keyakinan dalam pasaran," kata seorang pakar ekonomi AS, Hugh Johnson.
Selain tanda-tanda ekonomi AS dan global semakin lemah, petanda negatif turut membabitkan Sepanyol dan Itali apabila nilai bon kedua-kedua negara merosot dengan teruk.
Perkembangan itu dibimbangi akan menyebabkan ekonomi Itali dan Sepanyol di ambang muflis seperti yang berlaku kepada tiga negara EU sebelum ini iaitu Greece, Ireland dan Portugal.
Sementara itu, pasaran saham Asia turut menjunam teruk semalam susulan kejatuhan yang dialami bursa-bursa saham AS dan Eropah.
Bursa saham Taipei mengalami kejatuhan terbesar semalam iaitu sebanyak 5.58 peratus atau 464.14 mata atau diikuti bursa Sydney sebanyak 4 peratus atau 171.1 mata manakala bursa Tokyo dan Shanghai masing-masing merosot 3.72 peratus dan 1.68 peratus. - AgensiKOSMO

Yingluck sah PM Thailand




YINGLUCK SHINAWATRA berdiri dan merapatkan kedua-dua tangannya di Parlimen Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Anggota parti Puea Thai, Yingluck Shinawatra mencipta sejarah apabila beliau dipilih semalam oleh ahli-ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri wanita Thailand yang pertama selepas kemenangannya dalam pilihan raya lalu.
Yingluck yang merupakan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dipilih untuk menerajui Thailand cuma beberapa tahun selepas beliau berkecimpung dalam arena politik.
Wanita itu memperoleh sokongan majoriti 296 anggota daripada 500 anggota Dewan Rendah.
"Yingluck mendapat lebih daripada majoriti mudah Dewan ini, justeru beliau dipilih sebagai Perdana Menteri," kata Speaker Dewan Rendah, Somsak Kiatsuranont.
Parti Puea Thai yang dianggotai Yingluck menguasai 3/5 kerusi Parlimen selepas beliau memenangi pilihan raya umum pada 3 Julai lalu dengan menewaskan Parti Demokrat.
Yingluck yang merupakan Perdana Menteri Thailand ke-28 dijangka menerima perkenan Raja Bhumibol Adulyadej dalam masa beberapa hari lagi untuk mengesahkan pelantikannya.
Sebagai Perdana Menteri yang baharu, beliau berdepan cabaran getir untuk membawa kestabilan kepada Thailand yang telah lima tahun dilanda kekacauan politik sejak abangnya, Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.
Thaksin digulingkan selepas terdapat dakwaan beliau melakukan salah guna kuasa dan rasuah.
Terdapat 18 rampasan kuasa dan cubaan rampasan kuasa tentera di Thailand sejak negara ini mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan pada 1932.
Sepanjang tempoh itu, hanya seorang Perdana Menteri yang berjaya menamatkan penggal perkhidmatan selama empat tahun iaitu Thaksin. - AgensiKOSMO

Friday, August 5, 2011

INI BARANG ADA DNA BABI


Kueh lapis sarawak ada yang guna bahan ini ..
Kueh Hari Raya banyak guna bahan ini..

Keturunan hamba abdi anggap Ramadan istimewa



Kaum Muslimah berketurunan Afrika-Amerika mengerjakan solat di sebuah masjid di Amerika Syarikat. - Agensi


