Pages

Sunday, January 2, 2011

Empat planet kelilingi bintang ditemui


Empat planet kelilingi bintang ditemui


2011/01/02

LAKARAN artis mengenai sistem planet mengelilingi   matahari.
LAKARAN artis mengenai sistem planet mengelilingi matahari.
HR8799 seperti sistem suria bumi bersaiz lebih besar

FLORIDA: Sekumpulan ahli astronomi antarabangsa berjaya menemui dan mengambil gambar planet keempat terbesar di luar sistem suria, penemuan yang menguatkan lagi teori persamaan luar biasa antara sebuah planet yang jauh daripada sistem planet kita sendiri.
Penyelidikan yang disiarkan secara online oleh jurnal Nature menyatakan, setakat ini sistem itu membabitkan empat planet mengelilingi bintang yang diberi nama HR8799.
Pakar astronomi berkata, sistem planet berkenaan menyerupai sistem suria planet bumi, tetapi bersaiz jauh lebih besar.

“Selain mempunyai empat planet bersaiz gergasi, kedua-dua sistem juga mengandungi ‘rantaian puing’ hasil himpunan objek termasuk ais dan batu, selain zarah debu,” kata Profesor Fizik dan Astronomi Universiti California Los Angeles (UCLA), Benjamin Zuckerman, penulis bersama hasil penyelidikan itu.

Katanya, planet yang baru ditemui itu mengelilingi sebutir bintang bercahaya terang yang berada pada jarak 129 tahun cahaya dari bumi dan dapat dilihat samar-samar dengan mata biasa.

Sistem planet mengelilingi bintang HR8799 adalah amat besar berbanding sistem suria. Pakar astronomi menganggarkan saiz keempat-empat planet berkenaan mungkin 20 kali ganda lebih besar berbanding gabungan semua planet dalam sistem suria.
Penemuan planet terbaru berkenaan menyusul selepas penemuan tiga planet sebelum ini disiarkan jurnal Science pada 2008 yang melaporkan imej pertama sistem planet mengelilingi bintang selain matahari.

“Ini imej keempat planet dalam sistem berkenaan. Setakat ini, hanya sejumlah kecil planet di luar sistem suria sudah dikenal pasti dan berjaya dikesan selain sistem planet HR8799,” katanya.

Beliau berkata, semua empat planet yang mengorbit bintang itu mempunyai saiz hampir sama dan berkemungkinan lima hingga tujuh kali lebih besar berbanding planet Musytari. Planet baru itu mengorbit bintang pada jarak lebih dekat berbanding tiga planet lain.

“Jika planet itu mengorbit matahari, ia mungkin berada pada kedudukan antara planet Zuhal dan Uranus,” katanya.

Pakar astronomi menggunakan teleskop Keck ll di Pusat Pemerhatian WM Keck di Hawaii untuk mendapatkan imej planet keempat itu.

Rakan Zuckerman yang menyertai penyelidikan itu dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Kanada (NRC), Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore (LLNL) di California dan Pusat Pemerhatian Lowell di Arizona.

“Penemuan ini satu kejayaan besar dalam penyelidikan membabitkan ‘dunia lain’ sejak 2008, apabila sistem planet HR 8799 dikesan,” kata pakar astronomi Suruhanjaya Peraturan Nuklear (NRC) Christian Marois, yang juga ketua penulis kajian itu.

Katanya, gambar planet baru itu kemuncak kejayaan hasil usaha hampir 10 tahun, dengan pencapaian yang hebat dan memberi peluang untuk meningkatkan lagi semua aspek pemerhatian dan analisis. – Agensi
Berita Harian Online | Empat planet kelilingi bintang ditemui

Khabar 'Aa Gym ceraikan isteri pertama' kini disahkan

Cyberita Online Luar Negara
DISAHKAN BERCERAI: Aa Gym bersama isteri pertamanya Teh Ninih dan tujuh anak mereka. - Foto TABLOID NOVA

BANDUNG: Pendakwah terkemuka Indonesia, K.H. Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym, disahkan telah bercerai dengan isteri pertamanya, Cik Ninih Muthmainah (Teh Ninih), setelah dua kali talak.

Beberapa sumber berkata rumah tangga Aa Gym dengan Teh Ninih mula goyang kerana Aa Gym lebih sering tinggal di Jakarta bersama isteri mudanya.

Teh Ninih pula tinggal di Bandung.

Populariti Aa Gym merosot dan perniagaannya kemudian muflis selepas beliau memutuskan untuk berpoligami pada September 2006 dengan menikahi janda beranak tiga, Cik Alfarini Eridani (Teh Rini, gambar kanan).

Aa Gym dikurniakan tujuh anak hasil pernikahannya dengan Teh Ninih.

Beliau mendapat seorang anak lelaki hasil pernikahannya dengan Teh Rini.

Perceraian Aa Gym dengan Teh Ninih disahkan oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Bandung, Encik K.H. Miftah Farid, Khamis lalu.

Aa Gym menjatuhkan talak kedua ke atas Teh Ninih lebih tiga bulan lalu.

'Kami berbincang melalui telefon. Aa bilang berpisah merupakan huraian terbaik bagi dirinya dan Teh Ninih. Aa juga bilang, sudah tidak mampu lagi memberikan nafkah lahir dan batin pada Teh Ninih,' terang Encik Miftah.

Para wartawan setempat cuba mendapatkan komen Aa Gym di Pesantren Daarut Tauhid di Bandung kelmarin.

Namun, Aa Gym tidak mahu diganggu.

