Pages

Saturday, October 23, 2010

Bogel lagi?



Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/10/23

Mallika Sherawat
Mallika Sherawat
Mallika Sherawat tayang tubuh demi watak dewi ular 

SEKSI itu cukup sinonim buat pelakon popular ini. Memiliki tubuh yang menggiurkan dan seraut wajah jelita membuatkan Mallika Sherawat begitu cepat meledak, sekali gus meletakkan namanya setaraf dengan pelakon Bollywood lain. Walaupun ada yang menganggap Mallika hanya menjual paras rupa dan bentuk tubuh berbanding bakatnya yang sebesar hama itu, namun pemilik nama sebenar Reema Lambha ini tidak pernah mempedulikan kata nista seperti itu.
Sebaliknya dia tetap teguh dengan pendirian untuk terus mengekalkan imej seksinya. Malah, aktres itu pernah berkata dia suka menjayakan babak seksi melampau dalam setiap lakonannya. Begitulah pengakuan berani mati yang pernah dilafazkan pelakon yang pernah menembusi pasaran antarabangsa menerusi filem The Myth, sekitar 2005 ini.
Biarpun ada yang memperkecilkan bakatnya, pelakon yang juga model ini tidak pernah tunduk pada cercaan seperti itu. Semangatnya tidak pernah pudar, bahkan semakin marak dan secara perlahan-lahan, hasratnya untuk beraksi di persada Hollywood menjadi kenyataan apabila terpilih menjadi pelakon utama filem yang menyaksikan kolaborasi antara India dan Amerika Syarikat. 

Bukan calang-calang watak yang dipegang Mallika dalam filem ini. Selepas Reena Roy dan Sridevi, kini watak Dewi Ular yang cukup popular suatu ketika dulu kembali semula ke layar lebar apabila Mallika melakonkan peranan berkenaan dalam filem berjudul Hisss, yang turut dikenali sebagai Nagin: The Snake Woman. 

Bayangkan bagaimana keadaannya apabila Mallika membawakan watak ular jadian? Pastinya ramai yang tidak sabar menanti filem yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 29 Oktober depan. 

Sebaik saja melihat sedutan filem ini menerusi internet, tidak dinafikan Mallika menggunakan setiap inci tubuhnya untuk menarik perhatian penonton, sehinggakan ada babak yang menunjukkan seolah-olah dia berbogel di depan kamera. Ketika diajukan pertanyaan kepada si empunya diri apakah dia memang berlakon tanpa seurat benang dalam filem itu, Mallika lebih senang membiarkan perkara itu menjadi tanda tanya. 
“Saya tidak mahu berkata apa-apa. Anda semua yang mengatakan saya berbogel bukan? Jadi jika anda ingin mengetahui sama ada saya berbogel atau tidak, anda perlu menonton sendiri filem ini. Biarlah ia menjadi satu kejutan,” kata Mallika dalam satu temubual yang diaturkan oleh pengedar filem ini, Nusantara Edaran Filem, baru-baru ini. 

Walaupun belum pernah bertentang mata, namun Mallika cukup ramah di talian. Setiap patah bicaranya, disulami dengan ketawa terutama apabila perbualan kami menyentuh hal-hal yang melucukan. 

Bukan mudah memegang watak ular, banyak kerenah yang terpaksa dihadapinya. Namun sedikit pun dia tidak merungut walaupun mengakui hakikat watak itu benar-benar mencabar kredibilitinya sebagai seorang anak wayang. 

“Untuk membawakan watak seekor ular ini saja, saya perlu menghabiskan masa selama empat hingga lima jam sehari untuk memakai kostum dan mengenakan solekan yang sesuai. Sangat menyeksakan, terutama apabila sudah mengenakan kostum ular. 
Saya tidak boleh pergi ke tandas kerana pergerakan amat terbatas, ditambah dengan kostum yang ketat menyebabkan saya perlu diangkat untuk ke set penggambaran. 

“Saya juga banyak melakukan kajian mengenai watak ini. Saya buat penyelidikan untuk mempelajari pergerakan seekor ular. Mujurlah saya seorang yang tidak takut pada reptilia itu. Memandangkan ada babak yang memerlukan saya mencium dan bermesra dengan ular, jadi saya biasakan diri dengan bermain dengan haiwan berkenaan sehinggakan pengarah filem ini terkejut melihat kemesraan kami,” katanya yang menjadikan Sridevi sebagai idola untuk filem ini. 

Komitmen Mallika terhadap Hisss nampaknya sangat tinggi sehinggakan dia sanggup hadir bersama ular sawa sepanjang 6.7 meter ketika menyertai Festival Filem Cannes 2010, semata-mata untuk mempromosikan filemnya. 

Hisss menceritakan kisah dewi ular, Naagin, yang menjelma menjadi wanita cantik demi membalas dendam. Naagin mengembara ke bandar untuk mencari pasangannya yang diambil dari hutan oleh warga Amerika bernama George bagi tujuan penyelidikan, tanpa mengetahui musibah menanti dirinya. 

Uniknya filem ini, ia ditangani seorang sutradara dari Amerika, Jennifer Lynch. Sebagai orang luar, tertanya-tanya juga apakah pengarah ini memahami selok-belok budaya serta lenggok cerita terbabit, yang kaya dengan mitos serta legenda yang begitu berkait rapat dengan masyarakat di sana? 

“Walaupun dia orang luar, dia mampu memberikan keseimbangan antara mengekalkan ciri-ciri tradisional dan juga menambah elemen kontemporari,” kata pelakon berusia 29 tahun ini, sekali gus memuji Jennifer yang disifatkannya sebagai sutradara cukup kreatif. 

Dalam Hisss, Mallika bukan saja berlakon, sebaliknya dia turut menyumbangkan suara untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem berkenaan. Lebih menarik apabila dia menyanyikan lagu yang dicipta khas oleh anak John Lennon, Julian, menerusi lagu Sway. 

“Memang seronok apabila diberi peluang untuk menyanyi dalam filem ini. Teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan Julian dan dia seorang yang hebat,” pujinya. 

