Pages

Tuesday, February 16, 2010

Penduduk gempar rajah obor-obor



OXFORDSHIRE - Penemuan rajah ladang berbentuk obor-obor gergasi menyebabkan penduduk tempatan gempar tetapi ia menggembirakan pemerhati fenomena ganjil di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pakar rajah ladang, Karen Alexander berkata, lukisan dengan panjang lebih 180 meter di sebuah ladang barli itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

"Sebelum ini kami biasa melihat corak haiwan seperti rama-rama dan burung. Ia amat besar iaitu tiga kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan rajah ladang lain," katanya.

"Orang ramai gempar melihat obor-obor gergasi itu. Kami tidak tahu bagaimana ia terbentuk," tambahnya.

Setakat ini, pihak yang curiga tentang fenomena tersebut menyatakan ia dilakukan oleh penduduk setempat bagi menarik kehadiran pelancong sekali gus mengaut keuntungan lumayan.

Menurut mereka, fenomena itu yang hanya berlaku pada musim menuai ketika para petani memiliki masa lapang sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ia adalah hasil kerja manusia.

Kalangan skeptik lain pula mendakwa rajah itu dihasilkan oleh kumpulan pelukis dengan bantuan grafik komputer dan penglibatan sukarelawan. - Agensi

Monyet bercinta dengan ayam betina



LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi

Isteri hadiah suami seks setiap hari



RALEIGH - Seorang eksekutif perhubungan awam (PR), Charla Muller memberikan hadiah istimewa kepada suaminya iaitu hubungan seks selama 365 malam, dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Charla, 42 dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) turut menulis sebuah buku menceritakan pengalaman tersebut.

Hadiah istimewa itu ditawarkan ketika suaminya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 tahun. Wanita itu berkata, pada awalnya, Brad menyangka dia hanya bergurau dan menolak pelawaan itu tetapi selepas sebulan melakukan seks, suaminya mula menggemari rutin mereka.

"Kadang-kala saya terlupa mencukur bulu kaki dan nafas saya pula berbau tetapi Brad tetap menganggap saya seksi dan gembira ketika berasmara dengan saya pada setiap malam," kata wanita itu.

Menurutnya, seks pada setiap malam menjadikan hubungan mereka bertambah akrab.

Bagaimanapun, menjelang bulan ketiga, Brad mula menunjukkan tanda-tanda keletihan dan menolak pelawaan untuk bersama.

"Kita sudah melakukannya untuk 88 hari berturut-turut dan saya keletihan, Kita boleh melakukannya semula pada malam esok," kata lelaki itu.

Menurut Charla, seks pada setiap hari berupaya melenyapkan tekanan kerja suaminya. - Agensi

Cacing gergasi makan batu karang



CORNWALL - Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cacing yang dinamakan Barry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeledah akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu.

Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika.

"Terdapat 'benda' yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya dilitupi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia," kata kurator akuarium itu, Matt Slater.

Menurutnya, Barry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain.

Cacaing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika ia masih kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agensi

Lagi gambar hantu di lokasi sama


NORTH BERWICK - Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.

Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.

Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.

Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.
Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap.

"Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun.

"Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace. - Agensi

'Orang rangka' di penjara Zimbabwe



LONDON - Cara Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menghukum penentang politiknya didedahkan selepas imej-imej yang dirakam secara rahsia di penjara negara berkenaan disiarkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej-imej itu mengejutkan di mana beberapa banduan kurus kering dan terlalu lemah untuk berdiri serta makan dalam jumlah amat kecil kerana bahan makanan dicatu.

Dalam salah satu adegan dokumentari itu berjudul Hell Hole, seorang lelaki tanpa baju berdiri di pekarangan penjara, tetapi tulang pelvis dan tulang rusuk menonjol keluar.

Dalam satu lagi adegan, beberapa banduan yang kekurangan vitamin berada dalam bilik penjara yang dilengkapi selimut dan tilam nipis.

Bilik penjara itu padat dengan banduan.