WASHINGTON 4 Ogos - Lebih separuh daripada satu juta penganut Islam di Amerika Syarikat (AS) berketurunan Afrika yang kebanyakannya berasal daripada hamba abdi menyifatkan Ramadan sebagai bulan yang teristimewa kepada mereka.
Bagi mereka, bulan Ramadan mempunyai kaitan antara pengalaman nenek moyang mereka memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan dan ajaran Islam yang mengutamakan kebebasan rohaniah.
Lebih 500 penduduk Islam Afrika-Amerika mengerjakan solat di Masjid Muhammad di Washington, kediaman komuniti penganut Islam Afrika-Amerika tertua di AS.
Talib Shareef, pesara Tentera Udara AS, adalah imam baru di masjid itu dan menurut beliau, pengalaman penganut Islam berkulit hitam di AS adalah berbeza dengan umat Islam di tempat lain.
"Kebanyakan golongan Afrika-Amerika di sini mempunyai pengalaman memasuki gereja. Islam di AS sedikit berbeza dengan di negara lain kerana di sini kebanyakan penduduk tidak mengetahui mengenai Islam dan kami perlu menjelaskan banyak perkara kepada mereka.
Jocelyn Cole, 24, membesar dengan menjalani kehidupan seimbang antara Kristian dan Islam. Ibunya adalah penganut Kristian Seventh Day Adventist, manakala bapanya telah memeluk Islam sebelum dia dilahirkan.
"Semasa kecil saya bersama dengan bapa saya ketika bulan Ramadan dan kami akan ke pasar membeli kurma untuk berbuka puasa," ujarnya.
Bagi Ibrahim Mumin yang berketurunan hamba, Ramadan adalah peluang besar untuk berdakwah kepada bukan Islam, tetapi menurutnya, selepas 10 tahun serangan 9/11, kebanyakan rakyat AS masih takut dan jahil tentang Islam.
"Saya bekerja sebagai penyambut tetamu dan mereka sering bertanya tentang negara asal saya kerana kebanyakan rakyat AS mempunyai tanggapan penganut Islam berasal dari negara lain," katanya.
Menurut Imam Shareef, terdapat pertalian kuat antara sejarah perjuangan kebebasan dan kesamarataan rakyat AS keturunan Afrika selepas penamatan sistem perhambaan pada 1860-an dengan ajaran Islam menuntut kebebasan rohaniah.
"Kami berasal daripada hamba abdi dan berhadapan situasi menuntut kebebasan, sama seperti ajaran Islam yang mengutamakan kebebasan, keadilan dan kesamarataan.
"Itu adalah yang kami mahukan dan dimahukan setiap manusia. Bulan Ramadan adalah masa untuk kami mengingatinya," kata Imam Shareef. - AGENSIutusan

Majlis Keselamatan kecam Syria



Imej video yang dimuat naik daripada YouTube pada 31 Julai lalu merakamkan beberapa penunjuk perasaan Syria berlindung daripada terkena tembakan tentera Syria yang menggempur bandar Hama bagi mematahkan pemberontakan. - AFP


GENEVA 4 Ogos - Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam tentera Syria kerana menyerang orang awam dan mencabul hak asasi manusia, reaksi pertama selepas beberapa bulan pemberontakan tercetus di negara itu.
Keputusan itu dibuat selepas tentera Syria terus menyerang bandar Hama, 210 kilometer ke utara ibu negara Damsyik sejak hujung minggu lalu, tempat yang mempunyai sejarah penentangan.
Serangan tentera dibantu dengan kereta kebal dan pasukan penembak tepat itu berterusan sehingga semalam. Dilaporkan sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam tempoh lima hari lalu.
Kenyataan Majlis Keselamatan PBB itu menggesa pihak berkuasa Syria segera menamatkan keganasan dan melancarkan satu proses politik menyeluruh yang membolehkan rakyat Syria menikmati 'asas kebebasan' sepenuhnya, termasuk menyuarakan pendapat dan berhimpun secara aman.
Rejim Bashar al-Assad menggunakan tentera sejak pertengahan Mac lalu bagi mematahkan protes rakyat yang menuntut pembaharuan politik, operasi yang didakwa aktivis telah mengorbankan 1,700 orang awam.
Pemimpin Syria itu telah berjanji akan melaksanakan pembaharuan, tetapi Majlis Keselamatan kekecewaan kerana 'kurang usaha dilakukan' dan mahu Assad menunaikan janjinya.
Anggota Majlis Keselamatan dari Amerika Syarikat dan Eropah telah memberi tekanan supaya satu resolusi dikeluarkan bagi mengecam Syria, tetapi Rusia, China, India, Brazil dan Afrika Selatan menentangnya kerana menyifatkannya tidak menggalakkan rundingan, pembaharuan yang dijanjikan Assad serta menamatkan keganasan.
Mereka juga bimbang ia akan digunakan sebagai helah untuk campur tangan bersenjata di negara itu.
Sementara itu, Presiden Assad hari ini mengeluarkan satu dekri membenarkan kewujudan pelbagai parti di Syria.
Pada 24 Julai lalu, kerajaan memperkenalkan satu draf undang-undang berhubung kewujudan pelbagai parti yang akan menamatkan monopoli kuasa oleh Parti Baath pimpinan Assad sejak beberapa dekad, lapor agensi berita SANA. - AFP
utusan