Selain bahasa Inggeris, Hisss juga dibuat dalam versi bahasa Tamil, Telugu dan Malayalam. Filem terbitan Venus Records & Tapeni ini membabitkan lokasi penggambaran di hutan Kerala, Mumbai, Chennai, Madh Island dan di studio Filmistan (Mumbai). Ia menampilkan lakonan hebat Irfan Khan, Divya Dutta, Raman Trikha dan pelakon Amerika, Jeff Doucette.

Honda panggil semula 528,000 kenderaan seluruh dunia akibat masalah brek





2010/10/23

CHICAGO: Pembangun dan pengeluar automotif Jepun, Honda Motor Co, mengumumkan langkah memanggil semula kira-kira 528,000 kenderaan di seluruh dunia, Jumaat (waktu tempatan), berikutan masalah silinder yang menampung cecair brek. 

Langkah itu susulan sehari Toyota mengumumkan memanggil semula 1.5 juta kenderaannya di seluruh dunia bagi membolehkan syarikat itu membaiki kebocoran minyak brek, yang mana secara perlahan boleh memberi kesan terhadap prestasi brek kenderaan buatan mereka itu.
Jurucakap Honda, Christina Ra, berkata silinder yang dikesan menjadi punca kepada masalah itu dibangunkan pembekal yang berpangkalan di Ohio, ADVICS.
"Pihak pembekal sebenarnya yang mengenal pasti dan memberitahu masalah itu kepada syarikat kami," katanya. - AFP

Indonesia didesak henti kebakaran





2010/10/23


  • Foto
    SATU pasangan berehat di kolam mandi bertentangan pusat bandar Singapura yang diselimuti jerebu dipercayai asap kebakaran hutan di Sumatera.
  • Foto
    ANGGOTA bomba Indonesia memadamkan api di kawasan hutan Bengkalis, wilayah Riau di Pulau Sumatera, semalam.
Kesihatan warga Singapura terjejas, Jakarta kerah 300 anggota bomba padam api

SINGAPURA: Singapura semalam mendesak Indonesia segera memadamkan kebakaran di Sumatera yang menjadi punca pencemaran udara teruk dan masalah kesihatan di Kota Singa dan Malaysia, menyebabkan Jakarta menghantar 300 anggota bomba ke pulau berkenaan.
Menteri luar, George Yeo dilaporkan menghubungi rakan sejawatnya melalui telefon, Marty Natalegawa untuk melahirkan kebimbangan mengenai keadaan yang semakin buruk dan menyatakan kesediaan Singapura untuk membantu memadamkan kebakaran, kata satu kenyataan kerajaan.
Natalegawa memberi jaminan kepada Yeo bahawa Jakarta akan berusaha menangani masalah jerebu, sambil menambah bahawa kesihatan ramai warga Sumatera juga turut terjejas, kata Kementerian Luar Indonesia.

Malaysia juga menyalahkan kebakaran di Sumatera sebagai punca mutu udara di beberapa bandar selatan semakin teruk.

Pencemaran udara di Singapura mencecah tahap tidak sihat semalam berikutan asap dari kebakaran yang dikatakan berpunca dari pembersihan tanah untuk pertanian dan perladangan di Sumatera.

Bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) selama tiga jam meningkat kepada 108 petang kelmarin di Singapura yang mencetuskan amaran kesihatan berikutan bacaan melebihi 100 disifatkan sebagai tidak sihat. 
Ia kemudian menurun kepada 83 tengah hari semalam tetapi rakyat Singapura terus memberikan langkah berjaga-jaga termasuk memakai topeng muka bagi melindungi kanak-kanak dan mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma.

Kebanyakan kebakaran yang berlaku di Sumatera adalah berpunca daripada pemilik tanah kecil yang menjalankan kerja membersihkan pokok di kawasan tanah gambut untuk penanaman kelapa sawit dan juga tanaman lain.

“Kami melakukan usaha untuk mengawal kebakaran. Ia amat sukar terutama di kawasan tanah gambut,” kata Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan kepada pemberita.

Ketua bomba hutan Indonesia, Noor Hidayat berkata, 300 anggota bomba tambahan dihantar ke kawasan yang terjejas teruk di wilayah Riau, Sumatera yang terletak bertentangan dengan Singapura merentasi Selat Melaka.

Kebakaran memuncak pada Ahad lalu apabila sebanyak 351 kawasan panas dicatatkan di Sumatera termasuk 144 di Riau. Hanya 51 kebakaran direkodkan di seluruh Sumatera, kelmarin.

Jerebu mencapai tahap paling buruk pada 1997 dan 1998 menyebabkan kerugian di rantau Asia Tenggara yang dianggarkan sebanyak AS$9 bilion (RM28.8 bilion). – AFP

FAKTA NOMBOR

51 kawasan
 - Kebakaran direkodkan di seluruh Sumatera Khamis lalu

Kod khas nuklear Presiden AS hilang beberapa bulan


WASHINGTON 22 Okt. - Kod khas yang membolehkan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengarahkan serangan nuklear hilang selama 'beberapa bulan' ketika pemerintahan Bill Clinton, menurut bekas pegawai tinggi tenteranya dalam memoirnya.
Kod pemberian kuasa yang dikenali sebagai 'biscuit' itu sepatutnya mesti sentiasa bersama Presiden pada setiap masa dan dikawal oleh seorang pembantunya.
"Setahu saya, kes kehilangan kod itu selama beberapa bulan tidak pernah dihebohkan sejak pentadbiran Clinton sehinggalah ke hari ini.
"Ini satu masalah besar dan kami cuba untuk mengelaknya," kata Ketua Turus Kakitangan, Hugh Shelton dalam memoirnya yang baru diterbitkan, Without Hesitation: The Odyssey of an American Warrior.
Menurut jeneral bersara itu, pembantu yang bertanggungjawab menjaga kod itu menandatangani perjanjian untuk menjaganya daripada hilang pada tahun 2000.
Ketika rakan sejawatnya dari Pentagon datang ke White House bagi mengesahkan kod itu sebagai sebahagian daripada rutin prosedur bulanan mereka, pembantu itu memberitahu Clinton memiliki kod itu dan beliau sedang sibuk dengan mesyuarat tergempar.
"Saya pasti kesilapan ini tidak diketahui oleh Clinton, sehinggalah masa penggantian kod dengan set baru yang dilakukan setiap empat bulan.
"Pembantu itu tidak mengetahui di mana kod itu kerana ia telah hilang selama beberapa bulan," kata Shelton.
Ketika beliau mengetahui tentang kejadian itu, Shelton bergegas ke pejabat dan Setiausaha Pertahanan William Cohen berkata, "kamu mungkin tidak akan percaya apa yang telah berlaku".
Prosedur-prosedur kemudiannya diubah selepas insiden itu. - AFP