'Aa Gym untuk sementara ini tidak bisa diganggu. Mungkin ada saatnya nanti beliau ngomong. Tetapi kapannya saya nggak tahu pasti, kerana itu hak beliau,' ujar seorang pengurus di situ yang dikenali sebagai Encik Bani.

Sementara itu, ibu Teh Ninih ditukil sebagai berkata:

'Memang poligami itu dibolehkan tetapi 'kan harus adil, sedangkan Aa kelihatannya tidak adil kerana lebih mementingkan isteri mudanya. Aa sosok yang baik, tetapi semua orang pasti ada kekurangannya.

'Aa pernah bilang pada ibu dengan nada tinggi untuk tidak ikut campur urusan rumah tangga orang lain.'

Sebelum menikahi Teh Rini, hubungan Aa Gym dengan Teh Ninih dilaporkan sangat rapat dan mereka menjadi idola keluarga sakinah.

Ketika dihubungi wartawan pada Oktober lalu, Teh Rini menafikan perceraian Aa Gym dengan isteri pertamanya.

'Tidak benar Teh Ninih bercerai dengan Aa di Bandung. Hubungan kami bertiga baik-baik saja.

'Keluarga yang satu dengan keluarga yang lain baik-baik saja. Saya baru tahu, tidak benar ada gugatan cerai. Itu fitnah,' kata Teh Rini. -- Agensi.

Ayat Al-Quran yang dibuang tiba-tiba hilang kalimah " ALLAH "


http://www.online2all.com/images/stories/2_721_1422_10.jpg
http://www.online2all.com/images/stories/1_721_1422_10.jpg
http://www.online2all.com/images/stories/705373.jpg
{سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ }فصلت53.. تجلت عظمة هذه الآية الكريمة في واقعة مثيرة حدثت بإحدى قرى محافظة القليوبية.
53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Ayat-ayat Al-Quran di atas diambil daripada tong sampah di mesir. Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa lafaz Allah  hilang daripada setiap keping ayat Al-Quran yang dibuang dalam tong sampah.

BAB: SEBAHAGIAN ORANG MUSLIM YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB


129. Abu Hurairah r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:  Akan ada rombongan dari umatku tujuh puluh ribu masuk surga tanpa hisab, bercahaya muka mereka bagaikan bulan purnama.
Abu Hurairah r.a. berkata: Maka berdirilah Ukasyah bin Mihshan Al-Asadi sambil menjinjing selimutnya, lalu berkata: Ya Rasulullah. doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka. Maka Nabi saw. berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia dari golongan mereka.  Kemudian seorang sahabat Anshar berdiri dan berkata: Ya Rasulullah doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka.  Jawab Nabi saw.: Engkau telah didahului oleh Ukasyah r.a.  (Bukhari, Muslim).

Hizbullah: Gerakan Syiah Dari Lebanon

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/gerakan-dakwah/hizbullah-gerakan-syiah-dari-lebanon.htm

Hizbullah (Bahasa Arab: حزب الله Hezbollah, Bahasa Indonesianya berarti "Partai Allah / Partai Tuhan") adalah organisasi politik dan paramiliter dari kelompok Syiah yang berbasis di Libanon. Hizbullah didirikan pada tahun 1982 dan mempunyai pengaruh besar dalam politik Libanon dengan memberikan pelayanan sosial, mendirikan sekolah-sekolah, rumah sakit, membuka daerah pertanian serta perlayanan lainnya untuk ribuan warga Syiah Libanon. Dengan sendirinya, Hizbullah kemudian dianggap sebagai cermin gerakan perlawanan di dunia Arab dan Muslim dunia.

Pada awalnya para pemimpin Hizbullah mengatakan bahwa gerakan ini bukanlah sebagai sebuah organisasi, oleh karena itu tidak mempunyai kartu anggota, hiraki kepemimpinan dan struktur organisasi yang jelas.
Sejarah kelahiran Hizbullah memiliki kaitan erat dengan revolusi Islam di Iran, di bawah pimpinan Ruhullah Al Musawi Khomaini pada tahun 1979. Semenjak tahun 1982 Hizbullah mulai mendapatkan legalitas dalam memberikan perlawanan terhadap penjajah Israel di Lebanon. Pada tahun 1985 Hizbullah secara resmi mendukung Revolusi Islam di Lebanon. Strategi politik dan militer Hizbullah pun dinilai sukses, terbukti dengan hengkangnya Zionis dari tanah Lebanon, pada tahun 2000.
Asal Mula Hizbullah

