Friday, January 14, 2011
Tahi bintang melintas di tujuh negeri di AS
Korban banjir di Brazil 335 orang
Lelaki Indonesia liwat 96 remaja
saharudin.musthafa@utusan.com.my
Lelaki berusia 34 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Sartono, pada awalnya membuat pengakuan, dia pernah mencabul dan menjual 39 remaja lelaki.
"Dia mengaku melakukan seks songsang sejak berusia 13 tahun. Selain meliwat, lelaki itu juga melakukan kekerasan fizikal dan mental ke atas mangsa-mangsanya," kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kepulauan Seribu, Reynold EP Hutagalung seperti yang dilaporkan akhbar Kompas, hari ini.
Polis daerah Kepulauan Seribu menangkap Sartono di Stesen Kota, Jakarta Barat pada 9 Januari lalu berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarga seorang daripada mangsa Sartono yang bekerja sebagai penjual alat permainan kanak-kanak.
Menurut Reynold, mangsa yang pernah menjadi pemuas nafsu Sartono itu berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Berdasarkan laporan polis juga, butiran jenayah yang dilakukan Sartono sebanyak 42 kali sebelum 2008 dan antara 2008 hingga 2010 pula seramai 54 orang.
Sebilangan besar daripada remaja yang menjadi mangsa pencabulan Sartono merupakan anak jalanan di sekitar stesen kereta api Cikampek, Purwakarta, Bandung, Serang (Banten) dan Kampung Bandan (Jakarta Utara).
Akibat kesempitan wang, Sartono juga pernah menjual mangsa yang dicabulnya antara Rp25,000 (RM8.45) sehingga Rp50,000 (RM17) setiap seorang kepada lelaki homoseksual.
Modus operandi Sartono ialah dengan menawarkan hadiah telefon bimbit kepada mangsanya.
Seandainya mangsa bersedia, dia akan mengajak mereka bersiar-siar dan seterusnya melakukan pencabulan dan menjual mangsa-mangsa itu di beberapa daerah.
Pihak berkuasa juga telah mengambil kenyataan daripada beberapa saksi selain menyita barang bukti seperti tiga unit telefon bimbit milik mangsa.
Siasatan polis juga mendapati, berdasarkan kecenderungan Sartono, dia pernah menjadi mangsa pencabulan di zaman kanak-kanak.
Sartono yang sudah berkahwin dan memiliki empat orang cahaya mata akan dihadapkan ke mahkamah dan diadili di bawah akta Perlindungan Anak-Anak. - UtusanUtusan Malaysia Online - Luar Negara
Thursday, January 13, 2011
Lelaki Palestin sedang tidur ditembak 10 kali
| HEBRON - Kekejaman tentera rejim Zionis di Israel terbukti tiada batasan apabila mereka menembak mati seorang lelaki tua berumur 65 tahun semasa mangsa sedang tidur di rumahnya, minggu lalu. Pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan semasa tentera Israel menyerbu sebuah rumah di bandar Hebron, Tebing Barat pada awal pagi. Mangsa, Omar Kawasmi dibunuh semasa sedang tidur di atas katil di rumahnya apabila askar rejim menyerbu kediamannya bagi menahan beberapa pejuang Hamas. Lebih 10 peluru ditemui menembusi tubuh warga emas itu dan tentera rejim menembaknya tanpa bertanya identiti atau nama mangsa terlebih dahulu. Tentera Israel mendakwa kononnya pembunuhan itu adalah satu kesilapan sasaran |
Iran tahan 10 orang dikaitkan dengan Mossad
2011/01/13
TEHERAN: Iran kelmarin mengumumkan penahanan lebih 10 orang dikaitkan dengan agensi risikan Israel Moosad, yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli fizik nuklear negara Teluk itu awal tahun lalu.Ketua agensi risikan Iran, Heidar Moslehi, berkata semua yang ditahan itu menganggotai rangkaian yang dikaitkan dengan Mossad.
Pihak risikan Iran itu mempamerkan beberapa pistol dengan satu daripadanya dipasang silencer yang dirampas daripada suspek.
Menteri Luar Israel dan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengulas berhubung perkembangan itu.
Profesor fizik Universiti Teheran Masoud Ali Mohammadi dibunuh dalam satu letupan bom motosikal di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja pada Januari 2010. Masih tidak ada penjelasan mengapa mangsa menjadi sasaran berikutan beliau tidak mempunyai kaitan dengan program nuklear Iran.
November lalu, dua serangan bom misteri di sini mengorbankan seorang lagi saintis nuklear dan mencederakan seorang lagi, kedua-duanya jelas terbabit secara mendalam dalam program nuklear Iran.
Bercakap kepada media, Moslehi berkata Israel berhasrat menghalang negara di rantau itu daripada mencapai kemajuan saintifik.