Adriana Lima peraga baju dalam RM6.4j



ADRIANA Lima memperagakan baju dalam bernilai RM6.4 juta di New York, kelmarin. - AFP


NEW YORK 22 Okt. - Kejelitaan Adriana Lima menjadi pujaan ramai lelaki dan supermodel itu menambah nilai pada dirinya apabila memperagakan pakaian dalam wanita bernilai AS$2 juta (RM6.4 juta).
Lima mengenakan gaun satin biru yang mendedahkan pakaian dalam bertatah berlian keluaran Victoria's Secret itu, yang diberi nama 'bra fantasi Bombshell' semalam.
Dia berjaya menarik perhatian baik lelaki atau wanita ketika berdiri di atas karpet merah semasa pameran koleksi pakaian dalam terbaru di gedung Soho.
Direka dengan kerjasama tukang emas Itali, Damiani dengan bertatah lebih 3,000 butir berlian, pakaian dalam khas ini memerlukan enam tenaga pakar dengan tempoh masa 1,500 jam untuk disiapkan.
Malah Lima turut diiringi pasukan keselamatan ketika memperagakan pakaian dalam dengan berlian putih, manikam dan nilam seberat 142 karat tersebut. - AGENSI

Bekas perisik Rusia bergambar seksi



GAMBAR Anna Chapman (kiri) dan gambar seksinya sambil memegang pistol dalam majalah Maxim (kanan). - AGENSI


MOSCOW 22 Okt. - Perisik Rusia, Anna Chapman yang didedahkan bersama yang lain sebagai ejen perisikan Rusia di Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu, kini memutuskan untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai dirinya.
Dia hanya mengenakan pakaian dalam wanita berwarna hitam semasa menjadi model gambar muka depan majalah Maxim edisi Rusia keluaran November, dengan keterangan gambar 'Untuk Mata Anda Sahaja'.
Ia merupakan tajuk bagi filem fiksyen yang menampilkan perisik Britain, James Bond.
Majalah tersebut mula dijual hari ini.
Sejak Chapman yang berambut merah, berusia 28 tahun diusir pulang dari AS bersama-sama sembilan ejen rahsia yang lain sebagai sebahagian daripada pertukaran perisik terbesar sejak Perang Dingin, dia menceritakan sedikit sahaja mengenai tugasnya sebagai perisik dan tidak bermaksud mengehadkan temuramah itu kerana terlalu sentimental.
Sesuai dengan sifat tugasnya, dia tidak mendedahkan apa-apa mengenai seni perisikan dalam temuramah singkat yang disertakan dengan gambar-gambar yang agak menggiurkan dalam Maxim. - AP

Polis Perancis suraikan protes di kilang penapis



POLIS antirusuhan Perancis memasuki kilang penapisan bahan api yang dihalang oleh penunjuk perasaan di Caen, kelmarin. - AFP


PARIS 22 Okt. - Polis Perancis menyuraikan kumpulan piket yang bertindak menghalang jalan masuk ke kilang penapisan minyak di sini hari ini selepas negara ini mengeluarkan dekri kecemasan yang mengarahkan pemogok untuk kembali bekerja.
Polis rusuhan mengambil alih kawalan pintu masuk ke kilang penapisan minyak Grandpuits, menyuraikan kumpulan piket dan sekatan yang dibuat daripada tayar yang dibakar tidak lama selepas ketua-ketua kesatuan sekerja memberitahu wartawan bahawa mereka diberikan notis undang-undang.
Arahan ini yang dikenali di Perancis sebagai 'pengambilan semula', boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Perancis apabila mereka percaya sesebuah mogok boleh memberi ancaman kepada orang awam.
Ia memaksa pemogok untuk kembali bekerja, di bawah ancaman pendakwaan.
Anggota polis yang tidak mengunakan belantan atau gas pemedih mata, menyuraikan pemogok "kepungan rakyat" seramai 80 orang dan para penyokong tempatan dengan tangan kosong, walaupun kesatuan sekerja mengatakan tiga pembantah cedera kerana disepak.
Perancis telah dicengkam dengan gelombang protes menentang Presiden Nicolas Sarkozy selama dua bulan berhubung rancangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun dan menetapkan dasar terbaru untuk bayaran pencen penuh pada umur 67.
Semua 12 kilang penapis minyak Perancis tergendala akibat mogok dan hari ini sekitar satu dalam lima stesen minyak kehabisan bahan api, kata Menteri Alam Sekitar dan Pengangkutan, Jean-Louis Borloo.
Dewan Senat dijadualkan mengundi untuk undang-undang pembaharuan pencen itu kemudian pada hari ini dan ia secara rasmi boleh diterima pakai di dalam undang-undang seawal minggu depan.
Sebuah tinjauan pendapat yang diterbitkan hari ini oleh institut BVA dan disiarkan oleh saluran televisyen Canal Plus menunjukkan sejumlah besar majoriti pengundi Perancis kembali melakukan mogok, dengan margin 69 peratus kepada 29.
Bagaimanapun majoriti 52 peratus menentang sekatan ke atas kilang itu yang telah menyebabkan kekurangan bahan api dan mengendalakan pengangkutan di seluruh negara. - AFP

Haiti diancam kolera



WANITA Haiti berdiri di sebelah ahli keluarganya yang menderita penyakit dipercayai kolera di luar pekarangan hospital St. Marc, utara Haiti, semalam. - AFP
CHOLERA EPIDEMIC IN QUAKE-HIT HAITI, 135 DEAD THONY BELIZAIRE -


