Pages

Monday, October 4, 2010

Pramugari menari ala Lady Gaga dalam pesawat




SEORANG pramugari menunjukkan topeng keselamatan sambil menari dalam pesawat Cebu Pacific Airlines.


MANILA - Beberapa pramugari dalam sebuah pesawat penerbangan Cebu Pacific Airlines menari ala penyanyi terkenal, Lady Gaga semasa membuat demonstrasi memakai jaket keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pramugari-pramugari itu yang memakai baju T ketat menari mengikut irama muzik Just Dance dengan wajah yang tersenyum.
Gerakan lincah dan lembut pramugari itu menyebabkan ramai penumpang melihat demonstrasi keselamatan tersebut.
Pramugari-pramugari itu turut menari mengikut irama lagu California Gurls yang dipopularkan juga oleh Katy Perry.
Kedua-dua muzik itu mempunyai suara latar yang memberitahu penumpang apa yang perlu dilakukan oleh penumpang semasa pesawat membuat pendaratan cemas.
Naib Presiden Pemasaran Cebu Pacific Airlines, Candice Iyog memberitahu stesen televisyen GMANewsTV: "Cebu Pacific selalu dikenali sebagai sebuah pesawat yang menyeronokkan. Kami mahu memberitahu mesej kepada pelanggan kami bahawa demonstrasi keselamatan bukannya membosankan."
Pramugari itu mendapat latihan daripada seorang pereka tari profesional.
Seorang penumpang telah merakamkan aksi pramugari itu menerusi telefon bimbit dan menghantar ke YouTube untuk disiarkan. - Agensi

Tinjau lahar sedang menggelegak




GAMBAR yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang ahli kumpulan pengkaji gunung berapi memakai sut kalis panas dekat lahar Gunung Berapi Marum di Pulau Ambrym, Vanuatu.


PORT VILA, Vanuatu - Satu kumpulan ahli-ahli vulkanologi sanggup menghampiri kawah gunung berapi untuk melihat lahar di Gunung Berapi Marum di Pulau Ambrym, Vanuatu dekat Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar kumpulan itu menuruni lurah dengan tali dekat lahar gunung tersebut dirakamkan oleh seorang ahli vulkanologi, Geoff Mackley dan ia turut disiarkan di laman YouTube.
"Pasukan kami di Vanuatu menuruni 500 meter ke dalam gunung berapi Marum di Pulau Ambrym untuk pergi ke setiap pinggir sebuah kawah lahar yang besar," kata Mackley di laman webnya di Internet.
Ekoran kekurangan oksigen dekat lahar itu, seorang ahli kumpulan itu didapati memakai sut khas dan kalis panas semasa meninjau lahar yang sedang menggelegak. - Agensi

Kamera video rakam UFO




GAMBAR rakaman video Bob Atkins menunjukkan objek tidak dikenali (dalam bulatan) di Roanhead, Cumbria, Britain.


CARLISLE - Seorang lelaki, Bob Atkins secara tidak sengaja merakamkan video objek tidak dikenali (UFO) di Roanhead, Cumbria, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membuat rakaman itu semasa sedang merakamkan video seekor anjingnya bermain di dalam sebuah kolam, pada 23 Julai tahun lalu.
Lelaki itu mengesan objek itu semasa dia melihat rakaman semula anjingnya bermain dalam gerak perlahan.
Seorang pakar UFO, Pat Regan berkata, objek itu mungkin sebuah pesawat tentera dan tidak menafikan ia mungkin milik makhluk asing.
"Terdapat banyak aktiviti UFO di daerah Cumbria. Namun, saya berasa kagum dengan bentuk objek yang dirakamkan oleh Bob.
"Ia (objek itu) merupakan bentuk silinder yang cukup sempurna," kata Regan.
Menurutnya, UFO itu muncul di skrin dalam tempoh kira-kira satu saat dan ia hanya boleh dilihat apabila imej gerak perlahan video itu dihentikan. - Agensi

Remaja 15 tahun dapat pam jantung kekal




TIGA pam yang dimasukkan ke dalam jantung seorang remaja 15 tahun di Hospital Gesu, Rom Itali pada Khamis lalu.


ROM - Seorang remaja berusia 15 tahun menerima pam jantung tiruan berkuasa bateri bagi membantu jantungnya berfungsi dalam satu pembedahan selama 10 jam pada Khamis lalu di sebuah hospital di sini.
Dia merupakan remaja pertama di dunia menerima pam jantung tiruan yang kekal berada di dalam tubuhnya.
Remaja itu hampir mati sebelum doktor-doktor membuat keputusan untuk membedahnya dan memasukkan pam jantung itu.
Beberapa pegawai berkata, pam jantung itu dijangka akan membolehkan budak itu hidup normal selama 20 tahun hingga 25 tahun lagi.
Beberapa pegawai di Hospital Bambino Gesu di sini menyatakan setakat ini pam jatung tiruan kekal itu pernah dimasukkan ke dalam tubuh pesakit dewasa.
Dalam pembedahan itu, doktor-doktor memasukkan pam buatan Amerika Syarikat itu di bahagian kiri ventrikel jantung kirinya.
Dr. Antonio Amodeo yang mengetuai pasukan perubatan berkata, lebih 400 orang dewasa di dunia dibedah untuk memasukkan pam yang sama.
Pihak pengurusan hospital itu menyatakan bahawa remaja itu menghidap sejenis penyakit otot, Myopathic menyebabkan dia tidak boleh menerima organ yang didermakan manusia lain. - Agensi

Masjid futuristik dekat tapak serangan pengganas




LAKARAN artis yang dikeluar oleh firma SOMA Architects pada Jumaat lalu menunjukkan ruang dalaman pusat Islam yang bakal dibina di New York.


