Pages

Tuesday, January 4, 2011

Malaysia juara 'dadah'

Gambar-gambar berkaitan dengan dadah sepanjang tahun 2010
Musa Hassan beramah mesra bersama penduduk sekitar Damansara dan Petaling Jaya selepas mengadakan sesi dialog di Petaling Jaya, semalam.
Muhammad Sabtu Osman menunjukkan sebahagian kelengkapan memproses dadah yang dirampas hasil maklumat yang diperoleh daripada Benjy semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Nordin Kadir (dua dari kiri) menunjukkan batang besi bagasi yang berisi dadah jenis syabu.
MD. Hassim Pardi (tengah) menunjukkan syabu yang disorokkan di bahagian tepi beg pakaian di Ibu Pejabat KDRM Narkotik di Kampung Jijan, Nilai, semalam. - utusan/Abd Razak Aid
Tun Hisan Tun Hamzah (dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar mengenai pembongkaran makmal haram memproses dadah jenis syabu di Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK), Pulau Pinang, semalam. - Bernama
ABDUL Razak Md. Zin (tengah) bersama pegawainya menunjukkan batang paip PVC mengandungi dadah jenis ketamin yang berjaya dirampas dalam serbuan di Puchong, Selangor, kelmarin..
SEBAHAGIAN daripada 55 nelayan yang ditahan dalam operasi polis dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Alor Setar semalam sebelum 30 orang didapati positif dadah.
Azean Irdawaty mengatakan sesuatu kepada peguam, Amir Hamzah (kiri) sambil di perhatikan suaminya, Khairil Anuar (kanan) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
Irfan Putih dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja seberat 889 gram oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SEBAHAGIAN dadah dan bahan memprosesnya ditunjukkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam. – bernama
SEBAHAGIAN remaja yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah resort di Port Dickson, awal pagi semalam.( positif dadah)
AYUB (dua dari kanan) melihat sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Pulau Pinang semalam.
 BAHAROM (kiri)  menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media  di IPD Kubang Pasu, semalam.
BAHAROM (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kubang Pasu, semalam.
Shafien Mamat (tengah) menunjukkan sebahagian daripada dadah jenis heroin yang dirampas daripada dua lelaki semasa sidang akhbar di Nibong Tebal, semalam.
SEORANG anggota polis menunjukkan beberapa pokok ganja yang ditemui diletakkan di dalam sebuah almari di rumah seorang wanita di Blackburn, Britain.
Zulkifili Abu Bakar (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada 240 kilogram bungkusan ganja yang bernilai hampir RM600.000 di Kuala Perlis awal pagi semalam. Rampasan tersebut merupakan rampasan dadah terbesar oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) tahun ini.
Kok Liang (kiri) menunjukkan air ketum yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Hilir Perak semalam.
ROSLAN menunjukkan barang yang dirampas daripada Raja Pot yang ditahan di Kampung Geluguh, Binjai Rendah, Marang baru-baru ini.( pengedar dadah)
Shakaruddin Che Mood (kanan) menunjukkan sebahagian daripada rampasan dadah bernilai RM6 juta di Kajang, semalam.
ABDUL JALIL menunjukkan sebahagian gelung benang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.
ANGGOTA penguat kuasa AADK Kuantan (kanan) menyoal beberapa orang penagih dadah yang ditahan di HTAA, Kuantan semalam.
SEORANG pegawai polis menunjukkan coli yang digunakan oleh seorang wanita untuk menyembunyikan dadah di Segamat semalam.