ST. MARC, Haiti 22 Okt. - Sekurang- kurangnya 135 orang terkorban di kawasan luar bandar di tengah negara ini dan lebih beratus-ratus yang mengalami kesakitan memenuhi hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kolera atau cirit-birit yang teruk.
Beratus-ratus pesakit berbaring di atas selimut di kawasan tempat letak kereta di luar hospital St. Nicholas di bandar pelabuhan St. Marc dengan lengan mereka dimasukkan saluran air.
Apabila hujan mula turun pada tengah hari, jururawat bergegas membawa mereka masuk ke dalam bangunan.
Doktor menjalankan ujian untuk kolera, cirit-birit dan penyakit-penyakit lain di negara Caribbean ini sejak penularan wabak tersebut semasa gempa bumi Januari lalu yang mengorbankan seramai 300,000 orang.
Timbalan pengarah negara untuk Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Catherine Huck berkata, Kementerian Kesihatan Haiti merekodkan 135 kematian dan lebih 1,000 orang dijangkiti.
"Apa yang kami tahu, rakyat menghidap cirit-birit dan mereka muntah-muntah serta mereka boleh maut dengan jika tidak mendapat rawatan dengan cepat," kata Huck.
Katanya, doktor masih menunggu keputusan makmal untuk mengenal pasti wabak itu.
Presiden Persatuan Perubatan Haiti, Claude Surena berkata, punca wabak tersebut mungkin kolera namun ia belum disahkan oleh kerajaan.
"Apa yang dirisaukan ialah ia boleh merebak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia boleh menjejaskan ramai orang atau merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain," katanya.
Kolera merupakan satu jangkitan bakteria bawaan air yang merebak melalui air yang dicemari. Ia menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh membawa kepada penyahidratan serta maut dalam tempoh beberapa jam. - AP

Indonesia akui seksa Papua


JAKARTA 22 Okt. - Indonesia hari ini mengaku anggota tenteranya melakukan penyeksaan terhadap penduduk Papua dengan memukul dan menghina mereka seperti yang terpampang dalam video yang diedarkan secara dalam talian, serta berjanji untuk menyiasat kes itu.
Anggota tentera Indonesia mencucuh bara kayu ke atas kemaluan seorang tahanan dan mengugut seorang lagi dengan pisau semasa disoal siasat mengenai tempat penyembunyian senjata, menurut video tersebut.
''Berdasarkan laporan awal, kami mendapati tentera kami telah bertindak melampau semasa mengendalikan orang yang ditahan,'' kata Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Djoko Suyanto kepada pemberita hari ini.
"Apa yang mereka lakukan adalah tidak profesional," katanya.
Video tersebut mendatangkan kecaman antarabangsa terhadap dakwaan amalan menyeksa dan mendera para aktivis dan orang awam di wilayah bergolak Indonesia seperti Papua dan kepulauan Maluku.
Badan-badan hak asasi manusia termasuk Amnesty International menuntut Indonesia agar menyiasat dan menghukum tenteranya yang dikenal pasti dalam video tersebut.
Suyanto berkata, tentera yang didakwa terlibat dalam insiden itu pada Mei di wilayah Punjak Jaya di timur provinsi Papua, akan 'diuruskan dengan peraturan ketenteraan'.
"Ia telah mengundang perhatian umum dan dunia. Kita akan menyelesaikannya dengan cara sewajarnya,'' ujar beliau. - AFP

Demi kuasa, Umno Kelantan tergamak hina Nik Aziz

Oleh Ahmad Albab
Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.
Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”
Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dgn DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.
Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.
Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?
Fikir-fikirkanlah..http://anwaribrahimblog.com

Mesjid Yang Diperuntukkan Untuk Jin Oleh Rasulullah SAW !

Mesjid Yang Diperuntukkan Untuk Jin Oleh Rasulullah SAW !


Mesjid Khusus Buat JIN
Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat [51]: 56). Begitulah penegasan Allah dalam Alquran tentang tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, yakni semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Karena itu, golongan jin dan manusia terbagi dua, yaitu Muslim dan kafir.
Mosque Made for Ginie !
Jin menyatakan keislamannya yang diterangkan dalam Alquran surah Jin [72] ayat 1-2. "Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin mendengarkan Alquran. Lalu, mereka berkata, `Sesungguhnya, kami telah mendengarkan Alquran yang menakjubkan, yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar. Karena itu, kami memercayainya dan kami tidak akan mempersekutukan Allah SWT dengan siapa pun juga."

Peristiwa ini terjadi saat Rasul SAW bersama para sahabat sedang melaksanakan shalat Subuh. Ketika itu, Rasul SAW membaca surah Ar-Rahman [55] ayat 1-78. Dalam surah Ar-Rahman ini terdapat beberapa ayat yang berbunyi, "Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ketika ayat ini dibacakan, para jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimat, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala puji hanya bagi-Mu yang telah memberikan nikmat lahir dan batin kepada kami."

Ibnu Mas'ud menyatakan bahwa ia ikut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda, "Aku didatangi juru dakwah dari kalangan jin. Lalu, kami pergi bersamanya, dan aku bacakan Alquran kepada mereka."

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di kampung Ma'la, tak jauh dari pekuburan kaum Muslim di Kota Makkah. Dan kini, masjid itu dinamakan dengan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah. Sebab, di tempat inilah para jin berbaiat atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan Kitab-Nya.

Masjid ini menjadi monumen terpenting antara Rasulullah SAW dan para jin. Konon pada saat itu, para Jin berencana menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan Alquran. Mereka sangat takjub mendengarnya, dan kemudian berdialog dengan Rasulullah SAW, lalu menyatakan keimanannya. Mereka kemudian menyampaikan hal itu kepada kaum jin. Penyampaian para jin yang berbaiat dengan Rasul SAW itu diabadikan dalam Alquran surah Al-Ahqaf [46]: 29-32.

Dalam Asbab an-Nuzul karya Jalaluddin as-Suyuthi disebutkan sebab-sebab diturunkannya surah Al-Ahqaf ayat 29-32. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Mas'ud. Ketika Rasulullah SAW sedang membaca ayat-ayat Alquran, ada beberapa jin (sejumlah riwayat menyebutkan jumlahnya ada sembilan jin dan sebagian lain menyebutkan tujuh jin) yang turut mendengarkan bacaan Alquran dari Rasulullah SAW. Kemudian, salah satu dari jin itu mengingatkan teman-temannya, "Diamlah, perhatikan bacaannya." Sesudah itu mereka kembali kepada kaumnya untuk mengingatkan mereka pada jalan yang benar.