Berdirinya organisasi Hizbullah tidak terlepas dari paham Syi’ah, yang berkiblat ke Madrasah Ad-diniyah Najaf dan partai dakwah Islam yang diketuai oleh Muhammad Baqir As-Sadr di Irak. Lembaga ini telah mencetak generasi-generasi militan Syi’ah di Lebanon. Satu diantaranya adalah Musa As-Sadr, pendiri Harakah AMAL (Batalyon Perlawanan Lebanon) yang saat ini dipimpin oleh Nabih Berre yang juga menjabat sebagai Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Lebanon.
Ketika kancah perpolitikan Lebanon mulai nampak keruh pada tahun 1978, As-shadr tiba-tiba menghilang dari kancah perpolitikan. Bersamaan dengan itu muncullah nama Muhammad Husain Fadlullah sebagai figur di dunia pendidikan dan politik, yang secara tidak langsung memengaruhi kondisi perpolitikan di Lebanon. Namanya kian mencuat seiring dengan berdirinya Hizbullah. Bahkan ia sempat dinobatkan sebagai pimpinan spiritual Hizbullah. Akan tetapi ia menolaknya. Namun tak seorangpun memungkiri kiprah Fadlullah dalam memajukan Hizbullah, baik dalam bidang politik maupun militer.
Para Petinggi Partai
Hizbullah tidak menerapkan sistem kepemimpinan yang jelas hingga tahun 1989. Kebijakan-kebijakan yang diambil biasanya dilakukan dengan cara mufakat. Pemilihan pimpinan tertinggi pertama baru digelar pada tahun 1989, dan terpilihlah Shubhi Thufaili, sebagai pimpinan Hizbullah untuk masa jabatan 1989-1991.
Kemudian, terpilihlah Syekh Abbas Al Musawi, yang masa jabatannya tak lebih dari sembilan bulan. Setelah Abbas Al Musawi, diangkatlah Hasan Nashrullah sebagai ketua Hizbullah sejak tahun 1992 hingga sekarang.
Penopang Kekuatan
Aktivitas Hizbullah lebih dominan dilakukan di daerah yang mayoritas berpenduduk Syi’ah, seperti pinggiran kota selatan Beirut, daerah lembah Bekaa dan wilayah Selatan Lebanon. Dukungan juga datang dari penduduk sekitar tiga kawasan tersebut. Pada umumnya yayasan Hizbullah merupakan perpanjangan tangan dari yayasan “Um” di Iran. Kegiatannya berkonsentrasi dalam bidang sosial kemasyarakatan, dan salah satunya adalah memdirikan Channel Televisi Al Manar
Hubungan dengan Iran

Berdasarkan pernyatan sikap Hizbullah, pada tanggal 16 Februari 1985, ditegaskan bahwa, “Hizbullah akan mematuhi perintah pemimpin yang bijaksana dan menjunjung tinggi keadilan dalam bentuk Wilayatul Faqih dibawah pimpinan Ruhullah Ayatullah Al Khomaini, sang pencetus lahirnya Revousi Islam dan pelopor kebangkitan Islam”.

Para petinggi Hizbullah menyatakan bahwa hubungan kelompoknya dengan Iran berawal dari pemahaman yang sama, yaitu aliran Syi’ah. Mereka menjadikan para pemimpin Syi’ah di Iran sebagai rujukan dalam masalah agama dan politik. Namun setelah wafatnya Ayyatullah Khomeini, muncul banyak pendapat yang menolak sistem kepemimpinan ala Khomeini. Hal ini membuka kesempatan untuk berdiskusi lebih tajam dalam mengambil setiap kebijakan. Sekalipun demikian, Hizbullah tetap menjadikan Iran sebagai kiblat politik dan budaya. Maka wajar apabila Hizbullah lalu mendapatkan sokongan materi dari Iran, disamping bantuan lain yang didapat dari iuran anggota.
Perlawanan Hizbullah
Hizbullah ikut terlibat dalam perang saudara di Lebanon, bahkan ia berhasil menguasai kamp militer di tepi selatan kota Beirut. Akan tetapi para petinggi Hizbullah mengatakan bahwa, peran militernya dalam peperangan yang berlangsung, semata-mata bukan untuk kepentingan internal Hizbullah.
Di tahun 1988, Hizbullah pernah berseteru dengan Gerakan AMAL Syi’ah, yang menewaskan puluhan korban dari kedua belah pihak. Peristiwa ini memberi pengaruh buruk terhadap kondisi politik dan sosial masyarakat Syiah di Lebanon, dan hampir menyebabkan terjadinya perpecahan di dalam kubu Syi’ah. Namun kedua kubu tersebut tetap berupaya meredakan peperangan ini dan beusaha membina hubungan baik. Pemandangan semacam ini merupakan hal yang wajar terjadi dalam pemilu di Lebanon pasca-perjanjian Thaif.
Keterlibatan Hizbullah dengan Palestina

Hizbullah bukanlah Lebanon. Posisinya mungkin hampir sama persis dengan para pendukung dan pengusung Syiah di semua negara. Walaupun selalu mengobar-ngobarkan semangat peperangan terhadap Israel di media, namun catatan sejarah menunjukkan bahwa Hizbullah tidak pernah bentrok secara langsung dengan Israel. Bahkan ketika tragedi Gaza meletus tahun 2009 yang menewaskan sekitar 1500 orang Palestina, Hizbullah menyatakan bahwa mereka tidak ada kaitannya sama sekali dengan Hamas atau Gaza.
Walaupun disebut-sebut sebagai organisasi teroris, sampai sekarang, Hizbullah tetap aktif dan berkembang secara tentram dan damai di Lebanon. (sa/wikipedia/berbagaisumber)