Ditimpa musibah awal Ramadan




NIK Fatimah Embong di hadapan rumahnya yang musnah di Kampung Serdang Baru, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 4 Ogos – Kehadiran Ramadan kali ini meninggalkan kisah sedih buat seorang ibu tunggal apabila rumahnya di Kampung Serdang Baru di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Turut musnah dalam kejadian pukul 8.30 malam itu adalah wang zakat dan pampasan yang baru diterima Nik Fatimah Embong, 62, akibat kemalangan tahun lalu, berjumlah lebih RM3,000.
Walaupun sedih, Nik Fatimah bersyukur kerana dia, tiga anak dan tiga cucunya yang berada dalam rumah tersebut ketika kejadian, terselamat.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia hendak menyalakan sumbu pelita untuk mengaji al-Quran di dalam biliknya sebelum menunaikan solat Isyak.
“Tanpa diduga, api menjulang secara tiba-tiba. Disebabkan cemas, saya cuba padamkan api tersebut menggunakan kain langsir.
“Api jadi lagi marak. Saya dan anak-anak cuba curah dengan air, pun tak berkesan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Menurut Nik Fatimah, tiada satu barang berharga pun yang mampu diselamatkannya akibat kebakaran itu.
“Tetapi yang paling sedih, saya kehilangan duit pampasan kemalangan jalan raya tahun lepas lebih RM3,000 dan duit zakat sebanyak RM350 yang baru diterima.
“Saya ingat nak gunakan duit itu untuk belanja hari raya (Aidilfitri),” katanya yang menetap di situ sejak 24 tahun lalu bersama empat anak dan empat cucunya.
Saksi yang juga jiran mangsa, Abdul Rashid Abdul Wahab, 64, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan api marak hingga hampir mengenai rumahnya.
“Ketika kejadian, saya baru nak ke surau tetapi apabila nampak api, saya masuk ke dalam rumah dan telefon bomba,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 malam dan sampai di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Kerugian dianggarkan mencecah RM200,000 dan kita tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada api pelita yang dinyalakan mangsa.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan selepas ini,” katanya sambil memberitahu, operasi itu disertai oleh 22 anggota bersama empat jentera.utusan

Lelaki ‘bersahur’ dengan anak gadis


KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.


“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,” katanya.hmetro

Anggota milik wanita, budak


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat yang ditemui.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat yang ditemui.
NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.
NGERI...kaki yang ditemui dalam tandas.



AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.hmetro

Kepala putus ketika lahir

MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

Cari amah negeri jiran

RIYADH: Selepas berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah dari seberang laut, ramai warga Saudi kini beralih kepada anggota keluarga mereka di negara jiran, khususnya di Kuwait dan Qatar untuk membantu.
Di negara berkenaan, ia mengambil masa sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah dari luar negara dan dengan bayaran kira-kira SR7,000 (RM5,600).

Harga itu berbeza berdasarkan warga pembantu rumah terbabit. Rakyat Saudi yang mempunyai saudara di negara itu terdorong untuk meminta bantuan mereka bagi mendapatkan pembantu rumah dengan mengguna nama mereka.

Warga Saudi ketika ini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pembantu rumah selepas pihak berkuasa negara itu mengharamkan pengambilan amah dari Indonesia dan Filipina.

Agensi pengambil pekerja asing di negara itu tidak mempunyai banyak pilihan.

Untuk mendapatkan pembantu rumah dari Kenya dan Habsyah memerlukan masa yang lebih lama dan wang yang banyak.

Mereka yang ingin mendapatkan pembantu rumah secara haram perlu membayar gaji purata SR1,800 (RM1,440) yang boleh meningkat sehingga SR2,500 (RM2,040) pada Ramadan.

Kebanyakan mereka yang diwawancara akhbar Al-Eqtisadiah berkata, ia mengambil masa sehingga dua bulan untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara Teluk.
Jika amah itu tidak mempunyai pekerjaan, ia boleh mengambil masa seminggu saja untuk mendapatkan khidmatnya. Salem Al-Jabar yang mempunyai saudara di Kuwait menjelaskan, dia terpaksa beralih kepada saudaranya itu untuk mendapatkan bantuan.

“Tempoh menunggu untuk dapatkan amah di negara ini terlalu lama. Ini tidak mengambil kira kosnya” kata Salem. - ANhmetro

Mayat lelaki, wanita ditemui dalam kereta


QATIF: Polis melancarkan siasatan berhubung penemuan dua mayat dalam sebuah kereta di sebuah garaj, semalam.
Kedua-duanya, seorang lelaki dan seorang wanita, didakwa mempunyai hubungan dan dikatakan bertemu secara sulit di garaj berkenaan.

Enjin kereta itu dibiar hidup ketika pasangan itu bertemu.

Polis berkata, asap karbon monoksida dari kereta berkenaan mungkin menyebabkan mereka mati.

Adik kepada lelaki yang mati itu menemui mayat pasangan terbabit selepas membuka garaj berkenaan.