Dalam kitab Ad-Durur al-Manshur disebutkan bahwa jumlah jin yang datang kepada Rasulullah SAW itu sebanyak tujuh jin. Sementara itu, menurut Ibnu Mas'ud sebagaimana dikutip Syekh Abdul Mun'im Ibrahim, dalam kitabnya Ma Qabla Khalqi Adam dan telah diterjemahkan dengan judul Adakah Makhluk Sebelum Adam? Menyingkap Misteri Awal Kehidupan, jumlah mereka sebanyak sembilan dan salah satu dari jin itu bernama Zauba'ah.

Responsif Dalam kitab Fath al-Bari bi syarh Shahih al-Bukhari bab Dzikru al-Jin disebutkan, pemimpin para jin itu bernama Wirdan. Para jin itu berasal dari Nasibain, yaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Negara Irak dan Suriah, yaitu di dekat Mosul.

Menurut Abdullah ibnu Umar, ayat Alquran yang dibacakan Rasulullah SAW ketika itu adalah surah Ar-Rahman. Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada bagiku selain golongan jin yang lebih baik dalam merespons surah Ar-Rahman daripada kalian."

Para sahabat bertanya, "Bagaimana bisa, ya Rasul?" Rasulullah menjawab, "Ketika aku membaca ayat `Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan,' para jin berkata, "Wahai Tuhan kami, tidak ada sedikit pun dari nikmat-Mu yang kami dustakan."

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabatnya mengenai bagaimana mereka (golongan jin) menafakuri dan menadaburi (menelaah dan mencerna) ayat-ayat Allah SWT. Ketika ayat Alquran menanyakan sesuatu, para Jin itu dengan cepat merespons pertanyaan Allah.

Sementara itu, para sahabat masih terdiam dan terpaku mendengarkan ayat-ayat tersebut. Para jin lebih respek terhadap ayat yang banyak menggunakan kalimat istifham (pertanyaan) daripada manusia. Namun, diamnya para sahabat dalam merespons ayat Alquran ini masih lebih baik dibandingkan dengan orangorang kafir Quraisy yang enggan mengimani dan meyakini kebenaran Alquran dan ajaran Islam.

Teguran Menurut Syauqi Abu Khalil dalam Atlas Al-Qur'an, surah Jin dan Al-Ahqaf itu memberikan teguran kepada orangorang kafir Quraisy dan Arab di Makkah yang terlambat merespons keimanan. Sementara itu, jin yang bukan berasal dari golongan manusia lebih cepat dalam menerima dan merespons dakwah yang disampaikan Rasulullah SAW.

Para Jin ini terbagi dua, yakni jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman akan ditempatkan di surga, sedangkan jin kafir akan ditempatkan di neraka. Rasulullah SAW menggambarkan bahwa para jin itu terbagi tiga golongan, yakni golongan yang bisa terbang di udara, golongan ular dan anjing, serta golongan yang bermukim dan hidup berpindah-pindah. Lihat hadis sahih yang diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dalam Maqasid asy-Syaithan, dalam bagian Hawatif, riwayat al-Hakim, dan juga hadis lainnya.

Sebagaimana manusia dan hewan, para jin ini juga makan dan minum, menikah, beranak, sertamati. Menurut Syekh Abdul Mun'im Ibrahim, para jin ini adalah penghuni dunia yang hidup di tempat-tempat sepi dari manusia dan di padang pasir. Dan, diantara para jin itu ada yang hidup di pulau-pulau di tengah laut, di tempat sampah, di tempat rusak, dan di antara mereka ada yang hidup bersama manusia.

Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak bisa di dengar oleh manusia, dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Wa Allahu A'lam. Republika Onlinehttp://indonesiabreakingnewsonline.blogspot.com

Perisik Islam Dalam Agama Lain



Tajuk : Perisik Islam Dalam Agama Lain.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Kali ini saya tulis artikel ini dengan ayat dan bahasa yang lebih ringan supaya anda semua membacanya dengan santai tetapi mampu berfikir secara tenang dan mendalam!

Selalunya yang kita dengar adalah cerita-cerita tentang kehebatan dan kelicikan pergerakan ejen-ejen CIA, Mossad, FBI, Illuminati dan Freemason yang kerjanya menjayakan setiap misi atau perancangan mengikut arahan dan telunjuk Iblis serta Dajjal. Kita juga sudah selalu dengar cerita pembongkaran teori-teori konspirasi The Hidden Hand .Tapi kali ini saya putarkan 360 darjah perhatian anda untuk berfikir sekejap; 
Hanya puak bukan islam atau musuh-musuh islam itu sahaja kah yang selalu membuat perancangan-perancangan licik untuk menghapuskan dan memecahbelahkan umat islam???

Tidakkah terfikir kepada kita yang golongan super-elit dan elit islam dari hiraki Rasul, Nabi, wali Allah dan para mujahidin islam berdiam diri begitu saja! Apakah mereka duduk diam sambil berpeluk tubuh melihat airmata, darah dan kesengsaraan ummat yang diratah dengan kejam oleh musuh-musuh Allah swt dan apakah mereka tidak tahu atau menghafal hadis-hadis Nabi saw tentang hal-hal atau bencana akhir zaman! Apakah wali-wali Allah itu duduk diam memerhatikan dari jauh melalui pandangan mata batin mereka apa yang telah, sedang dan akan berlaku di sekeliling mereka? Tidak saudaraku! , tidak sekali-kali, kerana sekiranya mereka berpeluk tubuh begitu , nescaya islam sudah lama hancur dan berkubur di muka bumi ini!

Misi nenek moyang kita seperti Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan pendakwah islam yang lain ke Nusantara adalah membawa satu agenda dan misi yang besar untuk persiapan akhir zaman, malah kedatangan mereka seawal kerajaan Perlak-Pasai-Samudera - Aceh membawa misi dan risalah yang cukup besar, sangat bererti dan sulit!

Beberapa sahabat Nabi saw telah diutuskan nun jauh untuk berdakwah seperti hingga ke Asia dan Cina untuk tujuan dakwah islam, itu cerita yang selalu kita dengar, bagaimana pula cerita-cerita yang sangat sulit dan rahsia, yang hanya disimpan di dada-dada ulamak silam yang hanya sekali sekala dibukakan mereka dipondok-pondok atau ditempat – tempat yang tertentu saja?