PEGAWAI Perhilitan menunjukkan kura-kura yang cuba diseludup pada sidang akhbar di Cheras semalam.
Kang Chez Chiang (dua dari kanan) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas daripada lima orang suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Nordin (depan) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang baru-baru ini.
MOKHTAR menunjukkan sejumlah dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, Johor Bahru semalam.
SAIFUL Apek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Mohd. Shakaruddin Che Mood bersama pegawainya menunjukkan hasil rampasan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Kajang, semalam.
IDRIS cuba menendang jurugambar selepas dijatuhi hukuman
di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.( kesalahan memiliki dadah)
Nor Azam Jamaluddin menunjukkan peket dadah yang diisi dalam kotak minuman dan dibungkus dengan kertas surat khabar yang dirampas sewaktu serbuan di Shah Alam.
Mohd. Shakaruddin Che Mood menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Hulu Langat semalam.
SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya, Johor yang ditahan kerana positif dadah semalam.
ABDULLAH Saofi (kanan) dijatuhi hukuman gantung sampai mati sementara isterinya, Yanidah Maerohkachi (kiri) dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam.
ABD. RAZAK (kanan) memeriksa kereta Rolls Rocye yang disewa khas sebuah syarikat hartanah dipercayai untuk menipu pelabur-pelabur asing di Bandar Puteri, Puchong semalam.( pemandu positif dadah)
MOHD. NO0R melangkah pulang setelah dibebaskan dari Puspen, Besut semalam.
TIGA warga Acheh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Alor Setar, semalam.
LIMA daripada 10 lelaki yang ditahan di sebuah apartmen di Port Dickson semalam.( disyaki mengambil dadah)
ANG Eng Thye (tiga dari kanan), Gan Thean Lim (dua dari kiri) dan Gan Thiam Boon yang dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
PENOLONG Pengarah Kastam 1, Datin Norashikin  Ahmad (kiri) menunjukkan syabu yang dirampas KDRM pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
PENOLONG Pengarah Kastam 1, Datin Norashikin Ahmad (kiri) menunjukkan syabu yang dirampas KDRM pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
Yassin
Sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di Subang Jaya dipercayai tempat Yassin ditahan semalam.(mengambil dadah)
DARI kiri, Mohd. Aiman, Mohd. Razman, Mohd. Hamidi dan seorang rakan yang merupakan pesalah juvana dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.( kesalahan memiliki dadah)
MUHAMMAD Sabtu Osman (kanan) menunjukkan sebahagian peralatan membuat syabu yang dirampas pihak polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, semalam.
SHAKARUDDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Kajang semalam.
Dua dari tiga gadis bawah umur dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja, ketamin dan syabu di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.
AFANDI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar syabu
JENAZAH Wan Khairul Azizi Wan Ali dibawa ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam.
ZUL HASNAN (kanan) melihat pil Eramin 5 yang disorokkan di dalam patung pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam.
ZUL HASNAN (kanan) melihat pil Eramin 5 yang disorokkan di dalam patung pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam.
Chee Keong duduk didepan beg berisi syabu selepas ditahan polis Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Filipina, semalam. - AFP
ZUL Hasnan Najib Baharuddin (kanan) memerhatikan bungkusan pil Eramin 5 yang dirampas polis ketika mengadakan sidang akhbar di Ipoh, semalam.
SEORANG pengawal keselamatan mengawal laluan keluar masuk di Kompleks 
Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas seorang OKT melarikan diri semalam.( kes dadah )
MAT FAUZI menunjukkan bungkusan dadah jenis ganja dan heroin yang dirampas daripada dua lelaki di Bagan Serai semalam.
PERJALANAN sebuah feri dari Port Dickson ke Dumai tergendala selama tiga jam setelah polis menyerbu feri berkenaan di Jeti Penumpang Port Dickson semalam.( kapten ditahan kerana positif dadah)
MARIAPPA (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam bas ekspres di tol Sungai Dua sambil diperhatikan Ayub (tiga dari kanan) pada sidang akhbar di IPK, George Town semalam.
Abd. Razak Md. Zin menunjukkan bahagian dalam bagasi yang dipercayai tempat menyembunyikan syabu di Shah Alam, semalam
ZAKARIA dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah.
Sebahagian daripada 101 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Pinang, Pulau Pinang yang dibawa ke IPDTL untuk menjalani ujian air kencing kelmarin.
ISMAIL Ibrahim (tengah) menunjukkan dadah disimpan dalam sebuah komputer riba yang dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan pada sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
DUA sahabat, Rizal Sham Ahmad dan Md. Fitri Md. Saad (berbaju putih) dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam.( kerana mengedar dadah )
YONG TOE (kiri) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan selepas didakwa atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu semalam.
LAKARAN peta menunjukkan lokasi sebuah lori ais (kiri) yang membawa 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Chenderawasih (kanan), Rompin pada 2 Mei tahun lalu.
Kang Chez Chiang (tengah) memegang salah satu peralatan dan bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis methamphetamine sambil diperhatikan, Pegawai Penyiasat, ASP Zainal Abidin Saad, dan ASP Chandra Segaran (kanan) pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.
CHARLENE dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam atas tuduhan membawa dadah.
Jamal Nasir Musa tersenyum disamping ibunya setelah dibebaskan atas tuduhan mengedar 222 gram kanabis di Alor Setar, semalam
NUR FARLIHIN kini dipercayai berada di Bangkok selepas hilang sejak Februari lalu.( dipaksa jadi keldai dadah )