Pengakuan Prajurit Perempuan Israel Menyiksa dan Membunuh Anak Palestin

Pengakuan Prajurit Perempuan Israel Menyiksa dan Membunuh Anak Palestina


Seorang tentara perempuan Israel dalam acara televisi "Tentara, Di Balik Layar" mengaku bahwa ia pernah membantu rekan-rekannya membunuh seorang anak Palestina dengan cara yang keji.
"Saya memonitor aksi pembunuhan itu lewat kamera di pusat komando pemantauan anak-anak Palestina yang melempari tentara Israel dengan batu. Saya memberikan pengarahan pada para tentara untuk menuju ke tempat anak-anak itu, dan dengan petunjuk dari saya lewat walkie-talkie, mereka membunuh seorang anak Palestina," kata prajurit perempuan itu, namun ia tidak mau mengungkap kapan dan di mana peristiwa itu terjadi.
Prajurit Israel itu mengatakan, rekan-rekannya sesama tentara memberinya selamat setelah insiden pembunuhan itu terjadi meskipun ia mengaku syok mendengar bahwa anak Palestina yang dikeroyok tentara Israel itu tewas. Ia merasa bahwa kematian anak Palestina itu disebabkan oleh petunjuk yang diberikannya pada pasukan di lapangan.
Dalam acara televisi tersebut, prajurit perempuan Israel yang tidak mengungkap jati dirinya itu juga mengaku bahwa anak-anak Palestina yang melempari tentara Israel dengan batu, sebenarnya tidak berbahaya bagi pasukan Israel yang bersenjata lengkap.
Prajurit perempuan Israel lainnya, dalam acara itu juga mengaku pernah menangkap dan menyiksa belasan warga Palestina saat tugas jaga di pos Israel Shave Shomron yang berlokasi di Nablus dan Jenin. Tentara Zionis perempuan itu mengungkapkan bahwa ia menangkap 80 warga Palestina hanya untuk iseng dan senang-senang saja. Lalu ia menyuruh warga Palestina itu berdiri di tengah terik matahari sementara ia menonton sambil melontarkan caci maki tanpa alasan yang jelas pada warga Palestina yang sudah kepanasan itu.
Tindakan biadab sudah semacam ritual harian pasukan Zionis Israel terhadap warga Palestina di Tepi Barat. Mereka secara rutin melakukan penggeledahan ke rumah-rumah dan menangkapi warga Palestina tanpa alasan yang jelas.
Sementara itu, surat kabar Israel Haaretz hari Senin kemarin memuat laporan bahwa pemerintah dan militer Israel akan mencabut larangan bagi warga Israel untuk masuk ke kota-kota Palestina di Tepi Barat. Israel memberlakukan larangan bagi warganya untuk berkunjung ke kota-kota Palestina di Tepi Barat setelah pecah gerakan Intifada, karena dianggap membahayakan bagi warga Israel.
Tapi sekarang, Israel menganggap situasi di Tepi Barat sudah cukup aman bagi para pemukim Yahudi atas kerjasama aparat keamanan Presiden Otoritas Palestina Mahmud Abbas dengan aparat Israel.
Di sisi lain, sikap pemerintahan Abbas yang mau bekerjasama dengan aparat Israel menuai kecaman dari seorang profesor ilmu politik di Universitas Al-Najah, Nablus. Profesor Doktor Abdulsattar Qassem menyatakan bahwa pemerintahan Abbas telah melakukan kejahatan besar dan pengkhianatan terhadap rakyat Palestina karena telah memberikan pengamanan bagi para pemukim Yahudi dan bekerjasama dengan aparat militer Israel. "Itu sama artinya pemerintahan Abbas melindungi entitas Zionis di Palestina," tukasnya. (ln/PIC)

Berjayakah Amerika dan Zionis diboikot?

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama



akibat pengaruh iklan yang agresif, antara menyebabkan restoran makanan segera masih dikunjungi. - Gambar hiasan