Selain dari sahabat Nabi saw yang selalu tertulis dalam sejarah islam, a
pakah masih ada dikalangan sahabat Nabi saw yang menganut agama samawi lain yang membantu perjuangan Nabi secara senyap-senyap dan tersembunyi??? Kalau ada, siapakah mereka???

Sila baca dan renungkan firman Allah swt sperti berikut :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang nasaara(Nasrani) dan orang-orang sabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada ) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita” [ Surah Al-Baqarah : ayat 62 ]
“Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama.Diantaranya ada golongan yang (telah memeluk islam dan ) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar).Mereka membaca ayat-ayat Allah (al-quran) , pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). [ Surah Ali-Imran : ayat 113 ]

Contoh-contoh ayat diatas membuktikan memang ada mukmin-mukmin didalam agama samawi lain [ yahudi, nasrani, sabiin ( hindu-budha) ] , mereka bertemu hakikat Nabi Muhammad ( rujuk surah As-Syu’ara ayat 196 dan 197), lalu beriman padanya. 
Ada diantara pendeta-pendeta mereka yang beriman secara senyap-senyap, menyembunyikan keimanan mereka, mempraktikkan islam secara rahsia melalui wasilah guru-guru mereka!

Allah swt telahpun memberitahu kita tentang mereka ini dalam firmanNya :
“Dan sesungguhnya diantara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka , sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka.Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya” [ Surah Ali Imran : ayat 199 ]

Bagaimana pula 
kisah 2 orang yahudi yang pergi menemui Nabi saw lalu bertanyakan 9 soalan dan dijawab kesemuanya oleh Rasulullah saw.Mereka pun terus beriman dengan Rasulullah saw! Habis setakat itu sajakah cerita 2 orang yahudi ini saudara? Kemana mereka selepas itu? Apa tugas mereka selepas itu? Cuba fikirkan! Apakah Rasulullah saw yang diakui mempunyai kecerdasan spiritual yang begitu tinggiitu akan melepaskan mereka pergi begitu saja kembali kepangkuan kaum mereka tanpa apa-apa pesan atau misi?

Sebenarnya Nabi saw adalah sebaik-baik perancang dan penyusun strategi dakwah yang hebat!

Mari kita baca sedikit catatan mengenai kisah diatas yang dicatat dalam Hadis- musnad Imam Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’I, hadis dari Safwan bin Isan maksudnya:
“Seorang Yahudi berkata kepada kawannya; marilah kita pergi menemui Nabi ini.Maka kedua-dua orang yahudi itupun menemui Nabi saw lalu bertanyakan mengenai 9 tanda-tanda yang jelas.Maka Nabi saw pun menyebutkan hadis itu (mengenai 9 tanda yang jelas)…Maka kedua-dua yahudi itu pun mencium tangan dan kaki Nabi saw dan kedua-duanya mengucapkan : Kami naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Nabi Allah” [ rujuk hadis ini dalam tesis bertajuk : Syaikh Di dalam Thariqah- Prof. Madya Jahid bin Sidek, m/s 316 ]

Nabi Muhammad saw sebenarnya sudahpun mempunyai jentera-jentera para sahabat yang bergerak dan bekerja secara sulit.Tugas mereka adalah bertindak untuk mematahkan kekuatan musuh-musuh islam. Mereka menyelinap masuk kedalam gerombolan musuh tanpa disedari, seterusnya dengan licik membunuh ketua-ketua mereka atau orang-orang penting dalam organisasi musuh. Tugas-tugas sebegini biasanya dipikul olehAbu Dujanah, Muhammad bin Musalmah, Abdullah bin Unais, Syurahbil bin Hasanah, Tamim Ad-Dari, Abdullah bin Abi Baltaah, A’la Hadrami, Umar Umayyah Ad-Damri dan ramai lagi yang sejarahnya jelas tertulis.

Setiap dari mereka di atas mempunyai misi dan tugas mereka yang sulit dan tersendiri untuk memecahbelahkan kekuatan dan benteng pertahanan musuh lalu membantut dan melembabkan pergerakan musuh. Kisah kisah mereka ini boleh anda baca dalam Hayatus Sabahah-Hadrat Ji Maulana Yusuf Kandhalavi, Mawahibul Ladunniyyah-Al-Qastalani.

Berbalik kita pada tafsiran ayat 113 , Surah Ali-Imran diatas, cuba bandingkan pula mereka yang beriman tersebut dengan sesetengah ulamak kita
[tidak semua ulamak begitu!] , yang nampak zahirnya alim, warak, zuhud tetapi amat liat untuk melepaskan jawatan bila berkuasa walaupun sudah nyanyuk, mengeluarkan fatwa-fatwa merapu demi meraih undi, sibuk dengan urusan duniawi memancing undi siang dan malam, masa untuk mengajar ilmu yang haq dan tazkirah islam yang murni kepada mereka yang dahagakan ilmu islam dan tunjuk ajar ditukar kepada ceramah politik, kafir mengkafir sesama islam, meniupkan api permusuhan sesama islam, terlalu leka menyusun strategi untuk terus berkuasa di tampok kuasa dan mengisi tembolok harta bagi diri, keluarga dan kroni-kroni, mengajar dan menggalakkan orang islam mendoakan kehancuran dan pecah perut saudara sesama islam tetapi dalam masa yang sama cukup bertoleransi, lemah lembut dan baik sekali dengan teman-teman kafir seperjuangan! Apa ini semua saudara??? Tepuk dahi tanyalah hati, apa sudah jadi?