Katanya rangkaian dikaitkan Israel itu sudah menubuhkan pangkalan di negara berjiran dengan Iran.
“Kami menubuhkan pangkalan perisikan bersebelahan mereka supaya kami dapat menghancurkan aktiviti kumpulan terbabit,” katanya tanpa menamakan negara itu.
Beliau memberi amaran jiran Iran menganggap sebarang kerjasama dengan Israel sebagai keganasan dan ancaman ke atas keseluruhan Asia Barat. – AP
Kereta Porsche putus dua
| BAHAGIAN depan kereta Porsche yang remuk teruk di bahagian tempat duduk. |
WARSAW - Sebuah kereta Porsche 911 Carrera putus dua selepas pemandunya yang berusia 18 tahun hilang kawalan dan merempuh sebatang tiang lampu di Krakow Lublanska, Poland, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta BMW diperbuat daripada batu
Tunggu bilionair beli Monaco mini bernilai RM3.3 bilion
Pelacur diminta bayar cukai di Amsterdam
Pengasas Google beli kapal layar terpakai
Tokek digilai pemburu haram
zaini.hadi@kosmo.com.my
TOKEK yang menjadi kegilaan pemburu haram di negara ini kerana didakwa mampu merawat pelbagai penyakit. |
Wednesday, January 12, 2011
Siasatan baru sahkan Arafat mati diracun
Bekas penasihat khas Arafat, Bassam Abu Shareef berkata, siasatan yang dilakukan pakar forensik Briain itu mengesahkan perkara itu.
Talium mempunyai kandungan toksik yang tinggi.
Kes keracunan bahan itu biasanya berlaku selepas makan.
Bassam berkata, beliau akan mengemukakan lebih banyak maklumat mengenai siasatan itu kepada jawatankuasa penyiasat pembunuhan Arafat sedikit masa lagi.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan penyiasat yang melakukan siasatan itu.
Bassam menuduh Israel meracun Arafat menerusi makanan atau minuman yang diterimanya ketika bekas pemimpin Palestin itu dikepung di ibu pejabatnya di Ramallah.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004, dikatakan akibat penyakit misteri. - Agensi
Planet 10b seakan bumi
2011/01/12
BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.
Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.
“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.
Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.
Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.
Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.
“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”
Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.
“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi
INFO: Planet 10b
Maut kena renjatan elektrik
| DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat cucunya maut terkena kejutan elektrik. |
TUMPAT: Seorang wanita terbunuh selepas terkena renjatan elektrik apabila wayar dipegangnya ketika menaiki tangga di hadapan rumah terputus sebelum dia terjatuh ke dalam air dalam satu kejadian di Kampung Simpangan Hulu, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari apabila mangsa, Sazila Rosli, 27, yang tinggal sementara di rumah ibu mentuanya, terpegang wayar berkenaan apabila dia hampir jatuh selepas gagal mengimbangi dirinya ketika menaiki tangga berkenaan.
Wayar masih mempunyai voltan elektrik itu terputus dan Sazila yang terkena renjatan terjatuh ke bahagian bawah tangga yang masih ditakungi air akibat banjir baru-baru ini.
Suami mangsa, Mahadi Yahya, 30, yang terdengar jeritan berkenaan segera mendapatkan isterinya dan mengejarkannya ke Hospital Kelaboran, di sini, sebelum isterinya disahkan meninggal dunia.
Menurutnya, dia dan Sazila tinggal di rumah ibunya sejak tiga hari lalu berikutan rumah mereka di Kampung Pauh Sebanjar, di sini, tenggelam akibat banjir.
“Ketika kejadian, saya sedang membersihkan kawasan rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan isteri.
“Sebaik terdengar jeritan, saya berlari ke arah jeritan itu dan terkejut mendapati dia dalam keadaan tertiarap berhampiran tangga,” katanya.
Mahadi berkata, mereka berkahwin sejak 10 tahun lalu dan belum dikurniakan anak.
“Arwah terlalu inginkan anak dan kami sebenarnya berhajat mengambil anak angkat,” katanya yang terkilan kerana hasrat itu tidak terlaksana.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.
“Polis mengklasifikasikan kes menimpa Sazila ini sebagai kematian mengejut,” katanya.myMetro | Maut kena renjatan elektrik
Permainan video air kencing di Tokyo
Harimau bintang mengamuk ditembak mati
SEORANG anggota polis menembak mati seekor harimau bintang di bandar Karad, India pada Ahad lalu. |
Jatuh dalam mesin pemotong batu
Pemaju musnahkan tangga untuk usir penduduk
TANGGA sebuah apartmen dimusnahkan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pemaju di Mianyang, China baru-baru ini. |
Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur
JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - AgensiKosmo! Online - DuniaJika ingin tempat terpuji diakhirat jangan tinggalkan sembahyang tahajjud
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.