SEWAJARNYA kerana Palestin kita sanggup melakukan apa sahaja, hatta mengangkat senjata bagi beradu jantan dengan pihak Israel kerana telah terang-terangan memerangi Islam. Tidak ada rasionalnya di sebalik perbuatan hampir 60 tahun mereka mencabuli kedaulatan dan hak-hak kemanusiaan penduduk Islam.
Justeru itu, sebagai pengguna, kempen memboikot produk dan perkhidmatan daripada sekutu rapat Yahudi terutamanya Amerika Syarikat (AS) sewajarnya dapat dijayakan tanpa sebarang masalah, kerana ia lebih mudah, tiada risiko dan tidak menjadi satu kesalahan.
Mengapa untuk tindakan seperti ini hendak diragukan? Telah terbukti boikot seperti ini tidak mustahil kerana telah ada pihak yang terkesan dengan tindakan seperti ini sebelum ini.
Jenama makanan segera yang terkenal dengan kepelbagaian jenis burger, syarikat XXX terpaksa menutup operasi mereka di kebanyakan negara di Asia Tengah pada tahun 2002 kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot.
Di Jordan sahaja, dua daripada enam francais makanan segera ini terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di salah sebuah negara di Asia Barat, syarikat XXX itu terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan.
Namun usaha ini tidak berjaya dilakukan dan ini menyebabkan pihak berkuasa negara itu terpaksa diarahkan mengawal rangkaian restoran XXX akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan.
Tetapi apa salahnya Syarikat XXX ini? Pemimpin utama syarikat itu, tidak sahaja lahir sebagai Yahudi, tetapi beliau juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry yang menjadikan syarikat yang diterajuinya itu "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF).
JUF pula telah menggelarkan diri mereka sebagai bekerja untuk ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel serta memerhati dan sekiranya perlu, memberi respons kepada laporan media.
Sekiranya syarikat gergasi seperti XXX boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, minuman kola terkenal yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60 peratus akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, Zam Zam Cola. Apa yang tidak disangka berlaku, syarikat ini tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran minuman itu.
Mereka berjaya menjual sebanyak 4 juta tin minuman dalam minggu pertama, sesuatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? Zam Zam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara-negara Teluk, sekali gus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark. mula mengimport Zam Zam Cola.
Dalam kes memboikot ini juga, Amazon.com pula, iaitu perniagaan menjual buku dan produk berkaitan melalui Internet, telah menghentikan kerjasama dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Ini apabila Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang daripada tugasan mereka di daerah Palestin.
Ketika itu iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel " dipaparkan dalam hampir setiap muka surat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat di AS yang tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, turut membuat keputusan untuk memboikot Israel .
Pada bulan Mei 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di AS yang mengeksport peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan mereka dengan Israel .
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan AS dan Israel, sehinggakan AS mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan AS telah mengenakan lebih daripada AS$26 juta denda serta tidak lagi mengeluarkan lesen eksport kepada syarikat yang terlibat.
Pensyarah Kanan di Bidang Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Dr. Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, tidak dinafikan boikot merupakan salah satu kaedah untuk mengajar pihak Zionis itu, cuma umat Islam harus bersatu dan senada dalam memboikot barangan mereka secara berterusan bukan secara bermusim.
"Ini kerana usaha yang telah dilakukan sejak dulu lagi, ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. Yang menariknya bila ramai orang hendak memboikot, masyarakat pun beria-ia hendak memboikot juga, tapi malangnya produk rokok pelbagai jenama dari AS seperti tercicir ataupun sengaja dicicirkan daripada senarai pemboikotan tersebut," katanya.
Menurut Dr. Zaharuddin lagi, pengharaman berurusniaga atau memboikot melalui fatwa adalah satu cara bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan sebagaimana Iran mengeluarkan fatwa diketuai Ayatollah Ali Khamenei yang mengharamkan terus segala urusan perniagaan yang berkaitan dengan Israel.
"Kalau sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan menimbulkan isu pengharaman Yoga, kenapa tidak untuk pengharaman barangan dari negara Zionis yang secara terang dan nyata melakukan kekejaman yang bertentangan dengan ajaran semua agama," katanya.
Usaha memboikot barangan Israel dan sekutunya kata Dr. Zaharuddin boleh dianggap sebagai satu jihad di jalan Allah.
"Usaha memboikot barangan mereka ini adalah lebih baik berbanding daripada sumpah seranah serta memaki hamun mereka," katanya.
Beliau tidak menafikan antara kekangan bagi menjayakan boikot ini, sikap kaum-kaum lain, yang bertindak sepi atau tidak mengambil peduli dengan beranggapan, isu ini hanya melibatkan masyarakat Islam.
Dr. Zaharuddin turut menyenaraikan beberapa kekangan atau kelemahan utama dalam kempen pemboikotan produk Israel dan sekutunya, iaitu;
l Kekurangan hasil tempatan yang produktif, berkualiti dan berdaya saing di peringkat tempatan mahupun global.
l Persepsi pengguna terhadap barangan keluaran tempatan terutamanya barangan bumiputera yang agak dingin.
l Sistem pemasaran dan pengiklanan yang tidak cekap terutama daripada pengusaha bumiputera.
Namun beliau lebih menggesa individu serta pertubuhan yang ingin memboikot produk Israel dan sekutunya supaya menoleh seketika sejarah, terutamanya apa yang pernah dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.
"Bahkan ketika Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Baginda tidak pernah melakukan pemboikotan ekonomi kepada Yahudi yang menguasai pasar di Madinah tetapi Baginda memecahkan monopoli Yahudi dengan mengajak para sahabatnya ikut serta dalam perniagaan sehinggakan ekonomi Madinah dikuasai sepenuhnya oleh kaum Muslimin," katanya.
Dr. Zaharuddin meminta supaya produk tempatan harus dipertingkatkan kualiti serta berdaya saing, bukan sahaja dari segi mutu, malah dari segi harga.
"Maka inilah kaedah terbaik dalam melaksanakan embargo serta menghancurkan ekonomi Zionis, bukan sekadar mengangkat sepanduk menyeru pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya.
"Konsep muamalah itu sebenarnya wujud tanpa paksaan. Cuma kita harus bertukar kempen, dari kempen memboikot ke kempen membeli… Belilah Barangan Buatan Muslim!" katanya.
Orang Malaysia terus boikot
PENULIS sendiri sebagai pengguna ‘aktif’, sehingga kini menjadikan boikot terhadap produk berjenama AS dan sekutunya itu menjadi sebahagian gaya hidup!
Mungkin tidak 100 peratus tetapi yang termampu termasuk tidak lagi singgah di sebarang restoran makanan segera berjenama barat, boikot tetap penulis boikot!
Sementara tinjauan rambang di sekitar restoran-restoran itu berbanding sebelum kempen seperti ini dilancarkan, penulis dapati ternyata boikot itu ada kesannya.
Ini termasuk ketika penulis tiba pada waktu sebelum sehingga selepas makan tengah hari di sebuah restoran tersebut di KL Sentral. Seperti yang menjadi telahan, penulis dapati hanya terdapat segelintir umat Islam yang mengunjungi restoran tersebut untuk mengisi perut.
Hatta ketika waktu puncak pada tengah hari itu, didapati umat Islam yang menjamu selera boleh dibilang jari!
Begitupun di sebuah premis kafe kopi segera, didapati ada juga umat Islam yang menjadi pelanggan, tetapi sangka baiknya mungkin atas tujuan perbincangan perniagaan dan seumpamanya, lebih-lebih lagi dengan rakan bukan Islam, kafe itu dirasakan mungkin lebih selesa.
Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Noor Nirwandy Mat Noordin berkata kempen boikot ini telah berjaya membuktikan masyarakat pengguna (Islam khususnya) di negara ini berupaya melakukannya bagi membantah tindakan kejam Israel.
“Maklum balas positif juga diterima daripada mereka yang berikrar untuk terus memboikot produk Yahudi.
“Kempen boikot terpilih produk Yahudi ini telah membuka dimensi baru kepada mentaliti masyarakat pengguna Islam berhubung kuasa pengguna,” katanya.
Laman Web PPIM (www.muslimcons) sendiri tidak putus-putus dikunjungi sehingga kini terutama bagi pengunjung mendapatkan senarai produk-produk yang mesti kita boikot.

