Pages

Sunday, January 15, 2012

Teh paling mahal dibajai najis panda

CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda.

An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya.
Dia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g).
Penggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935).

Bagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketika ditemuramah sebuah agensi berita antarabangsa, dicemuh pengkritik di negaranya kerana mendakwa ‘teh panda’ ada kelebihan yang mereka anggap keterlaluan.

Namun, An bertegas bahawa dia benar-benar serius dengan apa yang didakwanya dan sanggup meletakkan jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Sichuan untuk bergiat sepenuh masa dengan syarikat yang ditubuhkannya, Panda Tea.

“Najis beruang panda amat kaya dengan zat galian. Ia jauh lebih baik berbanding baja kimia,” katanya.
An berkata, walaupun penanaman ‘teh istimewa’ di ladang seluas satu hektar mempunyai tujuan komersial, misi utamanya ialah bagi meyakinkan dunia melindungi alam sekitar dan menggantikan baja kimia dengan baja asli daripada najis haiwan sebelum terlambat.

“Manusia perlu menjalin hubungan harmoni dengan bumi dan alam sekitar. Semua orang bertanggungjawab melindungi alam dan kehidupan mereka,” katanya.

An mendapat idea untuk menggunakan baja najis beruang panda selepas menghadiri satu seminar tahun lalu, apabila dimaklumkan bahawa haiwan itu hanya menyerap 30 peratus khasiat daun buluh yang dimakannya, manakala 70 peratus lagi dikeluarkan dalam bentuk najis berwarna kehijauan.

Dia juga yakin teh Panda akan mendapat sambutan hebat dan sudah mempatenkan idea itu bagi mengelak persaingan.

Dakwaan An bahawa teh Panda membantu mengurangkan berat badan dan melindungi penggemarnya daripada radiasi, bagaimanapun diperlekah beberapa laman web yang ragu mengenai dakwaannya dan harga teh itu yang terlalu mahal.

“Jika najis beruang adalah baja yang amat baik untuk pokok teh, saya mahu bertanya kepada guru ini.

“Mengapa anda tidak makan saja najis beruang itu. Anda boleh dapat sisa 70 peratus daripada khasiat yang dikeluarkannya,” kata seorang pelayar internet yang menggelarkan dirinya Baihuashu.

Seorang lagi pelayar internet yang menamakan dirinya 24-0 berkata: “Harga 200,000 yuan untuk 500 gram teh yang dibaja dengan najis panda? Adakah itu untuk minum teh atau minum darah panda?”

Di sebalik kritikan dan cemuhan itu An terus berazam untuk membesarkan perniagaannya.

“Selepas tuaian pertama, jika mutunya benar-benar hebat, saya akan berusaha membesarkan ladang dan menanam lebih banyak pokok teh,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | Teh paling mahal dibajai najis panda:

'via Blog this'

Gempa bumi magnitud 5.8 melanda Filipina

NEW YORK: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda wilayah Kepulauan Babuyan, utara Filipina, tengah malam tadi (waktu tempatan), menurut Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS), pagi ini.

USGS berkata, gempa bumi yang melanda jam 12.36 pagi Ahad dicatatkan pada kedalaman 25.5 kilometer (km), iaitu 511 km utara Manila.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran susulan kejadian itu. - AP
Berita Harian Online | Gempa bumi magnitud 5.8 melanda Filipina:

'via Blog this'

Kapten kapal Costa Concordia ditahan, 41 masih hilang

KEADAAN kapal persiaran mewah, Costa Concordia yang karam di persisiran Tuscany, semalam. Setakat ini bomba sedang berusaha mengeluarkan dua penumpang kapal yang dikesan masih hidup. - Foto AFP
PULAU GIGLIO (Itali): Kapten kapal persiaran mewah, Francesco Schettino yang menyebabkan ia terkandas sebelum terbalik di Tuscany ditahan, Sabtu (waktu tempatan).

Mangsa yang terselamat dan masih dalam ketakutan susulan kejadian itu menyifatkan ia "seperti Titanic".
Pendakwa raya berkata, kapten Francesco ditahan kurang 24 jam selepas kemalangan membabitkan kapal persiaran Costa Concordia berkenaan.
Menurut media Itali, kapten kapal berkenaan bakal berdepan dengan pertuduhan pembunuhan beramai-ramai apabila meninggalkan Costa Concordia sebelum semua penumpang diselamatkan. - AFP
Berita Harian Online | Kapten kapal Costa Concordia ditahan, 41 masih hilang:

'via Blog this'

Prob Phobos-Grunt mungkin terhempas di bumi hari ini


Angkasa

SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini.

Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa.

Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.

Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.

Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula.

Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.

Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi.

Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air.

"Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.

"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu.

“Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata.

'Kematian' Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.

Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi.

Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi.

Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt 'mati' dalam air. Prob Phobos-Grunt mungkin terhempas di bumi hari ini - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Serangan berani mati, 53 maut

BASRA 14 Jan. - Seorang pengebom yang menyamar sebagai anggota polis meletupkan dirinya, mengakibatkan sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dalam satu serangan ke atas pengikut Syiah di bandar Basra, selatan Iraq, hari ini.
Serangan pada penghujung sambutan upacara keagamaan Arbain itu berlaku ketika krisis politik Iraq yang terus meruncing, memperbaharui kebimbangan tercetus perang saudara di negara ini.
Sumber polis dan hospital melaporkan, 11 anggota polis adalah antara mereka terbunuh, sementara 137 lagi cedera.
Pengebom meletupan dirinya ketika orang ramai sedang melalui pos pemeriksaan di situ untuk ke sebuah masjid Syiah di Basra. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Mudarat mandi malam

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
Ekzema
Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.
"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr. Tan.
Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.
"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.
Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.
"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terangnya.
Jadual kerja ketat
Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.
Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.
Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.
"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.
Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.
"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.
Pemulihan badan
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?
Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.
Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.
Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
- Bernama
Utusan Malaysia Online - Kesihatan:

'via Blog this'

Militan akui rancang serangan di Bangkok

BANGKOK 14 Jan. - Lelaki Lebanon yang ditahan, semalam kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah hari ini mengakui, dia merancang untuk melancarkan serangan di Bangkok.
Ketua Polis Bangkok, Priewpan Damapong berkata, komplot itu, bagaimanapun berjaya patahkan selepas pihak berkuasa Thailand dapat menghidu rancangan tersebut.
"Dia (suspek pengganas) mengaku akan melancarkan serangan di beberapa lokasi awam di Bangkok semasa disoal siasat.
"Namun, rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana ia dapat dihidu unit keselamatan Thailand," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media itu, polis turut mendedahkan satu lakaran wajah seorang lelaki lain yang dipercayai turut terlibat dalam perancangan untuk melancarkan serangan di ibu negara Thai ini.
Seorang lagi suspek pengganas berjaya melarikan diri dari negara ini.
Thailand hari ini meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi di ibu negara ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Kedutaan Israel, Jalan Khao San dan Jalan Sukhumvit Soi 22.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel semalam mengeluarkan satu amaran tentang kemungkinan berlaku serangan keganasan di Bangkok. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Si gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut

ADA DISKAUN... wartawan Metro Ahad bertanya kepada wanita dipercayai warga asing mengenai khidmat urut.
ADA DISKAUN... wartawan Metro Ahad bertanya kepada wanita dipercayai warga asing mengenai khidmat urut.
SEKSI... gadis cantik cuba menggoda pelanggan.
SEKSI... gadis cantik cuba menggoda pelanggan.

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.

Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.


Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.

Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.


Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.


Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.

myMetroSi gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut:

'via Blog this'

Salah guna ayat suci

AMPANG: Seorang pemilik restoran mamak berdekatan Taman Kosas, di sini, terpinga-pinga ketika menjawab soalan pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) kerana tidak memiliki logo halal pada restorannya, sedangkan pada masa sama menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian pelanggan Islam.

Premis itu didapati turut menggunakan beberapa produk makanan dalam tin yang diragui penggunaan logo halalnya.


Ketika pemeriksaan dijalankan semalam, Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya menasihatkan pemilik restoran itu supaya memohon logo halal secara sah dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain restoran itu, LPKPM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memeriksa tiga restoran lain yang didapati tidak memiliki logo halal, selain pemantauan daripada segi aspek kebersihan dan pematuhan syarat lain yang ditetapkan.


Mengulas lanjut perkara itu, Dr Saharuddin berkata, pihaknya mengambil serius penggunaan kalimah suci al-Quran digunakan pemilik restoran yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan pelanggan Islam supaya memasuki premis mereka.


“Kita tidak mahu ada peniaga cuba mengambil kesempatan dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini, lebih-lebih lagi selepas banyak aduan yang kami terima selama ini.

“Apapun, kita akan sentiasa memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya.