Di Riyadh, seorang lelaki gagal mengawal keretanya apabila sistem kawalan panduan terkunci pada kelajuan 180 kilometer sejam di Lebuh raya Qassim, semalam.
Lelaki itu yang memandu pikap, dalam perjalanan dari Riyadh ke Qassim pada tengah malam apabila sistem kawalan kenderaannya rosak. Peronda lebuh raya mengiringi kereta itu sepanjang perjalanan, termasuk memastikan tiada halangan di lebuh raya itu.

Kenderaan itu akhirnya berhenti sendiri apabila kehabisan minyak. - ANhmetro

Gempa bumi 6 skala Richter landa perairan Sumatera


JAKARTA: Gempa bumi di dasar laut berukuran 6.0 skala Ritcher melanda perairan Pulau Sumatera, semalam, tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan, lapor Agensi Metereologi dan Geofizik.
Gempa itu berlaku kira-kira jam 7.16 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa kira-kira 37 kilometer di barat-daya Mukomuko di wilayah Bengkulu dan sejauh 28 kilometer di bawah dasar laut. Gegaran akibat gempa itu turut dirasai di Mukomuko, bandar Bengkulu, di wilayah Bengkulu dan Padang Pariaman di wilayah Jambi di Sumatera barat. Jabatan Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu melaporkan di laman webnya gempa bumi itu berukuran 5.8 magnitud.hmetro

Kokain RM1.5 bilion dirampas


KETUA Agensi Penguatkuasa Sempadan Britain, Brodie Clark dengan timbunan kokain yang dirampas.
KETUA Agensi Penguatkuasa Sempadan Britain, Brodie Clark dengan timbunan kokain yang dirampas.

Foto
Kokain yang dijumpai di dalam kapal.
Foto
LOUISE...kapal mewah yang ditahan di Pelabuhan Southampton
BRITAIN: Ia sebuah kapal mewah yang pasti akan menarik perhatian ramai di mana saja ia berada.Tapi, dalam kes ini, kapal mewah yang berharga 1 juta pound (RM5juta) dan diberi nama Louise ini telah menarik perhatian kastam Britain yang telah menjumpai kokain yang disembunyikan di dalam kapal itu.Ia merupakan penemuan terbesar pihak kastam Britain.Penyeludup telah menyembunyikan 1.2 tan dadah kelas A di dalam badan kapal itu dan kemudian cuba membawa masuk kapal itu ke Britain menggunakan kapal pengangkut.Kokain itu yang paling tulen dan boleh diproses menjadi lapan tan dadah yang boleh dijual dan bernilai 300 juta pound (RM1,500 juta), satu pertiga dari jumlah bekalan dadah di Britain setahun.

Menurut sumber, harga sekilogram kokain telah meningkat dari 30,000 pound (RM150,000) pada tahun 2008 kepada 55,000 pound (RM275,000) sekarang.

Semalam, enam anggota kumpulan jenayah terbabit, termasuk seorang warga Belanda yang berusia 60 tahun dan tiga anak lelakinya telah ditahan di Belanda.

Polis turut merampas 100,000 euro (RM432,250), dua motosikal Harley Davidson, dua pucuk senjata, penyenyap dan pil ecstasy.

Pihak berkuasa mengetahui tentang kapal mewah sepanjang 65 kaki ketika ia berlabuh di Pulau Virgin pada Mei lalu.

Anggota keselamatan memerhatikan kapal itu diangkut oleh kapal pengangkut bersama 30 kapal yang lain dalam perjalanan merentas Atlantik ke Belanda, melalui pelabuhan Southampton.

Penyiasat percaya, sindiket itu akan memunggah dadah itu di situ sebelum mengedarkan majoriti daripadanya ke Britain, yang merupakan pasaran dadah terbesar di Eropah.

Pasukan kastam berjaya menahan kapal itu di Southampton dan pakar telah menghabiskan masa selama enam hari mengesan dadah terbabit.

Sementara itu, pemilik kapal itu mengugut mahu saman sehingga 750,000 pound (RM3.6 juta) sekiranya kapal itu tidak dilepaskan.

Pihak berkuasa di sempadan cuba melengahkan masa dengan mengatakan kapal layar itu rosak di pelabuhan dan tidak boleh dilepaskan.

Alasan yang diberikan berdasarkan fakta kerana dengan membuka dinding kapal layar itu menjadikan ia tidak selamat lagi.

Menteri Imegresen Damian Green berkata, “Rampasan ini hasil kerjasama dengan rakan antarabangsa kami.” - DMhmetro