Zionis Israel Membinasakan Bangsa Amerika

Zionis Israel Membinasakan Bangsa Amerika



60 tahun berlalu sejak Israel berdiri, dan tahukah Anda jika negara itu mendapatkan hasil pajak AS melebihi negara manapun di dunia ini, termasuk AS sendiri?
Selama resesi ekonomi dunia ini, ketika orang-orang Amerika sendiri menjadi pengangguran, rumah-rumah dijual, anggaran pendidikan dikurangi demikian besar dan bisnis macet dimana-mana, Kongres AS terus saja memberikan hasil pajak yang besar kepada Israel, dan sekarang jika dihitung, perharinya mencapai 7 juta dollar!
Dengan segala kenyataan itu, inilah saatnya untuk sekali lagi mempertanyakan kebijakan AS. Untuk menelisik mengapa AS terus saja memberikan bantuan militer kepada sebuah negara, dalam hal ini Israel, sangat perlu untuk melihat sejarah dan budaya si penerima bantuan itu. Lantas, bagaimana sejarah Israel?

Mendeskripsikan Israel selalu sulit. Seseorang harus memilih apakah akan terus hidup dalam sebuah paradigma atau menyebutkan kebenaran.
Di buku manapun jelas digambarkan bahwa pendirian negara Israel dibentuk di atas sebuah pembersihan etnik yang paling biadab di muka bumi sepanjang sejarah modern.
Di tahun 1947-1949, sekitar seperempat juta umat Muslim dan Kristen yang merupakan 95% menempat-tinggali bumi Palestina dipaksa dengan brutal untuk meninggalkan tanahnya.
Terhitung sampai saat ini, dengan agresi Gaza, sudah berlangsung 33 kali genosida, dan penghangusan lebih dari 500 desa. Semua ini tujuannya hanya satu: melenyapkan sejarah dan kebudayaan Palestina.
Hal kedua yang perlu kita pelajari adalah, bagaimana Israel menggunakan bantuan AS di masa lalu? Di semua peperangan yang melibatkan Israel, Israel selalu menjadi pihak pertama yang menyerang. Israel selalu membuat legitimasi (pembenaran) bahwa mereka sedang membela diri. Dalam kurun waktu dua kali penyerangan pertama Israel terhadap Lebanon dulu yang menewaskan 17.000 orang, dan terhadap Gaza dengan jumlah 1400, semuanya menggunakan senjata dari AS yang jelas-jelas dilarang oleh hukum AS sendiri.
Tahukah Anda, seorang dokter bedah AS dalam satu hari pernah membedah lebih dari 1000 lambung korban kekejian Israel? Pesawat yang membombardir Gaza adalaah F-16 dan Helikopter Apache AS. Pajak yang kita bayarkan kepada pemerintah dibuat untuk melukai dan membunuh orang-orang tak berdosa.
Menurut Defence for Children International, Israel telah melakukan penghancuran terbesar sepanjang masa. Antara tahun 1967 dan 2003, Israel telah meruntuhkan lebih dari 10.000 rumah, dan itu masih terus berlangsung sampai sekarang.
Dan Anda salah besar jika mengira bahwa Israel hanya membunuh orang Palestina. Racher Corrie, gadis usia 23 tahun, dilindas buldozer Caterpillar, sniper Israel menembak Tom Hurdell, 21 tahun, di kepalanya, dan Brian Avery, 26 tahuun, di wajahnya. Mereka semua adalah warga AS yang mempunyai kepedulian terhadap masalah umat manusia.

Di sisi lain, yang lebih mengenaskannya lagi, Israel menggunakan bantuan militer AS untuk membuat industri mereka menyaingi perusahaan-perusahaan AS.
Tahun 1963, Senator WIlliam Fulbright menemukan bahwa Israel menggunakan bantuan dari AS untuk membentuk kampanye media supaya bisa menyedot lebih banyak lagi bantuan.
Sepanjang tahun, Israel terus-terusan memata-matai AS, bahkan menurut US Government Accounting Office, aksi mata-mata Israel adalah yang paling agresif dibandingkan negara lainnya. Dunia sekarang sedang memandang kepada kita, kepada orang-orang Amerika yang patut dikasihani.
Ketika media AS ramai-ramai melindungi Israel dari aksi kejinya, dunia sudah tahu bahwa kita adalah orang-orang yang ketakutan di negara sendiri. Ketika orang Amerika diberi tahu bagaimana Israel mengambil uang kita, dunia sudah sadar bahwa kitalah yang telah membiayai kekejaman Israel.
Kesimpulannya, bantuan AS terhadap Israel sudah membuat Timur Tengah tidak stabil, dunia ditimpa diskriminasi, agresi maut, dan yang paling miris, menenggelamkan semua perusahaan AS. Dengan terus memberikan bantuan kepada Israel, kita telah membiarkan supremasi Israel atas sebuah pembersihan etnik.
Sekarang saatnya kita menghentikan bantuan kita kepada Israel.
(Allison Weir-Direktur Eksekutif If American Knew)