Maafkan saya jika tulisan di perenggan atas jadi meleret-leret, rasanya cukuplah dulu , nanti orang politik marahkan saya pula. Apapun, saya terpaksa tegur juga orang politik ni, contohnya saya
sangat setuju dengan saranan penulis blog ini kepada PM kita , [KLIK ]

Ya, bagaimana dengan nasib sekolah agama dan sekolah sekolah pondok wahai pemimpin melayu islam??? Mengapa anda semua tidak membelanya seperti anda membela SRJK-SRJK lain? Ini tugas anda dan anda sebagai wakil kepada suara dan hasrat rakyat mesti bekerja untuk rakyat! Amanah besar ini akan disoal oleh Rabbul Jalil di akhirat nanti! Anda semua jawablah sendiri! Semoga pembentangan
Bajet 2011 petang ini akan membawa sedikit kegembiraan dan rahmat kepada kakitangan awam yang banyak berjasa dan kepada semua institusi dan jentera yang berjuang untuk meninggikan syiar islam di Malaysia ini! Bukan bajet yang menambahkan jumlah gereja ,tokong-tokong, kuil-kuil agama lain yang akan menambahkan lagi laknat Allah kepada para pemimpin yang mengaku dirinya islam dan ingat, natijahnya juga nanti akan terpias kepada rakyat jelata juga!

Kembali kita kepada tajuk asal, ya… gerakan risikan dan dakwah ini masih berjalan hingga kini.Masih ingat artikel lama saya bertajuk :
Isu Kalimah Allah : Pencetus Kebangkitan Ahli Sufi? [ KLIK]

Masih ingatkah anda bagaimana 
Abu Yazid Al-Bustami menjawab 50 soalan Ketua Paderi Kristian dan menjawab soalan apakah kunci syurga dan langit?

Dengan jawapan dan ilmu yang mantap mereka pun terus beriman kepada Allah swt melalui Abu Yazid.Setakat itu sajakah cerita itu saudara? Apa yang terjadi seterusnya kepada Ketua Paderi dan paderi-paderi lain yang dalam satu catatan lain mengatakan mereka semua seramai 500 orang telah mencampakkan rantai salib mereka ke laut! Mereka telah menukarkan Gereja mereka menjadi Masjid! Selepas itu cerita berkenaan mereka senyap begitu saja! Apakah mereka (bekas paderi-paderi) itu , yang telah berbai’ah dengan Abu Yazid dan mengambil jalan kesufian dengan Grandsheikh Sufi Agung itu terus tinggal menetap dan beribadat di masjid bekas gereja itu hingga ke akhir hayat mereka? Tentunya
 tidak saudaraku!

Firman Allah swt berikut boleh menjadi renungan kita bersama :
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
[ Surah Al-Hajj : ayat 40 ]

Apa yang penting sekali yang ingin saya sampaikan disini ialah kita bangsa melayu-islam sudah ada 
Program khusus yang dibawa dan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita iaitu “mempersiapkan diri untuk bangkit di akhir zaman”.

Mengapa kita membiarkan diri ‘terleka’ dengan subjek-subjek sampingan lain sehingga melupakan subjek-subjek teras dalam program asal yang telah dirintih oleh wali-wali Allah dan Raja-Raja Melayu yang berdaulat sejak ribuan tahun dahulu lagi??? Apakah subjek teras itu saudara? Subjek teras itu ialah 
“bersatu, berilmu, beradat , beriman, diredhai, diberkati,beroleh keramat dan sakti”. Apakah subjek-subjek sampingan yang lain yang mengganggu perjalanan subjek teras ini saudara? Fikir-fikirkanlah sendiri! … antaranya ialah POLITIK yang memecahbelahkan ummat dan MEDIA MASSA serta IT yang boleh melekakan Ummat !

Perjalanan hidup kita menuju Allah dan untuk hidup bersama Allah ,
analoginya mudah saja, jika kita mahu menghubungi si A, kita mesti belajar dan tahu segala berkaitan dengan diri si A. Kita kenal dulu siapa si A , ataupun kita tanya dulu siapa si A melalui orang yang dah kenal si A, kita kena tahu nombor telefon si A, jika dah selalu dail nombor si A, kita mudah ingat nombor si A, lalu kita savekan nombor telefon si A atas satu nama ringkas, bila ingin menghubungi si A, kita tekan je nama ringkas si A yang kita savekan tadi, maka dengan sendirinya jadi speed dial, perhubungan kita dengan si A pun jadi mudah dan mesra , akhirnya kita amat gembira sekali bila si A pula yang selalu menghubungi kita! Kita pun senang meminta pertolongan si A bila kita ada masalah, kadang kadang si A menghulurkan bantuan tanpa kita pinta jika si A mula menyayangi diri kita! Lebih hebat lagi seperti dengan teknologi moden sekarang kita boleh berbual-bual dengan telefon bimbit melalui video dan bersua wajah dengan si A walaupun berada jauh beribu batu! Perbualan seperti ini sudah lama wali-wali Allah kuasai! 

Menempuh jalan kerohanian dan melakukan latihan kerohanian adalah umpama kita menyusun nombor-nombor telefon tadi
, jika salah tekan atau salah atur nombor tadi, maka panggilan kita akan tersasar dan tidak sampai kepada si A, mungkin panggilan kita akan disahut setan! Jika sampai ke peringkat keadaan boleh nampak orang yang dipanggil, itu maknanya sudah sampai kepada peringkat rahsia dalam rahsia dan semua rahsia akan ditutup kepada orang awam selepas itu!

akhir sekali, marilah kita berdoa semoga beroleh kegembiraan seperti mereka yang dinyatakan di dalam Firman Allah swt , surah Al-Qiamah; ayat 22-23 seperti berikut:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.Kepada Tuhannya mereka melihat " [ Al-Qiamah :22-23 ]
Selamat membaca.Wassalam.sumber: http://sangtawal.blogspot.com

Menyingkap Tabir Surah Al-Fatihah

sumber:http://daulatpang5.blogspot.com

Assalamualaikum Wbr


Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat.  Di dalamnya terkandung kelebihan yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya.  Allahu Akbar !!!

Surah Al-Fatihah diagungkan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk dibaca di dalam setiap yang dinamakan solat, tanpanya tidaklah sah solat seseorang itu.  Begitu besarnya surah ini di sisi Allah SWT.

Surah Al-Fatihah dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimm !!! (Bismillahirrahmanirrahimm...dikira sebagai salah satu ayat di dalam Al-Fatihah)  Terlupa membaca Bismillahirrahmanirrahimm...maka tidak sah solat seseorang itu mengikut Mazhab Shafiee.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah bersifat Pemurah dan Penyayang kepada semua makhluknya tidak kira orang Islam mahupun orang kafir.
* Tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah, seperti : makan, minum, menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya.  Allah ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk memerlukan Nya.   Ar-Rahman (Maha Pemurah) : salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian, bahawa Allah melimpahkan kurniaNYA kepada makhluk Nya. 