Dr Saharuddin turut menegaskan, pihaknya akan mengemukakan hasil pemeriksaan itu kepada pihak terbabit seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut.

Kakitangan kerajaan, Ahmad Farhan Ab Karim, 26, berkata usaha memantau restoran dan kedai makanan perlu dilaksanakan dengan lebih tegas.


“Ia penting bagi menjaga hak pengguna, terutama di kalangan orang Islam. Saya setuju jika operasi berterusan diteruskan bukan saja di restoran, bahkan hotel.


“Seperkara lagi, penggunaan logo halal juga perlu diseragamkan dan hanya satu badan berhak mengeluarkan logo berkenaan, iaitu Jakim. Jika tidak, ia akan mengelirukan orang ramai,” katanya.


Rakannya, pegawai eksekutif perbankan, Ikmal Hisham Mohammad Rom, 25, berkata sewajarnya negara ini mewajibkan semua premis berkaitan menggunakan logo halal memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam.


“Selain itu, perlu dipastikan mereka bukan saja menggunakan logo halal, malah sumber makanan juga perlu dipantau,” katanya.

myMetro | Salah guna ayat suci:

'via Blog this'

Kutip otak ayah


TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.
TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.


DUNGUN: Seorang anak perempuan tidak dapat menahan kesedihan ketika mengutip cebisan otak ayahnya yang bertaburan di jalan selepas warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Othman Muda, 69, tercampak 20 meter selepas dilanggar kereta Satria Neo ketika melintas jalan dari rumahnya di Gong Gemia untuk ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang datang dari arah Dungun gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang ketika itu melintas dan rempuhan itu menyebabkan otak mangsa bertaburan di atas jalan.
Difahamkan, anak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan ayahnya terbabit dalam kemalangan sebelum dilihat memasukkan cebisan otak mangsa ke dalam beg plastik kecil.

Sebaik jenazah ayahnya dibawa ke Hospital Dungun, wanita berusia 40-an itu kemudian menaiki kereta dipandu saudaranya sebelum meletakkan beg plastik itu di sisi jenazah ayahnya di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Hashim Arshad, 57, berkata mereka sering solat berjemaah di Masjid Jamek Paka dan kali terakhir dia melihat arwah ketika solat Jumaat kelmarin tetapi tidak sempat menyapa kerana arwah duduk jauh.
“Selepas solat Jumaat, saya tidak sempat bersalam dengannya kerana dia pulang ketika saya berbual dengan seorang kawan lama.

“Malah, arwah juga tidak ada di masjid tadi (kelmarin) menyebabkan saya dan rakan masjid yang lain tertanya-tanya ketiadaannya.
“Arwah seorang yang baik hati dan suka berjenaka serta kami sering terhibur dengan gurauan dan jenakanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Hashim berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang rakan masjid yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan tidak jauh dari kawasan masjid.

“Saya terkilan kerana biasanya saya menggunakan jalan di mana arwah terbabit kemalangan untuk pulang ke rumah, namun pada malam kejadian saya melalui jalan lain,” katanya sambil mengakui kesihatan arwah kurang memuaskan kebelakangan ini dan sering kelihatan lemah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah arwah yang siap dikafankan di Hospital Dungun dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Gong Gemia.
myMetro | Kutip otak ayah:

'via Blog this'

AS siap lindungi kepentingan di Asia Barat

WASHINGTON: Amerika Syarikat yang bimbang kemungkinan Israel melancarkan serangan terhadap Iran walaupun ia menentang tindakan itu, mula mengambil langkah melindungi kepentingannya di Asia Barat.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, Presiden Barack Obama, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta dan pegawai kanan lain menyampaikan beberapa mesej secara berasingan kepada pemimpin Israel untuk memberi amaran mengenai kesan buruk jika serangan dilancarkan.


Menurut akhbar itu, tentera Amerika sudah mula menyediakan beberapa pelan tindakan sekiranya Israel berdegil, termasuk langkah menghadapi serangan oleh kumpulan militia Syiah pro-Iran di Iraq terhadap kedutaaannya di Baghdad.

Dalam pada itu, untuk menangani ancaman Iran, Amerika mengekalkan 15,000 tenteranya di Kuwait dan mengerahkan kumpulan kedua kapal pengangkut pesawat ke Teluk. - AFP

myMetro | AS siap lindungi kepentingan di Asia Barat:

'via Blog this'

Anak Sukarno berhasrat jadi presiden

JAKARTA: Guruh Sukarnoputra, anak bongsu presiden pertama Indonesia, Sukarno, menyambut ulang tahun ke lahirannya ke-59 semalam dengan menyuarakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya presiden 2014.

