Pages

Sunday, December 5, 2010

Oh Pemuda Pemudi ( Muhasabah )

ertikan masa mudamu !!

Saya duduk dan memandang. Memandang satu pandangan masa hadapan. Mengira dan menghitung umur. Oh, telah 24tahun. Muda? Masih mudakah?

Saya akan cakap betapa saya merasakan saya sudah tua. Tua untuk bermain-main. Tua untuk tidak serius. Tua untuk sekadar bermain di medan teori. Tua untuk buat tidak kisah.

Artikel ini lebih untuk diri. Mengingatkan akan tanggungjawab hakiki.

Saya cuma membayangkan bebanan yang akan saya pikul beberapa tahun nanti.

Ah… bukan saya sahaja. Semua yang seangkatan dengan saya akan memikulnya.

Tetapi apakah umur-umur kami ini menyedari?

Atau masih memilih untuk berfoya-foya dengan kemudaan yang masih wujud pada diri?

Yang disuruh kejar, menanda ia bukan benda kecil

Rasulullah SAW ada menggesa manusia untuk mengejar lima sebelum lima. Di dalam riwayat yang sohih, gesaan untuk kelima-lima perkara itu dimulakan dengan:

“Kejarlah lima sebelum lima, masa mudamu sebelum masa tuamu…”

Masa mudamu sebelum masa tuamu.

Dan semestinya yang disuruh kita menyambarnya ini, bukanlah perkara kecil. Jika kecil Rasulullah SAW tidak akan memesanya sedemikian rupa. Perkataan ‘kejar’ itu sendiri sudah menunjukkan besarnya akan perkara ini.
Mengapa masa muda? Apa yang pemuda dan pemudi ada?


Kekuatan, tenaga, kecerdasan, semangat membara

Pemuda-pemudi punya kelebihan yang besar berbanding para veteran dalam banyak perkara. Tinggal hikmah dan pengalaman sahaja yang mungkin tidak mampu ditandingi. Itupun hakikatnya, tembok itu mampu dipecahkan dan perkaraitu akan diperbincangkan sebentar nanti.

Justeru persoalan utama adalah, ke mana pemuda dan pemudi mengeksploitasikan kekuatannya, tenaganya, kecerdasan akal mudanya dan semangat membaranya?

Kita lihat hari ini pemuda pemudi kita terjerumus ke satu alam kotor yang merosakkan. Kita lihat betapa mereka kuat berpegang dengan stylo yang mereka rasa cool, dengan gaya hidup yang mereka rasa macho, dan fesyen yang mereka rasa popular.

Mereka mempunyai tenaga, maka ke mana dihabiskan? Kita dapat lihat ramai pemuda pemudi kita mampu ber’clubbing’ sampai pagi. Menari menari dan melakukan pelbagai perkara lagi.

Mereka mempunyai keberanian, ke arah mana mereka halakan? Kita dapat lihat betapa banyak kelahiran anak luar nikah. Bukankah itu hasil ‘keberanian’ pemuda pemudi melakukan sesuatu yang dinyatakan sebagai ‘terlarang’? Belum dikira yang berani merempit atau memandu laju kerana darah muda.

Mereka mempunyai kecerdasan akal, ke arah mana mereka gunakan? Sampai kalau tak ada penghisap shisha sendiri, sanggup reka asal boleh sedut asap. Tak ke genius? Belum dikira lagi teknik-teknik pecah asrama, lari dari warden@ibu bapa, karang skrip tipu itu ini.

Resmi darah muda, panas, semangat berapi-api, ke arah mana disalurkan?

Akhirnya kita balik ke persoalan pokok.

Ke arah mana semua ini? Ke arah yang bermakna kah? Yang boleh dikira sebagai ‘kehidupan’ kah?

“Ala bro, buat apa fikir-fikir ni? Umur masih muda”

Ya. Umur masih muda. Sebab itu ajak fikir. Kalau sudah tua, terlambat tak bermakna.

Pernah tak terfikir akan satu perkara yang dinamakan masa hadapan?


Masa hadapan dunia, masa hadapan Islam

Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata:

“Sekiranya kau ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda pemudinya hari ini”

 Persoalan penting di sini adalah, betapa pemuda pemudi adalah kunci kesejahteraan masa hadapan. Baik keluarga, masyarakat, negara, dunia mahupun Islam itu sendiri. Kunci kelangsungan perjuangan Islam zaman berzaman adalah kerana wujudnya pewaris-pewaris matang yang menjadi penggerak arus pejuangan Islam itu sendiri. Begitulah juga keluarga memerlukan pemuda-pemudinya menjaga diri agar tidak rosak masa hadapan famili. Samalah juga masyarakat, akan menjadi rosak dan terbantut sekiranya pemuda pemudinya rosak tidak membangun. Begitulah negara dan dunia sekalipun. Semuanya bergantung harap kepada pemuda pemudi.

Pembinaan seseorang yang hebat itu, bermula semasa mudanya.

Siapakah yang akan mencorakkan dunia 10 tahun lagi? Adakah masih veteran hari ini?

Siapakah yang akan memegang negara 20 tahun lagi? Adakah masih muka-muka pemimpin hari ini?

Siapakah yang akan menjadi ahli komuniti di dalam masyarakat 10 tahun lagi? Adakah masih ayah ibu kita?

Siapakah yang akan menjadi bapa, ibu kepada anak-anak masa hadapan lagi? Apakah masih datuk dan nenek kita hari ini?

Siapakah yang hendak membawa Islam 10 tahun lagi? Masih Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang telah berumur serta berkerusi roda? Atau mengharapkan Imam Hassan Al-Banna hidup semula?

Jawapannya hanya satu.

Pemuda pemudi hari ini. Namun siapakah antara kita yang memahami?

Ibnu Abbas berkata: Tidaklah Allah memberikan kepada seorang hamba ilmu pengetahuan kecuali kepada para pemuda, karena banyak kelebihan dan kebaikan yang terdapat di dalamnya”, kemudian beliau membaca firman Allah:

“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk”. (Al-Kahfi:13)


Dan proses bukan sekelip mata

Umur 24 sudah saya kira sebagai tua. Tua untuk bermain-main. Tua untuk merasa lengah. Tua untuk tidak bersedia. Tua untuk berlagha-lagha melampau.

Hal ini kerana proses mengubah diri bukan memakan masa yang pendek. Saya sudah berumur 24 tahun. Lagi lima tahun saya akan berumur 29 tahun. Apakah saya sudah cukup matang untuk menjadi ahli masyarakat yang berumur 29 tahun? Yang menjadi suami kepada isteri, yang menjadi ayah kepada anak, yang menjadi ahli komuniti masyarakat, yang menjadi pekerja, yang menjadi pembawa Islam?

Atau 29 tahun saya masih budak-budak, pemikiran tidak matang, hidup ikut emosi, jalan tak fikir akhirat, tidak kisah kiri kanan dan masa hadapan masyarakat?

Dan saya hanya ada 5 tahun sebelum menjadi 29 tahun. Adakah saya telah merancang 5 tahun saya ini untuk menjadi seorang Abu Hanifah berumur 29 tahun yang lebih baik dari veteran-veteran berumur 29 tahun hari ini?

Memandang hal ini menyebabkan saya merasakan saya telah tua.

Mu’adz dan Mu’awwidz menumbangkan Abu Jahal kala umur mereka masih belasan. Usamah bin Zaid RA menjadi jeneral kala umurnya 18 tahun. Menumbangkan Rom pada umurnya 19 tahun. Muhammad Al-Fateh menjadi raja ketika umurnya 19 tahun, dan menumbangkan Konstantinopel pada umur 23 tahun. Itulah kualiti yang membangunkan ummah yang hebat.

Saya? Pemuda pemudi hari ini?

Berapa masa yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berkualiti, yang pantas menggantikan veteran hari ini lantas membawa dunia ke arah yang lebih baik?

Apakah masih mampu kita berfoya-foya dan buat tidak endah?

Kehidupan ada matlamat, manusia ada tanggungjawab

Paling tidak manusia itu akan memimpin dirinya sendiri. Dan perlu disedari dan difahami, betapa diri kita adalah salah satu dari bata yang hendak membina bangunan bernama ummah.

Apakah kita suka menjadikan diri kita sebagai bata yang rapuh, punca kepada keruntuhan ummah? Saya tidak faham bagaimana beraninya kita berhadapan dengan Allah SWT nanti dengan membawa kesalahan sedemikian besar.
Hidup punya matlamat. Matlamat di dunia adalah mentadbir dunia ini sebagai khalifah, menegakkan Islam dan menjamin kemaslahatan seluruh alam. Matlamat di akhirat adalah syurga Allah SWT. Mahu tidak mahu, hendak mencapai kedua-dua ini satu keperibadian perlu dibina. Keperibadian berkuliti.

Dan pemuda pemudi sepatutnya mula peka.

Lihat semula diri.

Hendak menjadi yang bagaimana?

Betapa asas pembangunan ummah sepenting pemuda pemudi, bila rosak menjanjikan kehancuran masyarakat dan kegelapan masa hadapan. Tidak mahu percaya akan hal ini, saya sarankan anda melihat keadaan sekeliling. Jenayah-jenayah hari ini. Institusi keluarga yang gagal. Pendidikan yang berterabur. Kelam-kabut dan kucar-kacir politik hari ini. Islam yang ditinggalkan.

Mengapa semua ini berlaku? Hal ini kerana yang menggerakkan dunia hari ini adalah pemuda-pemudi yang tidak sedar suatu masa dahulu.

Apakah kita sekadar hendak meneruskan rantaian ini?

Untuk saya, jawapannya adalah tidak.

sebuah cerita untuk di manfaatkan..

Adalah seorang pemuda yang tengah berjalan- jalan ditepi hutan untuk mencariudara segar, ketika dia tengah berjalan, tiba -tiba terdengarlah bunyi auman suara harimau...