Matlamat Serangan Pemikiran

Darulkautsar.net - hadith, Islam, aqidah, bidaah, syariat, sirah


1. Memberi Gambaran Buruk Terhadap Islam
Memberi gambaran buruk tentang Islam secara keseluruhan dengan menyerang al-Quran, al-Sunnah, peribadi Rasulullah, sejarah, sistem hidup dan warisan Islam.
Serangan ini ditujukan kepada semua manusia, Islam dan bukan Islam. Untuk orang Islam ianya bertujuan memesongkan mereka dari petunjuk dan bimbingan agama ini, manakala untuk bukan Islam, ianya betujuan menghalang mereka dari mengenali Islam.
2. Menghitamkan Sejarah Islam
Sejarah Islam diputar belit dan aspek-aspek negatif ditonjolkan supaya generasi Islam yang kemudian hanya mengetahui zaman-zaman gelap, ganas, derita, bobrok, percakaran dan perebutan kuasa.Hasilnya, generasi baru Islam akan cuba untuk mengelak dan melupakan sejarah Islam kerana malu dengan sejarah mereka.
Sekiranya sejarah Islam digambarkan dalam bentuk yang malap, berlumuran darah dan ganas, manakala sejarah Eropah pula dipersembahkan seperti mawar mewangi, berperikemanusiaan dan adil. sudah pasti generasi baru Islam ini akan berpaling kepada sejarah Eropah. Di sana mereka dapati suatu yang jelas, bertoleransi dan berdaya maju.
Kini kita dapati di seluruh dunia Islam sejarah Islam dicemarkan dalam setiap bentuk penerbitan dan media sementara sejarah Eropah diagungkan. Adalah amat malang kerana penguasa dan pengamal media seluruh dunia dikuasai oleh zionis dan musuh Islam yang bergerak secara aktif, efektif dan berterusan.
Buku-buku teks sekolah disediakan dengan acuan penjajah yang dicemari dengan berbagai pemalsuan. Sebagai contohnya, di Algeria, sejarahnya bermula dengan tahun 1830, iaitu peringkat permulaan pendudukan Perancis.
3. Meragukan Keupayaan Umat Islam Masakini
Dengan sejarah Islam yang digambarkan amat kelam dan hakikat masakini di mana umat Islam dibelenggu kemunduran, kemiskinan dan persengketaan, generasi baru akan mencari sistem yang lain dari Islam.
Untuk keluar dari kemunduran ekonomi, mereka berpaling kepada ekonomi kapitalis dan sosialis yang digambarkan dengan indah dan penuh harapan. Di segi budaya mereka mencari budaya barat yang nampaknya maju dan dipandang tinggi untuk menggantikan tradisi dan adat kita yang beku.
Maka kita akan dapati individu-individu seperti Salamah Musa yang menuntut supaya Universiti Al-Azhar ditutup atau Taha Hussain ( setidak-tidaknya dalam satu peringkat hidupnya) supaya kita memakai budaya Mediterranean dan menghidupkan semula semangat Firaun dan semangat kebangsaan Mesir.
Persoalannya, apakah dengan berurusan dengan bank-bank riba membolehkan kita bersaing dengan ekonomi Switzerland atau Amerika. Apakah dengan menghapuskan pengajian agama kita akan melahirkan graduan-graduan setanding dengan graduan Universiti Moscow atau Washington ?
4. Menggambarkan Masa Depan Yang Gelap
Dengan sejarah yang hitam, masakini yang kabur, mundur dan kotor, maka tiada apa yang dapat dijanjikan untuk masadepan. Sebagai jalan keluar dan untuk lari dari kekalutan ini orang Islam dengan penuh semangat bergabung dengan orang lain. Mereka nampak pada orang lain ada keadilan, ada kebebasan, kemajuan, kekayaan, ilmu pengetahuan dan kegemilangan.
Orang-orang Islam ini tidak sedar bahawa dalam masyarakat lain ( Timur dan Barat) penuh dengan masalah yang tidak berkesudahan: inflasi, pencemaran, jenayah, perpecahan keluarga, kegilaan seks dan seribu satu masalah di semua aspek kehidupan mereka.
Sesiapa yang meneliti tamadun Amerika dan tamadun Eropah akan dapat merasakan kekosongan jiwa yang parah dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengisi kekosongan ini dengan mencipta agama baru, menubuhkan perkumpulan, pertubuhan dan kelab atau bergabung dengan agama sedia ada, Budha, Hindu, penyembah berhala, pencinta Firaun dan sebagainya.
5. Meleburkan Keperibadian Umat Islam
Umat Islam cuba dihakis identiti dan jatidirinya dan dijauhkan dari akidahnya.
Keperibadian dan jatidiri umat dileburkan secara langsung atau tidak langsung, dengan jelas dan tersembunyi, melalui kebendaan atau semata-mata semangat, ekonomi atau sosial, pendidikan dan ilmu pengetahuan, melalui kuasa tentera atau orang awam.
Penguasaan ke atas pemikiran umat akan menjamin penguasaan asing ke atas umat Islam. Penguasaan jiwa, serangan ke atas akidah dan keperibadian akan menyebabkan sesuatu umat hidup di bawah telunjuk, patuh dan menyerah kepada anasir asing.
6. Memperkenalkan Unsur-Unsur Kebudayaan Baru
Selepas umat Islam diasak dan dileburkan peribadinya, musuh-musuh Islam akan menyemai kebudayaan dan pemikiran yang baru sesuai dengan acuan dan kehendak musuh Islam tersebut.
Adalah kejayaan besar kepada penyerang-penyerang pemikiran tersebut bila mereka berjaya memurtadkan orang Islam atau memesongkan orang Islam dari ajaran Islam yang sebenar. Yang pastinya mereka gagal memurtadkan orang Islam secara keseluruhan tetapi mereka berjaya menggelincirkan orang Islam dari landasan Islam yang sebenar. Mereka biarkan orang Islam menggunakan nama-nama Islam, tetapi roh dan jiwanya sudah berpaling ke arah timur dan barat yang bukan Islam.
Orang –orang Islam wujud hanya pada nama, tetapi ibadat, ekonomi, pendidikan, politik dan adat istiadatnya adalah barat atau timur, bukan Islam!
(Adaptasi dari buku “Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam” tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan)