Mohd. Shukri Dahlan (dua dari kiri) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd. Mokhtar Mohd Shariff (tiga dari kanan) menunjukkan dua pucuk pistol yang dirampas daripada dua penjenayah di IPK Johor Bahru, semalam.( pelbagai jenayah termasuk dadah )
Ahmad Sofi Zakaria (kiri) menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin dan syabu pada sidang akhbar di Kota Kinabalu, semalam.
TUN HISAN (kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis heroin bernilai RM1 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang semalam.
  OTHMAN  (kiri), sambil diperhatikan  Osman   dan  Ravichandran menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di Oakland, Seremban, semalam.
OTHMAN (kiri), sambil diperhatikan Osman dan Ravichandran menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di Oakland, Seremban, semalam.
Anggota polis memeriksa bahan-bahan yang digunakan untuk memproses eramin 5 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Oakland 2, Seremban 2 kelmarin.
 NORDIN menunjukkan syabu yang dirampas di KLIA di IPK Selangor, semalam.
NORDIN menunjukkan syabu yang dirampas di KLIA di IPK Selangor, semalam.
Abd. Rahim Dolmat (dua dari kanan) menunjukkan bagaimana dadah jenis syabu disorok dalam bingkai gambar oleh seorang gadis Georgia yang ditahan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, semalam.
ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.
SEORANG pegawai polis memeriksa sebuah kereta Audi yang dirampas daripada seorang lelaki di Petaling Jaya semalam.
( kereta curi pengedar dadah )

Sebahagian daripada remaja yang ditahan ketika berhibur di sebuah bilik hotel di Port Dickson dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.( positif dadah )
Foto Menarik
PENYANYI, Wan Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda sebanyak RM4,000 atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan tetapi perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan di Mahkamah Jalan Duta.Foto: Luqman Hakim Zubir (01/11/10)
THAIVEEGAN (tengah) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada lima suspek kes pecah rumah di Balai Polis Seri Kembangan semalam.(penagih pecah rumah)
Maesoh Sulong dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara lapan tahun kerana memiliki heroin 8.98 gram di Kota Bharu, semalam.
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisiner Nordin Kadir (kiri) menunjukkan bungkusan syabu yang disembunyikan tepi kotak beku sejuk bercampur ikan masin yang dirampas daripada seorang wanita warganegara Togo di KLIA pada Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di sini, hari ini. Foto: Roslin Mat Tahir (09/10/2010)
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisiner Nordin Kadir (kiri) menunjukkan bungkusan syabu yang disembunyikan tepi kotak beku sejuk bercampur ikan masin yang dirampas daripada seorang wanita warganegara Togo di KLIA pada Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di sini, hari ini. Foto: Roslin Mat Tahir (09/10/2010)
SEBAHAGIAN daripada pesalah yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dibawa ke pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Besut semalam.
Roslan Abd. Wahid (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin dan pil kuda yang berjaya dirampas di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/ Fauzi Baharudin
FAUZI (kiri) dan Hamizu menunjukkan reaksi berbeza selepas didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.
TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.
TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim yang ditangkap kerana mengedar 3 kilogram heroin.
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir(tengah)menunjukkan dadah jenis syabu yang disorok dalam silinder yang dibawa seorang wanita warganegara Zimbabwe yang berjaya di rampas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.Pada sidang media di IPK Selangor (19/11/10)
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir(tengah)menunjukkan dadah jenis syabu yang disorok dalam silinder yang dibawa seorang wanita warganegara Zimbabwe yang berjaya di rampas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.Pada sidang media di IPK Selangor (19/11/10)
ROUHOLLAH AHMADZADEH (tengah) diiringi keluar daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dihukum gantung atas tuduhan menyeludup syabu semalam.
Seorang anggota polis dari Unit Forensik memeriksa sebahagian dadah serta pelbagai bahan membuat dadah di Lorong Lima, Air Itam, Pulau Pinang, semalam.
Che Man Md. Dros (tengah) bersama anggotanya menunjukkan bungkusan daun ketum yang dirampas dalam sebuah pikap di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, semalam.
 YAHYA  menunjukkan 12 ketul plastik lutsinar berisi  ganja seberat 12.5 kilogram  yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, semalam.
YAHYA menunjukkan 12 ketul plastik lutsinar berisi ganja seberat 12.5 kilogram yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, semalam.
AMAR Singh Ishar Singh (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPKL, Kuala Lumpur, semalam.
AZIZAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati semalam kerana mengedar dadah.
ABDUL SHUKOR (kiri) ceria di samping salah seorang ahli keluarganya selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar ganja di Ipoh semalam.
Goh Kok Liang (tengah) dan Ahmad Saifulbahri Abd. Rahman (kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas di rumah sepasang suami isteri di Teluk Intan, semalam.
MATRANG (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan plastik dipercayai mengandungi syabu yang disembunyikan di dalam salah satu bagasi di George Town semalam.
USUNG... anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di kawasan ladang getah, kelmarin.
USUNG... anggota polis mengangkat mayat lelaki penagih dadah yang ditemui di kawasan ladang getah, kelmarin.
ISHAK (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM1.4 juta yang dirampas daripada seorang wanita Indonesia di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam semalam.
ANAK panah menunjukkan tempat seorang lelaki pengedar dadah  terjatuh lalu mati ketika cuba memanjat balkoni di flat Taman Bunga Negara, Shah Alam kelmarin.
ABD. RAZAK (dua dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Serdang semalam.
MOHAMAD NASIR (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Muar semalam.
ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang dinaiki seorang pengedar dadah selepas dia ditembak di leher dalam kejadian di Kepong semalam.
Warga Pakistan, Faizal Shah (kiri) selepas dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam kerana mengedar dadah.
Sepasang suami isteri dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, dua tahun lalu











