NEW YORK - Lakaran artis menunjukkan sebuah pusat Islam termasuk masjid yang dirancang dibina dekat lokasi runtuhan bangunan World Trade Centre (WTC) di sini mempunyai seni bina futuristik.
"Saya tidak berfikir bahawa selepas benda ini (pusat Islam itu) siap dibina, akan terdapat pihak yang mengadakan piket," kata pemaju projek berkenaan, Sharif El-Gamal kepada agensi berita AP.
Sharif berkata, majlis pecah tanah untuk masjid itu mungkin diadakan dua atau tiga tahun lagi atau kemungkinan dalam tempoh terdekat.
Empat daripada 16 tingkat itu akan dipenuhi dengan pusat renang, sukan dan kecergasan.
Bangunan itu turut dilengkapi dengan tingkat untuk pusat penjagaan kanak-kanak dan taman permainan.
Kebanyakan ruang dalam bangunan itu akan dijadikan restoran, sekolah memasak, studio artis, ruang pameran dan auditorium untuk majlis kebudayaan.
Menurut Sharif, idea kemudahan itu adalah bagi menarik kehadiran penduduk tempatan yang mencari tempat untuk bekerja.
Beliau menyatakan, idea bangunan itu juga adalah untuk menjadikan ia sebagai tempat pasangan suami isteri Muslim menghabiskan masa bersama pada waktu malam.
Masjid di dalam bangunan itu akan terletak di ruang bawah tanah.
Tingkat 12 bangunan itu akan dijadikan tempat memperingati serangan pengganas yang memusnahkan WTC pada 11 September 2001 sehingga mengakibatkan 3,000 orang terbunuh.
Tempat memperingati serangan itu dibuka untuk semua penganut agama selain Islam.
Pusat itu menentapkan sasaran untuk memperoleh AS$27 juta (RM83.36 juta) melalui rayuan sumbangan pelbagai pihak.
Namun, sebanyak AS$120 juta (RM370 juta) hingga AS$140 juta (RM432.25 juta) diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan yang akan diperoleh dengan mengeluarkan bon dalam perbankan Islam.
Pembinaan kompleks itu sebelum ini mendapat bantahan daripada beberapa pihak yang menganggap pembinaannya tidak sesuai dibina dekat dengan runtuhan WTC kerana ia dipercayai dimusnahkan oleh penganas-pengganas beragama Islam. - Agensi

Sunday, October 3, 2010

Keindahan Dewan Wanita Perkahwinan Amir Nawaf keluarga Diraja saudi


زواج الأمير نواف بن فيصل مع صور من داخل قاعة النساء

زواج الأمير نواف وإليكم بقية الصور زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف
زواج الأمير نواف

Pemandangan dari atas Buruj Khalifa di waktu malam


من فوق أعلى قمة في العالم … برج خليفة

Pusat Pengajian Perubatan Di arab saudi bertukar menjadi kilang arak


مبنى أكاديمي مهجور .. بالأحساء يحوله العمالة إلى مصنع خمور عملاق

إعداد اكبر مصنع للخمور في وسط الكليه للعلوم الصحيه وهو بعيد عن الانظار
Pusat Pengajian Kesihatan di arab saudi telah digunakan oleh pekerja dari India dan Bangladesh untuk mengeluarkan arak. Kegiatan mereka kini telah dibongkar oleh Kerajaan arab saudi.
عبدالهادي السماعيل ـ الأحساء
اختار عمال من الهند وبنغلاديش مبنى كلية العلوم الصحية لإنشاء مصنع عملاق للخمور قرب الأحساء
ينتج عشرات اللترات في اليوم الواحد، لكن السلطات الأمنية وهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر في
المحافظة حصلت على معلومات وافية عن المبنى المهجور ودهمته أمس، وعثرت فيه على أكثر من 258 برميلا
من المسكرات وعشرات المعدات والأجهزة التي تستخدم في التقطير والتخمير وإخفاء الروائح الكريهة.
في ساعة الصفر طوقت الشرطة وقوات المهمات الخاصة والهيئة المكان من جميع الجهات واقتحمته في الحال
وتحفظت على ستة عمال يرجح علاقتهم بإدارة الوكر المخالف. وأشارت التحريات المبدئية إلى أن المصنع ظل
يبث سمومه خلال الأشهر الأربعة الماضية، وظل المروجون يتنافسون على كميات الإنتاج، لتكشف عملية
الدهم والاقتحام أكثر من 25 اسطوانة غاز، خزانات حديدية عملاقة، 200 عبوة من السكر، 200 كرتونة
مياه صحية وعشرات المواقد إلى جانب كميات كبيرة من الأغذية. وأفادت المصادر أن المتهمين الستة استغلوا
وجود المبنى الأكاديمي المهجور في مكان بعيد عن النطاق العمراني لإدارة نشاطهم المحظور، وبحسب المعلومات
فإن الجناة كانوا يتولون توزيع بضاعتهم الفاسدة عن طريق سياراتهم الخاصة، وفي وقت لاحق اقتادتهم سلطات
الأمن إلى مركز شرطة المبرز لاستكمال إجراءات التحري والتحقيق والمحاكمة. في غضون ذلك حث مدير
شرطة الاحساء العميد غرام الله العتيبي، الجميع إلى ضرورة الإبلاغ عن أوكار الفساد، مشيرا إلى أن لجنة من
الجهات الرسمية ستتولى إتلاف المصنع ومنتجاته من الخمور.
خزانات وبرادات لتصنيع الخمور
غرفة التجهيز تحتوي على جراكل ومواد غذائيه
المبنى للكليه من الداخل
رجال الامن طوقت المبنى بالكامل