Perang Pemikiran

Darulkautsar.net - hadith, Islam, aqidah, bidaah, syariat, sirah

Serangan pemikiran ke atas dunia Islam ialah suatu realiti. Ianya berlaku dari dari dulu, hingga kini dan akan berterusan di masa akan datang. Pihak musuh dari timur dan barat, dengan secara sulit dan terbuka, samada kerajaan atau individu-individu dan kelompok-kelompok bersatu menyerang kita dari dalam selepas ketara kecundang dengan pertarungan secara bersemuka. Serangan dari dalam, tidak akan menggugah kestabilan dunia, tidak akan menumpahkan darah dan tidak merencat aktiviti-aktiviti dan kegiatan harian.
Tetapi sedarlah bahawa kewujudan kita umat Islam tidak terjamin dengan ramainya keturunan zuriat kita, malah berkait rapat dengan keupayaan kita menangkis serangan pemikiran yang ganas tersebut.
1. Kita diserang kerana kemuliaan agama pegangan kita
Tujuan kuasa besar untuk menghapuskan kita adalah kerana agama pegangan kita adalah mulia. Siapakah yang pernah menyerang agama-agama seperti Budha, Confucius, Yahudi atau Kristian ?
2. Kelompok utama penyerang
Tiga kumpulan jahat masakini, penjajah, zionis dan komunis adalah kelompok paling aktif yang sedang melancarkan serangan ini. Rangkaian serangan pemikiran ini dipelopori oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi, sosiologi, antropologi, bahasa, mitos, politik dan pakar ekonomi. Untuk menghadapi serangan ini kita memerlukan kepakaran yang setanding atau lebih kerana peperangan ini lebih rumit dan licik daripada peperangan fizikal.
3. Serangan dari pelbagai sudut dan bentuk
Serangan ini meliputi serangan ke atas akal, agama, dunia, akhirat, di atas dan di bawah bumi. Ianya merangkumi aspek ekonomi, geografi, politik, undang-undang, kesenian, bahasa, adat resam dan seluruh aspek kehidupan kita.
Serangan-serangan ini bertujuan untuk mencorakkan masa depan kita sesuai dengan acuan mereka.
Ianya datang dengan berbagai rupa: dari luar, dari dalam; secara langsung, secara tersembunyi; orang agama, orang politik; paderi, doktor; serangan terhadap agama, menubuhkan mazhab baru;menjatuhkan individu, menaikkan individu lain; rasuah, pemberian hadiah; ancaman kelaparan, ancaman senjata; menjalinkan hubungan, memutuskan hubungan; menyemai fitnah, menghapuskan fitnah; bersekongkol dengan minoriti, membawa masuk minoriti; menyusup dalam kelab dan pertubuhan, menubuhkan kelab dan persatuan baru; menjatuhkan kerajaan, menaikkan rejim baru; dan seribu satu kaedah yang tidak terhad senarainya.
Untuk menghadapi serangan ini, kita seharusnya menyediakan pertahanan setimpal.
4. Gelombang serangan adalah berterusan
Serangan ini berterusan dari masa lalu, masa kini dan di masa hadapan. Oleh itu kita perlu membersihkan sejarah dari noda-noda hitam yang sengaja dicipta, kita perlu mempertahankan keutuhan masa kini dan melindungi masa depan
5. Mereka tamak dengan kekayaan kita
Kekayaan semula jadi yang kita miliki dengan kedudukan geografi yang strategik, pasaran yang luas dan tenaga buruh yang murah begitu menggiurkan kelompok-kelompok penjahat penjajah, zionis dan komunis. Cara yang paling senang untuk menguasai kekayaan ini ialah dengan menghilangkan jatidiri kita. Berapa banyak kekayaan berupa minyak di sedut dari perut bumi kita bila mereka berjaya melunturkan semangat Islam kita.
(Adaptasi dari teks ‘Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam’ oleh Dr Hassan Muhammad Hassan )

Syi’ah- Al-Quran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi

Darulkautsar.net - hadith, Islam, aqidah, bidaah, syariat, sirah






Terjemahan

Syi’ah: Al-Quran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi

Daripada Salim bin Salamah katanya: “Ada seorang membaca al-Quran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat al-Quran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata: “Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit al-Qaim (Imam Mahdi), bilamana al-Qaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah 'azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s.. Abu Abdillah a.s. berkata lagi: “Ali a.s. telah mengeluarkan al-Quran tersebut kepada orang ramai (sahabat-sahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah 'azzawajalla sebagaimana yang diturunkan-Nya kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah menghimpunnya daripada dua lauh”. Maka mereka (sahabat-sahabat) berkata: “Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya al-Quran, kami tidak lagi berhajat kepadanya”. Lalu dia (Ali a.s.) berkata: “Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selama-lamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 633)

Kesimpulan:

Ø Syi’ah beri’tiqad bahawa al-Quran yang ada di tangan umat Islam sekarang tidak asli kerana yang asli berada di tangan Imam al-Mahdi.

Ø Syi’ah mengatakan Imam Mahdi mereka (Muhammad bin al-Hasan al-Askari) akan mengeluarkan al-Quran yang sebenarnya ketika kemunculannya di akhir zaman.

Ø Syi’ah mengatakan bahawa imam mereka menyuruh supaya membaca al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam sekarang sehingga kemunculan Imam Mahdi.

Ø Syi’ah mengatakan golongan sahabat enggan menerima al-Quran yang asli yang dikemukakan oleh Sayyidina Ali r.a. kepada mereka.