Penerbit filem itu, Godknos Nare yang menghabiskan masa empat bulan melatih 'orang dalam' merakamkan imej itu menyatakan, menu makanan di penjara itu dikurangkan kepada bubur jagung.

Aktivis-aktivis hak asasi manusia dan bekas tahanan telah mengetengahkan isu penjara di Zimbabwe tetapi setakat ini filem itu terdapat bukti kecil bagi menyokong dakwaan tersebut.

Mugabe menjadi Presiden Zimbabwe sejak 1980 tetapi pada 11 Februari lalu beliau melantik pemimpin pembangkang yang juga seterunya, Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri. - Agensi

Punggung tersangkut pada pancang pagar


JOHANNESBURG - Gara-gara mabuk, seorang lelaki di sini, Siyana Pasiwe mendapat aib besar apabila punggungnya tersangkut pada pagar keselamatan ketika dia cuba melompat masuk ke halaman sebuah muzium, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam insiden itu, Pasiwe, 32, tersangkut pada pagar tersebut selama dua jam, tetapi dia menyatakan tidak merasai kesakitan kerana mabuk.

Beberapa petugas bantuan terpaksa menggunakan sebilah kapak bagi memotong pancang pagar sepanjang 30 sentimeter pada awal bulan ini.

Pasiwe menafikan cuba menceroboh ke dalam muzium itu dan menyatakan dia tertidur setelah mabuk dan cuba melenyapkan pengaruh alkohol dengan membuat lompatan tersebut.

"Apabila saya tersedar, saya mengambil keputusan untuk berjalan pulang dan apabila melihat sebatang pokok di lokasi itu, saya menyangka dapat melompat ke sebelah sana," katanya.

Dia mengalami kecederaan pada bahagian perut dan usus kecil dalam kemalangan itu tetapi sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Agensi

Akibat mabuk

Hantu wanita di istana berhantu

Hantu wanita di istana berhantu


GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.


ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.


Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.


Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.


“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin.


Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.


Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.


Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi

Wardina mengaku jumpa Nik Aziz

Wardina mengaku jumpa Nik Aziz


Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


Wardina Saffiyyah


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah, 31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.


Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasar politik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu.


Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuan beliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengah hari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelah petang.


"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziz tetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaan negeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu di Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sunday, February 14, 2010

Sumpahan Malim kundang

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Babi Jalanan


Ngomong-ngomong soal babi, seorang doktor spesialis yang kaya baru saja membeli sebuah kereta sport baru yang tangguh dan sangat mahal. Tentu saja, Anda tidak akan mengeluarkan banyak wang untuk membeli kereta tenaga besar hanya untuk dikendarai di dalam bandar yang lalu lintasnya lambat. Jadi, pada suatu hari yang cerah, dia berkendaraan keluar bandar menuju daerah pedesaan yang sepi. Begitu mencapai zona bebas kamera pengintai kecepatan, dia menekan habis pedal gas dan menikmati sentakan kecepatan kereta sportnya. Dengan enjin yang meraung-raung dan decit kelebat kendaraan di sepanjang jalan desa, si doktor tersenyum, melambung menikmati kecepatan tinggi.
Namun, seorang petani kucel yang sedang bersandar di sebuah gerbang kandang, ternyata tak ikut-ikutan melambung nikmat. Dia berteriak sekeras-kerasnya untuk mengalahkan raungan kereta sport itu,”Baaabiiii!!!!!”
Si doktor tau bahwa dia telah bertingkah ugal-ugalan, benar-benar tak peduli akan ketenangan sekitarnya, tetapi dia berpikir,”Persetan!! Gue berhak menikmati kesenangan gue sendiri!”
Lalu dia menoleh dan berteriak kepada si petani,”Lu yang babi!!”
Dalam sekejap saja, saat dia tidak mengarahkan pandangan ke jalan, keretanyanya melanggar seekor babi di tengah jalan.
Kereta sport barunya ringsek berat. Dan senasib dengan si babi, dia mendok beberapa minggu di rumah sakit dan kehilangan banyak wang untuk itu, begitu pula untuk keretanya. Lebih parahnya lagi dia tidak bisa mengobati dirinya sendiri yang seorang doktor.