.

Monday, January 3, 2011

Ahli sihir kena bayar cukai

Berita Harian Online | Macam-macam: Ahli sihir kena bayar cukai: "


2011/01/03

BUCHAREST: Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.
Langkah yang diambil kerajaan bertujuan membanteras cubaan banyak pihak mengelak daripada membayar cukai ketika Romania dilanda kemerosotan ekonomi. – AP"

Solat Dhuha – Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Santapan Rohani Utk Sahabat Seislam

ANTARA IBADAT SUNAT YANG DIANJURKAN DAN MENJADI AMALAN RASULLULLAH SAW SENDIRI IALAH SEMBAHYANG SUNAT DHUHA.BANYAK HADIS-HADIS YANG MENGALAKKANNYA DAN MENYATAKAN KEUTAMAANNYA, ANTARANYA DALAM RIWAYAT ABU HURAIRAH KATANYA:


“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:

Cara1 Cara2 Cara3

Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”


4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia


http://www.moveed.com/data/media/127/603KAT6.jpg
Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada empat perkara dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :
1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.
Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 181.

3 Perkara yang wajib dijauhi


B113
Rasulullah SAW telah bersabda :
" Barang siapa yang bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.
Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti dia telah marah kepada Allah SWT.
Dan Barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya. "
1001 Feqh Nasihah, m/s : 180.

Kereta Ferrari Hugh Grant rosak

Kosmo! Online - Dunia



HUGH GRANT keluar dari kereta Ferrarinya yang rosak dekat Sandwich di Kent, Britain baru-baru ini.


KENT - Kereta Ferrari yang berharga £140,000 (RM674,102) rosak semasa pelakon Hugh Grant dalam perjalanan untuk bermain golf, lapor sebuah akhbar semalam.

Grant, 50, terpaksa menerima pelawaan seorang pemilik sebuah pub yang mengajaknya menaiki van Volkswagen Kombi berusia 15 tahun untuk ke kelab gol tersebut.

Semasa kejadian, pelakon filem Notting Hill itu memandu di sebatang jalan raya dekat Sandwich di Kent.

Namun, kereta sportnya itu mengalami masalah enjin di laluan pandu laju menyebabkan dia cuba mengundurkan keretanya ke tepi jalan.

Beberapa buah kereta yang berada di belakang Ferrari itu terpaksa dipandu ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada Grant mengundurkan kereta.

Pelakon itu terpaksa menumpang van pemilik pub tersebut kerana trak penunda mengambil masa selama beberapa jam untuk tiba di tempat kejadian selepas dia menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Kereta sport itu tiba-tiba kehilangan kuasa menyebabkan ia tidak boleh bergerak ke depan.

Pemilik pub itu, Paul McMullan berkata: "Sejumlah pemandu kereta memperlahankan kereta untuk melihat kereta eksotik Grant. Mereka berasa terkejut melihat seorang pelakon berdiri di tepi jalan."

Grant membeli Ferrari itu pada Ogos lalu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50. - Agensi

Gelagat pelajar mabuk dikritik

Kosmo! Online - Dunia: "

BEBERAPA pelajar duduk dekat meja yang mengandungi baldi berisi muntah di sebuah bar di Imperial College, London pada Rabu lalu.