Sebab itulah kita dapati.....bukan sahaja orang Islam...orang kafir pun hidup senang dan kaya raya dengan Limpah Rahmat dan Kurnia... yang Allah beri kepada mereka tanpa memilih sempadan kafir mahupun Muslim.   Itu yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebenarnya.  Tetapi kita pula membeza bezakan dan mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa sendiri lebih daripada memperjuang dan mempertahankan Islam yang mana Allah perintahkan untuk kita menjaganya (Islam sebagai Amanah). Perintah ini datang semasa kita berada di alam Roh lagi.  Bukan kita tidak boleh memperjuangkan bangsa tetapi janganlah sampai mengenepikan konsep dan ajaran Islam itu sendiri dan menzalimi kaum dan bangsa lain dengan jalan yang tidak adil.
 Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari bangsa dan segala-galanya.  Apabila Islam datang...maka apa yang rendah dan berada dibawahnya janganlah ditinggikan pula.  Itu tak betul.

2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta  Alam.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menguasai Langit dan Bumi juga Tuhan kepada alam semesta ini.
Lain halnya dengan Syukur yang bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Dan kita menghadapkan segala puji-pujian kepada Allah kerana Allah jua lah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.  Semua yang diciptakan Allah yang tergolong di dalam Alam Semesta ini memujiNYA termasuklah alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.

Sekiranya Allah Swt...membuka hijab manusia, nescaya kita akan lari bertempiaran... Terkejut kita bilamana mendengar seluruh isi hutan riuh rendah berzikir memuji Allah Swt.  Sekarang kita tidak mendengar kerana dihijab oleh Allah.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat pemurah dan penyayang Allah melebihi pemurah dan penyayang mahkluk.  Maha Suci Allah.

4. Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah adalah Raja dan Hakim di hari Kiamat iaitu hari manusia diadili di Mahkamah Allah nanti.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Hanya kepada Allah jua Tuhan yang kita sembah dan tiada tuhan selainNya.  Allah jua lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.  Ini adalah suatu lafaz pengakuan di hadapan Allah ketika solat kepadaNya. Di mana kita sebagai hamba... hanya menyembah dan memohon hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam.

Tetapi ramai yang tidak SEDAR yang kita masih menyembah selain dari Allah.???  Mana taknya....Hukum yang Allah perintahkan dan turunkan di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW untuk kita laksanakan ketika hidup di dunia ini, kita tak ambil pusing...malah turut bersekongkol mempertikaikannya bersama golongan-golongan yang mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ???  Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ....tidakkah itu sama seperti menyembah selain dari Allah.  Tidakkah tindakan itu tergolong dalam mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik.

Apa alasan kita di Mahkamah Allah nanti..apabila Allah bertanya...mengapa engkau menjadi pengikut kepada golongan yang tidak menggunapakai hukum Ku ketika hidup di dunia..???  Boleh ker..kita jawab....uhh...hukum ituu tak sesuai di dunia kerana di Malaysia..masyarakatnya Majmuk.  ha ha....ha....!! Jangan diperbodohkan tuan-tuan.

Apa yang kita lafaz dan ikrarkan di dalam solat hendaklah di bawa bersama di luar solat.   Dilafazkan dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan.   Kita mengaku yang kita sembah Allah...kita sembah betul-betul, sembah itu bukan hanya di dalam solat sahaja....itu perlu kita ingat.  Sembah Allah itu merangkumi semua aspek termasuklah hukum hakam, pemerintahan, syariat, jual beli dan bermacam-macam lagi dalam semua aspek kehidupan.  Zina hukumnya sebat atau rejam.....tapi kita ambil hukum selain dari hukum Allah.  Kita denda mereka yang berzina sebanyak RM1000-2000 sahaja.  Esok lusa dia buat lagi...pasal denda buang sampah pun lebih mahal lagi.  Sebab itulah zina dan buang anak bermaharajalela di negara kita.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita bermohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan yang lurus lagi jalan yang diredhoi.....tetapi kita masih cakap tak serupa bikin, kita masih memilih pemimpin-pemimpin yang membina pusat-pusat perjudian, pub dan disko, tempat tempat dan sarang maksiat dan menghina mereka yang menyeru amal maaruf dan nahi mungkar.  Kita hina ulamak, kita hina mereka yang bangun untuk solat malam, kononnya solat malam mengganggu pelajaran mereka di siang hari.

Dan apabila pegawai penguatkuasa agama menangkap mereka yang meminum arak, ramai dikalangan orang yang mendakwa dirinya Melayu...bangkit marahkan penguatkuasa dan membela mereka yang minum arak kononnya itu melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tapi bila solat ...tahu pulak sebut perkataan "tunjukilah kami jalan yang lurus"..  Sungguh tak tahu malu betul.


7. (yaitu) jalan orang-orang  yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.

Kita mohon pada Allah, jalan yang Allah kurniakan nikmat terhadap orang-orang yang terdahulu daripada kita.  Siapa orang-orang yang terdahulu itu ?  Tidak lain dan tidak bukan... jalan para nabi, Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiit Tabien.  Itulah jalan menuju kejayaan.

Dan kita mohon pada Allah jauhi jalan orang-orang yang Allah murkai.  Siapakah orang yang Allah murkai?  Itulah jalan orang-orang Yahudi yang Allah murkai dan laknati.  Jadi jangan sekali-kali kita ikut dan mencontohi jalan orang-orang Yahudi ini (dari keturunan Bani Israel).  yang banyak membunuh para nabi dan mempertikaikan hukum Allah dan perintah 25 Rasul.

Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  Sesat di sini merujuk kepada orang-orang Nasrani. (Kristian)  Yang mendakwa Allah itu mempunyai anak. Tuhan itu beranak.    Mereka mendakwa Nabi Isa itu anak tuhan.  Itulah jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang-orang yang mensyirik dan menyengutukan Allah SWT.  Nauzubillah.

Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.  Aaminn.

Panglima7.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan pengikut atau penyokong yang mengambil dan menggunapakai hukum selain dari hukum Allah SWT.