Auuuummmm... .!!!!! Seekor harimau yang sedang lapar dan mencari mangsa untuk mengisi perutnya dan tiba-tiba sudah berada dihadapan pemuda . Pemuda tadi karena takut, diapun berlari semampu dia mampu, Harimau yang sedang lapar tentunya tidakbegitu saja melepas mangsa empuk di depan matanya, harimau itupun mengejar pemuda tadi.

Ditengah kepanikkannya, pemuda tadi masih sempa tberdoa, agar diselamatkan dari terkaman harimau,...rupanya doanya dikabulkan, dalam pelariannya dia melihat sebuah sumur tua,..terlintas dibenaknya untuk masuk kedalam sumur itu,..karena harimau pasti tidak aka nmengejarnya ikut masuk kesumur tersebut.

Beruntungnya lagi ternyata sumur tersebut ditengahnya ada tali menjulur kebawah, jadi pemuda tadi tidak harus melompat yang mungkin saja boleh membuat kakinya patah karena dalamnya sumur tersebut.

Tapi ternyata tali itu pendek dan takkan sanggup membantu dia sampai kedasar sumur, hingga akhirnya dia bergelayut ditengah-tengah sumur, ketika tengah bergelayu tdia menengadahkan mukanya keatas ternyata harimau tadi masih menunggunyadibibir sumur, dan ketika dia menunduk kebawah, terdengar suara percikan air,...setelah diamati ternyata ada 2 ekor buaya yang ganas yang berusahamenggapai badannya,.

Ya Allah bagaimana ini, diatas aku ditunggu harimau, dibawah buaya bersedia menerkamku,

ketika dia tengah berpikir caranya keluar, tiba-tiba dari pinggir sumur yang ada lobangnya keluarlah seekor tikus putih

....ciiit...ciiit. .. ....ciit...yang naik meniti tali pemuda tadi dan mulai memajak tali pemuda tadi,..belum hilang terkejut dari lobang satunya lagi muncul seekor tikus hitam yang melakukan hal sama seperti tikus putih memanjat tali yang dipakai pemuda untuk bergantung.

Adus ...jika tali ini putus, .habislah riwayatku dimakan buaya..!!!bimbang dia memikirkan

,... jika aku naik keatas ....sudah pasti harimau menerkamku,. . .jika menunggu disini...lama- lama tali ini akan putus dan buaya dibawah bersedia memakanku. ..

saat itulah dia mendengar dengungan rombongan lebah yang sedang membawat madu untuk dibawa kesarang mereka,..dia mendongakkan wajahnya keatas...dan tiba-tiba jatuhlah setitis madu dari lebah itu langsung tertelan ke mulut pemuda tadi.

Spontan pemuda tadi berkata...Subhanallah ..Alangkah manisnya madu ini,..baru sekali ini aku merasakan madu semanis dan selazat ini...!!!Dia lupa akan ancaman buaya dan harimau tadi.


ibarah cerita di atas adalah :

Pemuda tadi adalah kita semua,

Harimau yang mengejar adalah maut kita, ajal memang selalu mengejar kita. Jadi ingatlah akan mati.

Dua ekor buaya adalah malaikat munkar dan nakir yang menunggu kita di alam kubur kita nantinya .

Tali tempat pemuda bergayut adalah hayat umur kita,..jika talinya panjang maka pendeklah umur kita, jika talinya pendek maka panjanglah umur kita.

Tikus putih dan tikus hitam adalah dunia kita siang dan juga malam yang senantiasa mengikis umur kita. Diibaratkan di cerita tadi tikus yang mengigiti tali pemuda.

Madu setitis adalah nikmat dunia yang hanya sebentar. Bayangkan madu setitis tadi masuk ke mulut pemuda,...sampai dia lupa akan ancaman harimau dan buaya,..begitulah kita, ketika kita menerima nikmat sedikit, kita lupa kepada Allah. Ketika susah baru ingat kepada Allah.. Astaghfirullah.
. masa  untuk mengingat Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:*SUBHANA'LLAH*ALHAMDULI'LLAH*LA I LAHA ILLA'LLAH*ALLAHU AKBAR*ASTAGHFIRU' LLAH*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH*ALLAHUMMA SHOLLI ALA WA SALLIM WABARIK ALA MUHAMMAD *WA AALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN

Kopi,Telur dan Lobak,Kita Yang Mana Agak-Agak?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. 

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. 

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. 

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? 

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. 

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. 

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. 

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

13 June 2005
Artikel dari salah satu forum di malaysia yang saya minat sangat-sangat..dan masih lagi join sampai sekarang..
Share

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

 by スナック ペナルティ o


Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud:

Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini. 

Engkau menangis sahabatku?

Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

"Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku...jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka," ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.

Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.

Wallahu 'A'lam bis Sowaab.

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang memperjuangkan agama Allah SWT yang di bawa oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Memperingati peristiwa hijrah Nabi dan sahabat~

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An Nisaa Ayat 100)