“Saya sudah bersedia untuk memimpin negara ini. Bukan saya saja yang perlu mencalonkan diri saya, tetapi rakyat juga perlu melakukan yang terbaik untuk menjadikan saya pemimpin mereka,” kata Guruh, ketika berucap kepada anggota Pergerakan Semangat Pancasila di kediamannya di Jakarta.


Menurutnya, dia dilahirkan untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat ketika Indonesia berada dalam keadaan amat teruk.

“Kita perlu kembali kepada revolusi, bukan pembaharuan. Revolusi warga Indonesia terhenti apabila rejim pemerintahan baru bermula, pada 1967,” katanya.


Beliau menggesa rakyat Indonesia membebaskan diri mereka daripada ikatan penjajah sambil berkata, mesej bapanya ialah Indonesia bukan saja perlu makmur tetapi juga menjadi ‘cahaya’ supaya dapat memimpin dunia dan menghapuskan penjajahan. - Antara

myMetro | Anak Sukarno berhasrat jadi presiden:

'via Blog this'

IIran bekal senjata kepada Syria: AS


SEORANG kanak-kanak turut serta dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan kerajaan Presiden Hafez al-Assad, di Homs, semalam.
SEORANG kanak-kanak turut serta dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan kerajaan Presiden Hafez al-Assad, di Homs, semalam.


WASHINGTON: Amerika Syarikat percaya Iran membekalkan senjata untuk membantu Syria dalam menghadapi kebangkitan rakyat yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Seorang pegawai kanan AS berkata, Ketua Briged Quds, pasukan elit Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani berada di Damsyik baru-baru ini.

Kehadirannya dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai tanda kukuh bahawa republik Islam itu membantu Syria, termasuk membekalkannya dengan senjata.
“Kami yakin Qasem berbincang dengan peringkat paling tinggi Syria, termasuk Bashar.

“Kami percaya kunjungannya itu ada kaitan dengan sokongan Teheran kepada Damsyik dalam usaha untuk mematahkan kebangkitan rakyat Syria,” kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Washington sudah sekian lama mengesyaki Iran membantu Syria ketika Bashar cuba mengekalkan kuasa dan mengelak daripada berdepan dengan nasib yang sama yang menimpa diktator lain di rantau itu ekoran Kebangkitan Arab.
Seorang pegawai lain berkata, kunjungan Qasem itu juga menjadi satu petunjuk paling kukuh mengenai kerjasama antara kedua-dua negara terbabit.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 5,000 rakyat Syria dan anggota pasukan keselamatan negara berkenaan terbunuh sejak tunjuk perasaan membantah pemerintahan Hafez bermula awal Mac lalu. - Reuters
myMetro | Iran bekal senjata kepada Syria: AS:

'via Blog this'

Muka hancur, otak bersepai diseret treler



BEGINILAH keadaan motosikal berkuasa tinggi milik Haslihan [gambar kecil] yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE, Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.
Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya.
Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.
"Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa," katanya ketika ditemui.
Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.
Mangsa yang terperosok di bawah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka dan kepala.
"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur. Kami terpaksa mengutip serpihan otak dan daging mangsa yang hancur atas jalan," katanya.
Mangsa merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah di sini dan berasal dari Klang itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Jadiwarganegara AS pada usia 111 tahun



WARINA ZAYA BASHOU melafazkan ikrar untuk menjadi warga negara AS pada satu majlis di kediamannya di Sterling Heights, Michigan kelmarin.


STERLING HEIGHTS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berketurunan Iraq mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat. - AP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Pelajar cemerlang dapat rumah



SAMANTHA GARVEY dipeluk ibunya, Olga Garvey (kiri) dalam satu sidang media di di Sekolah Tinggi Brentwood, New York kelmarin.


BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.

Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.

Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.

Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.

"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.

"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.


samantha menunjukkan segenggam kupang yang merupakan sebahagian projek sainsnya kelmarin di Sekolah Tinggi Brentwood, New York.


Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.

Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.

Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.

Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan. - AP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Tiga maut kapal persiaran mewah terbalik di Itali


KAPAL persiaran Costa Concordia senget semalam selepas ia terlanggar kawasan batu karang dekat pulau Giglio, Itali.


ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.


PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.


Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.


GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.


Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'