LONDON - Sekumpulan pelajar perubatan Imperial College, London minum minuman keras sehingga muntah di sebuah bar di pusat pengajian tinggi berprestij itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Beberapa baldi diletakkan untuk pelajar itu muntah pada malam Rabu lalu yang diiktiraf sebagai hari untuk pasukan yang bergiat dalam sukan.

Sejumlah pelajar yang aktif bersukan menghadiri majlis itu.

Sebahagian pelajar yang muntah kembali meminum minuman keras.

Namun, gelagat pelajar itu dikritik oleh akhbar Mail Online kerana ia menjejaskan imej pusat pengajian tersebut yang amat terkenal di dunia kerana kualiti pendidikannya.

Seorang jurucakap Imperial College menyatakan pelajar-pelajar yang muntah itu menunjukkan mereka mungkin tidak sihat.

'Pihak Imperial College tidak mengalakkan atau membenarkan (pelajar) meminum minuman keras secara berlebihan. Semua pelajar baru diberitahu mengenai bahaya minum minuman keras semasa mereka menyertai majlis itu,' kata jurucakap tersebut. - Agensi"

Cahaya ganjil dekat matahari

Kosmo! Online - Dunia: "

SATU cahaya (dalam bulatan) seperti bulan yang dirakamkan Jonathan Hudston dekat West Milton di Dorset.

DORCHESTER, Britain - Seorang lelaki merakamkan gambar cahaya ganjil dekat West Milton, Dorset pada 28 Disember lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki tersebut, Jonathan Hudston meminta pandangan orang ramai bagi menentukan sama ada cahaya yang dirakamkannya itu merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau bulan.

Ada individu yang menghantar komen di akhbar dalam talian Real West Dorset bahawa cahaya itu bukannya bulan tetapi satu pantulan cahaya kerana ia dirakamkan semasa matahari terbenam.

Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat bahawa cahaya itu memang merupakan UFO. - Agensi"

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia

Kosmo! Online - Dunia



BEBERAPA sampel rokok elektronik.


PARIS - Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

"Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.

Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.

Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila. - Agensi

Kos parti tahun baru Abramovich RM24 juta

Kosmo! Online - Dunia: "

ROMAN ABRAMOVICH (kanan) menghadiri parti sambutan tahun baru di kediamannya di St. Barts, Kepulauan Caribbean kelmarin.

GUSTAVIA - Pemilik kelab bola sepak Chelsea dalam liga perdana Inggeris, Roman Abramovich, 44, menganjurkan parti tahun baru dengan melibatkan kos kira-kira £5 juta (RM24 juta) dan menjemput ramai selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.

Parti itu diadakan di kawasan hartanahnya yang bernilai £58 juta (RM279 juta) seluas 28.32 hektar di St. Barts, Kepulauan Caribbean.

Artis popular seperti Fergie dari kumpulan Black Eyed Peas, Salma Hayek dan Demi Moore hadir untuk memeriahkan majlis yang dihadiri 250 orang tetamu kelmarin.

Beberapa hari sebelum sambutan tersebut berlangsung, barisan selebriti seperti pengarah filem Star Wars, George Lucas, penyanyi rap, Sean 'P-Diddy' Combs, pengacara terkenal, Ellen DeGeneres, penyanyi Alicia Keys dan penerbit filem, Harvey Weinstein dibawa ke pulau itu dengan helikopter.

Sambutan itu turut meriah dengan persembahan bunga api. - Agensi"

Rombongan merisik Sabtu ini

Kosmo! Online - Negara



AHMAD dipimpin oleh anaknya, Salmah Samsudin (kanan) ketika ditemui di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


KUALA LUMPUR - Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe- lum menetapkan urusan perkahwinan.

Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu ber- buat demikian kerana rombongan kelu- arga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.

Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.

Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah menge- nali lebih lanjut diri Ahmad.

"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak ber- setuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.

"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.

Semalam, Kosmo! Ahad menyiarkan mengenai hasrat Sanah untuk mengahwini Ahmad jika keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang.

Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.

Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.

Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."

Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelas- kan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.

"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.

"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.

"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.

Teh sukat jadi punca kanser

Kosmo! Online - Negara



SEORANG anggota penguat kuasa menunjukkan bungkusan serbuk teh yang dirampas kerana menggunakan bahan pewarna terlarang dalam satu operasi di Kota Bharu tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

Jangan terkejut tengok muka saya'

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam."