Pages

Thursday, June 10, 2010

Pen membaca surah





AMRAN menunjukkan kit Pen Pembaca Pintar AJV yang mampu membantu mutu bacaan dan pemahaman al-Quran.

JIKA dilihat kaedah konvensional, lidi atau bilah buluh bersaiz kecil sering digunakan untuk tujuan menunjukkan huruf-huruf atau ayat yang dibaca dalam kitab al-Quran. Namun, kebijaksanaan inovasi telah berjaya menerapkan unsur teknologi bagi tujuan tersebut.
Pen Membaca Pintar jenama AJV bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk ayat-ayat al-Quran. Apabila ia disentuh pada ayat, surah atau muka surat yang telah dikodkan, ia akan membacakan ayat-ayat serta terjemahan tanpa tersilap.
Pembacaan bukan sahaja menjadi lebih menarik, bahkan penggunanya dapat memperbaiki mutu bacaan melalui kaedah mendengar. Apatah lagi kalau audio itu adalah rakaman bacaan daripada imam Masjidil Haram iaitu Sheikh Ali Abdur-Rahman al Hudaify.
Menurut Pengarah Urusan AJV Electronic Devices (M) Sdn. Bhd., Amran Ahmed, aplikasi utama produk tersebut ialah membaca teks al-Quran yang dikodkan. Suara akan dikeluarkan apabila pen disentuh pada ayat yang ingin didengar.
“Semakan ke atas bacaan dan terjemahan al-Quran adalah diambil daripada Tafsir Pimpinan Al-Rahman itu dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Surah-surah ini akan lebih dihayati apabila diperdengarkan dengan cara yang efektif dan mesra pengguna. Aplikasi ini sudah tentu dapat memberi ruang dan cara pembelajaran yang lebih mudah,” katanya.
Selain itu katanya, keupayaan pen itu untuk membaca apa juga teks yang telah dikodkan sudah tentu memberi impak besar dalam usaha penyelidikan dan pembelajaran.
“Keberhasilan ini jika digunakan dengan kaedah dan matlamat yang betul, akan seiring dengan hasrat negara iaitu hendak mewujudkan golongan cerdik pandai. Ini langkah awal menjadikan negara ini sebagai negara penyelidikan.
“Justeru, kita tidak lagi sekadar mengharapkan penyelidikan dari negara-negara Barat,” tambahnya.
Dalam pada itu katanya, keupayaan Pen Membaca Pintar juga dapat dipertingkatkan melalui tambahan kad memori khas yang mengandungi pilihan qari-qari lain serta tambahan bahasa-bahasa terjemahan.
“Antara ciri istimewa peranti ini ialah ruang kad memorinya yang boleh menampung kapasiti sehingga 16 gigabit yang membolehkan simpanan data-data tanpa mengganggu fungsi utamanya sebagai pembaca imej berkod.
“Ia boleh digunakan sebagai perakam suara, pemain MP3 dan mempunyai sambungan kepada fon telinga dan pot USB,” katanya.
PEN pintar ini mempunyai kapasiti memori sehingga 16 gigabit.


Jelas Amran, Pen Membaca Pintar berkenaan dijual secara pakej bersama sebuah al-Quran yang sudah dikodkan. Pengguna akan mendapati Quran berkenaan sama seperti Quran biasa yang lain.
“Ia mempunyai halaman-halaman yang dikodkan secara halus tanpa meninggalkan kesan. Selain itu, kod-kod itu juga tidak mudah hilang biarpun berlaku kerosakan kepada ayat-ayat. Penjagaan al-Quran ini sama seperti al-Quran biasa.
“Bagaimanapun, pen mestilah dijaga dengan baik dengan tidak mendedahkannya kepada air,” katanya.
Menurut Amran, Pen Membaca Pintar dijual dengan harga RM499 hingga RM699, bergantung kepada kapasiti memori. Pengguna juga akan dibekalkan dengan fon telinga, kabel USB, kompas kiblat, kad jaminan dan manual pengguna.
“Setakat ini, AJV sudah mempunyai kira-kira 500 tempahan dan menganggarkan lebih banyak pengguna akan memilih produk ini bagi tujuan pembelajaran berkesan.
“Ia menjadi gajet yang harus dimiliki oleh semua Muslim,” katanya mengenai produk yang melalui proses pembangunan selama lapan bulan dan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.
Tambahnya, pembangunan produk berkenaan adalah untuk manfaat komuniti. Amran juga berharap produk itu menjadi pemangkin kepada usaha penyelidikan berterusan yang mampu menghasilkan produk-produk lain. Semua itu bakal mengubah kaedah pembelajaran menyeluruh bermula daripada pendidikan pra sehingga ke peringkat tertinggi.
“Ia juga mampu dikembangkan dan diserap ke semua industri termasuk pelancongan. Bayangkan, pelancong dapat menggunakannya bagi membaca buku panduan pelancong dengan terjemahan ke bahasa masing-masing,” katanya.
Sementara itu, pembangunan Pen Membaca pintar ini mendapat sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai penyuntik dana dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).- ROSMALINA ABD. KADIR
kredit : kosmo.com.my

Video yahudi berpesta tanda kemenangan mereka di tel aviv


http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=83c5dcca81b9f2d84dbae84fcee0814d&w=130&h=130&url=http%3A%2F%2Fi.ytimg.com%2Fvi%2FsMzc1N1Cx3s%2F2.jpg
yahudi berpesta menyambut kemenangan mereka  di depan Kedutaan Turki di tel aviv.

GAMBAR SEDIH DAN MENGERIKAN


جانفي 1960 ثانية واحدة قبل قتل زعيم الحزب الياباني اسانوما من طرف طالب معارض
PEMIMPIN PARTI JEPUN DIBUNUH KETIKA PEMENTASAN TAHUN 1960
/
1992 أمٌُ صومالية تدفن إبنها الذي مات جوعاً
SEORANG IBU MENGKEBUMIKAN ANAK KERANA LAPAR- SOMALIA-1992
ثيش كانغ دوك زعيم البوذيين في جنوب الفيتنام يحرق نفسه للتعبير عن سخطه عن اساليب التعذيب التي كانت تتخذها الحكومة أنذاك والغريب في الأمر أنّ ثيش كانغ دوك لم يصدر اي صوت ولم يتحرك حتى اثناء حريقه
SEORANG PEMIMPIN AGAMA BUDHA DI VIETNAM MEMBAKAR DIRINYA SEBAGAI USAHA MENGELAKAN HUKUMAN YANG DIKENAKAN OLEH KERAJAAN VIETNAM- Semasa api membakar tubuhnya pemimpin agama budah tersebut tidak menjerit dan tidak bergerak walaupun sedikit.
/
1962جندي أصيب من طرف قناص , متعلقا بقس في لحظاته الاخيرة
tentera yang terkena tembakan sempat bergayut pada paderi.1962.
1965 أمٌ واولادها يحاولون عبور النهر في جنوب الفيتنام هروبا من القصف الامريكي
Kanak-kanak bersama ibu menyeberangi sungai mengelak daripada ditangkap tentera amerika.
1966 دبابة امريكية تجر جندي فيتنامي جنوب الفيتنام
Cara tentera amerika menyeksa tentera vietnam.
1 فبراير 1968 نجاين نكوك لاون رئيس أركان شرطةجنوب الفيتنام يطلق النار على شاب فيتنامي لشكه في انتمائه لجيش الفتنمة ( جيش تحرير الفيتنام)197هروب مدنيين بعد سقوط قذيفة بالخطأ على قرية مأهولة
1968 Ketua  Tentera Vietnam Utara menembak remaja yang menyokong pertubuhan pembebasan negara vietnam.
1973لحظات قليلة قبل موت رئيس الشيلي المنتخب سلفادور ألندي خلال الإنقلاب
Saat terakhir pemimpin Chile sebelum kematiannya.
1975 إمرأة وبنت صغيرة يهوون عند انهيار شرفة أثناء محاولتهما الهروب من الحريق الذي شب في البناية
Kanak-kanak yang terjun menyelamatkan diri dari kebakaran.
1980يد صبي من اوغندا مشرف على الموت جوعاً ويد المشرف على الاغاثة
perbezaan antara tangan ketua bantuan kemanusiaan dan tangan kanak-kanak yang mati kerana kelaparan.
23 فبراير 1981 الكولونيل مولينا والشرطة الحربيةخلال اقتحامها واحتجازها مبنى البرلمان في اسبانيا. لم يتوقع المصور اللقطة و قام بإخفاء فيلم التصوير في حذاءه
Kolonel Maulini semasa membuka perasmian parlimen Sepanyol.
1982/ لاجئين فلسطينيين قتلوا في بيروت
Pelarian Palerin yang dibunuh di Beirut- 1982.
1994/ رجل عذب من طرف الجنود لمجرد الاشتباه بتحدثه مع ثوار التوتسي
و يا مكثر الاشتباهات و التعذيبات
Kesan seksaan daripada pihak tentera.
2003 عراقي يحاول تهدئة إبنه من الطغاة الامريكان
Tahanan Iraq cuba menenangkan anaknya.
أتمنىآ أن ينآل أعجـآبكمـ مآرآق لىآ
واذا مكرر عوآفىآ ^_^
..(( لكمـ كلـ الود أحبتىآ ))..

Gambar Askar amerika terbakar hidup-hidup


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs475.snc3/26060_104034186301051_103829946321475_53449_1579984_n.jpg

Cara Yahudi Mendidik Anak-anak Mereka


israelis learn to kill
أطفال يهود يكتبون رسائل كراهية على قذائف المدفعية الصهيونية من ساحة المعركة

في هذه الصورة يظهر بوضوع تجول أطفال اليهود وسط المدفعية الصهيونية قبيل القصف

وشارك حاخامات اليهود في «مباركة» قذائف المدفعية أثناء قصف لبنان وغزة
هنا أطفال يهود.. جاؤوا لزيارة الأقصى.. ودخلوا قبة الصخرة أيضا.. مع مرشدتهم الصهيونية
شاهدوا هذا الطفل.. متدين صهيوني منذ الصغر.. يزور أرض الهيكل كما يعتقد وهو سعيد بذلك.. لأنه يحلم غدا بأن يهدم القبة ويبني مكانها هيكلا حلم به أجداده منذ زمن بعيد..

OIC dan Liga arab adalah Sahabat Karib yahudi dan amerika

Liga arab hanya mampu mendesak PBB untuk mengakhiri sekatan ekonomi ke atas Palestin, wakil-wakil pertubuhan tersebut serta OIC hanya mampu bercakap sambil tersenyum , sebagai tanda sokongan padu mereka kepada yahudi dan amerika, mereka hanya bercakap sebagai tanda mereka juga beragama Islam, sedangkan pada hakikatnya mereka adalah pelabur utama dalam industri-industri penting di negara yahudi dan amerika, tanpa pelaburan mereka negara yahudi dan amerika akan menghadapi krisis kewangan, negara-negara arab adalah  pengimport utama barangan yahudi dan amerika, maka tidak hairanlah jika mereka tidak bertindak terhadap yahudi dan amerika, kerana kedua-kedua buah negara tersebut adalah sahabat karib mereka dalam perdagangan.
Benarlah  kata-kata pejuang Islam, Baitul Muqaddis layak diperintah oleh yahudi yang begitu berusaha dan yakin dengan janji Allah SWT, mereka berusha menjadi negara yang kuat dan bijak sehingga mereka mampu memerintah dunia, sedangkan bangsa arab yang tidak mengenali kandungan Al-Quran dan tidak berusaha mencari tamadun, layak  menjadi Khadam kepada yahudi dan amerika,  bangsa arab tidak layak memerintah dunia kerana mereka tidak pernah berjasa kepada dunia, apatah lagi dunia Islam.
Mereka hidup mewah hanya kerana yahudi dan amerika memberi kemudahan kepada mereka, nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka, mereka  tidak mampu memprosesnya sendiri, mereka memerlukan amerika dan yahudi untuk mengisi perut mereka. Tanpa  amerika dan yahudi mereka akan kembali ke zaman batu, mereka akan mengatakan ini semua takdir Allah SWT.
Untuk memerintah dan merampas Palestin yang amat bernilai, bangsa arab terpaksa memperbaiki diri mereka dan  bangun bersama negara Islam yang lain sehingga mereka dapat memerintah dunia dan berjasa kepada dunia, barulah Islam kembali gemilang… kini Allah SWT menganugerahkan Al-Aqsa kepada Yahudi  kerana Yahudi telah  mampu mngubah diri mereka dan pandai mentadbir dunia. saya tidak menyokong yahudi tetapi saya mengaku di depan Allah SWT bahawa saya tidak mampu menyatukan umat Islam dan memajukan diri sendiri. saya adalah pengguna teknologi yahudi dalam menyebarkan Islam.
OIC dan Liga arab mesti mencari jalan agar Allah SWT menganugerahkan kembali Al-Aqsa ke tangan umat Islam secepat mungkin.

Remaja Muslimah Solehah Holand Mengucap Dua Kalimah Syahadah





http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v33376/228/89/100000147202088/b100000147202088_135086873172885_2747.jpg
Sila layari video  berikut untuk mendengar suara pilihan Allah SWT.....
http://www.facebook.com/home.php#!/video/video.php?v=135086873172885
Semua penduduk dunia memilih Islam, tetapi masih ada insan di Malaysia yang menolak Islam ???

Kebanyakkan banduan di Britain telah memeluk agama Islam



Inspektur Penjara Britain, Anne Dame Owers, mengeluhkan apabila sebahagian besar  tahanan telah memeluk  agama Islam, agama Islam telah  berkembang dari 2.513 pada 1994 menjadi 9.795 pada tahun 2008. Dalam laporan yang diberi tajukPengalaman Narapida Muslim dan disiarkan pada hari Selasa, Dame Anne mengatakan  1 dari 100 tahanan beragama Islam telah dihukum di atas  tuduhan terorisme, petikan dari 
press tv
http://www.arrahmah.com/images/stories/10/PRISON.jpg
Menurut laporan tersebut " kebanyakan tahanan Islam yang mengambil berat terhadap semangat  positif dan kesucian jiwa dalam  Islam dijadikan pedoman hidup mereka dan ketaatan terhadap agama Islam yang tidak berbelah bagi telah berjaya memperolehi  ketenangan di tengah-tengah suasana penjara yang dipenuhi dengan berbagai  tekanan."
Laporan tersebut menyebut, sebahagian tahanan telah berusaha mengkaji agama Islam dari para tahanan Islam yang  lain atau melalui keluarga yang terdekat dengan mereka dan menganti kehidupan mereka yang kosong dengan pegangan aqidah Islam yang suci.
"Saya mempunyai  banyak saudara terdekat di sini. Mereka saling bertukar pandangan sesama mereka.
Kaji selidik ini telah disahkan oleh  Dame Anne berdasarkan pada laporan 85 orang yang ditemuduga untuk hasil selidik  dan wawancara secara mendalam terhadap 164 tahanan Islam  di lapan penjara.

Kedutaan amerika syarikat dan israeil diseluruh dunia adalah gedung senjata





http://www.arrahmah.com/images/stories/10/20080331131125ENLUS0130083412069690.jpg
Sejumlah barang mencurigakan termasuk jaket antipeluru, helm, dan sejumlah senjata milik Kedutaan Besar AS di Pakistan disita oleh polisi di Islamabad, lapor Xinhua mengutip sebuah liputan harian The Nation pada hari Minggu (6/6). Pihak Kawalan Keselamatandi  Islamabad pada hari Sabtu memeriksa kendaraan Shezore yang mencurigakan di pos pengawasan .
Hasil  pemeriksaan, terjawab apabila menemui 35 peti M-16, 13 peti senapang 9 mm, beberapa paket pistol, kompas, radio, peta, pisau, dan barang-barang lain-lain peralatan ketenteraan.2 orang pemandu kenderaan kedutaan amerika ditahan (  Noushad dan Lal Badshah).
Bahagian penyiasatan polis Pakistan mengesahkan bahawa bahan-bahan ketenteraan tersebut adalah barang kiriman kedutaan amerika syarikat.
Kesimpulan dari hasil siasatan tersebut, tidak mustahil semua kedutaan amerika dan israeil diseluruh dunia telah lama aktiv dalam penyeludupan senjata bahaya ini.

israeil memohon tambahan senjata AS dalam usaha meneruskan penjajahan terhadap negara-negara arab



http://www.arrahmah.com/images/stories/10/shamseddin20100608044845403.jpg
israeil dilaporkan meminta amerika syarikat menambah  kekuatan ketenteraan, jika ingin terus melihat aksi-aksi pembunuhan terhadap umat Islam. Wakil kementerian pertahanan telah membuat kunjungan ke amerika syarikat pada hari Selasa-8 Jun yang lalu. ( harian Haaretz, PressTV ).
Senjata-senjata yang diperlukan israeil adalah  bom kawalan jauh seperti Joint Direct Attack Munition (JDAM) yang dilengkapi dengan GPS/INS , bom tersebut pernah digunakan oleh israeil dalam perang Lubnan 2006 dan peperangan di  Gaza 2008.

israeil tetap menahan 1000 tan Bahan Bantuan dari kapal Mavi Marmara



http://www.arrahmah.com/images/stories/10/naderian20100608231846293.jpg
Ribuan tan bahan bantuan kemanusiaan yang dirampas israeil dari kapal Mavi Marmara setelah peristiwa  berdarah diatas  kapal tersebut pada minggu lalu, masih disimpan israeil laknatullah hingga ke hari ini.
10.000 tan bantuan kemanusiaan yang berupa bahan binaan, peralatan dan kelengkapan medic serta  peralatan  sekolah.
Perampasan bantuan tersebut dilakukan israeil selepas serangan  kapal Mavi Marmara yang mengorbankan  20 sukarelawan kemanusiaan.
Disebabkan  peristiwa perlawanan Palestin yang memalukan israeil pada Selasa (8/6) membolehkan israeil menyalahkan pihak sukarelawan. Namun jurucakap  Hamas mengatakan  " masalah yang terjadi adalah perbuatan  israeil yang memaksakan sukarelawan mempertahankan diri. Askar yahudi sepatutnya tidak boleh bertindak sedemikian selagi kapal Mavi Marmara masih berada di perairan antarabangsa.

Guru warisi tugas rasul, nabi

KERJAYA guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama.
Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau ukhrawi.
Dalam hal ini, Rasulullah membuktikan betapa pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam.

Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda sendiri mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi. Firman Allah yang bermaksud: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan daripada kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam keadaan sesat yang nyata." (Surah al-Jumu'ah, ayat 2). Selain itu, Baginda juga mengambil inisiatif contoh dengan menghantar Mus'ab ibn 'Umair ke bumi Yathrib (Madinah) dengan tujuan mengajar al-Quran dan ilmu asas berkaitan Islam kepada masyarakat Arab yang baru memeluk Islam.

Secara tidak langsung, Rasulullah turut menggesa umatnya menjadi pendidik menerusi sabdanya yang bermaksud: "Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat Bukhari). Saidina Ali r.a pula pernah berkata: "Jadilah orang yang mencurahkan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang suka mendengar ilmu, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa." Ulama menggariskan beberapa adab yang perlu diikuti bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Imam Ghazali menyebut di dalam kitabnya, Ihya 'Ulum ad-Din yang bermaksud: "Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut)." Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba direndahkan.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir guru yang membuat onar tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan baik.

Justeru, sempena sambutan Hari Guru yang disambut Ahad lalu, kita perlu kembali mengenang jasa guru yang banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini bertepatan dengan saranan Baginda yang mengajar umatnya agar sentiasa ringan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada sesiapa saja yang berbakti kepada mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia." (Hadis riwayat Bukhari).

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Pahala berkekalan sedekah jariah

DALAM menempuh kehidupan dunia, kita begitu ghairah memburu kejayaan dan kekayaan. Usaha meningkatkan taraf ekonomi diri itu memang dituntut namun persoalannya, ramai yang terlalu 'berkira', materialistik dan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kesusahan orang lain.

BESAR MANFAAT....pemilikan harta seperti tanah yang luas boleh diwakafkan untuk dijadikan
kawasan perkuburan. - Gambar hiasan
BESAR MANFAAT....pemilikan harta seperti tanah yang luas boleh diwakafkan untuk dijadikan kawasan perkuburan. - Gambar hiasan
BINA MASJID...wakaf dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan
dinikmati secara berterusan walaupun seseorang itu sudah
meninggal dunia. - Gambar hiasan
BINA MASJID...wakaf dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan dinikmati secara berterusan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. - Gambar hiasan
Menerima amat mudah tetapi bagaimana untuk memberi terutama sesuatu benda yang kita sayang.
Untuk menginfakkan harta atau mewakafkan harta benda, ganjarannya amat besar tetapi berapa ramai yang sanggup melakukan amalan mulia itu.

Kebanyakan kita apabila memberikan sesuatu mereka mahukan balasan atau imbuhan tetapi dalam Islam, pahala atau sahamnya hanya diterima di akhirat kelak.

Memang sukar untuk menerima sesuatu yang tidak nampak tetapi jika mereka percaya bahawa pemberian mereka sama ada harta atau wakaf itu akan berkekalan, pasti mereka sanggup melakukannya.

Jadi, salah satu usaha umat Islam untuk terus berbakti kepada sesiapa saja melalui ibadah wakaf.

Ibadah wakaf menuntut 'kerelaan' individu atau keluarga untuk memindahkan harta milik mereka kepada pihak lain yang dilihat sumbangan besar di sisi syariat.

Firman Allah yang bermaksud: "Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran ayat 92).
Menerusi wakaf, umat Islam dapat menjalankan perintah Allah dengan memindahkan sebahagian kecil harta kesayangannya itu kepada orang lain.

Wakaf adalah salah satu cabang undang-undang Islam yang amat penting kerana ia mempunyai pertalian antara hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

Wakaf bermula sejak zaman sebelum Rasulullah. Ia adalah amalan yang dituntut kerana ia memainkan peranan penting mengatasi masalah kemiskinan.

Ia termasuk dalam kategori sedekah jariah yang membolehkan seseorang seseorang memperoleh pahala secara 'berkekalan' selagi ia terus dimanfaatkan penerima wakaf.
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya". (Hadis riwayat Muslim).

Kita sering mendengar individu yang bergelar hartawan mewakafkan hartanya seperti tanah, sekolah, rumah anak yatim atau asrama bagi pelajar menimba ilmu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dibelanjakannya itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita". (Surah al-Baqarah 261 hingga 262).

Pada zaman moden ini, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan bagi dinikmati masyarakat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber.

Malah, di peringkat global, wakaf mampu membantu menangani krisis ekonomi yang membelenggu dunia.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya." (Ungkapan hikmah Nabi Muhammad riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah berfirman yang bermaksud: "Jika kamu nampakkan sedekah itu, maka itulah sebaik-baiknya, dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu dan Dia akan menutupi kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan". (Surah al-Baqarah ayat 271).

Selain itu, menerusi firman Allah di dalam Surah at-Taghaabun ayat 16 yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah sekadar tenagamu dan dengarkan dan ikutlah dan berdermalah, nescaya lebih baik bagi dirimu. Barang siapa yang memelihara dirinya dari kebakhilan, maka merekalah yang menang."
Kisah lain juga ada menyebut daripada Saad bin Ubaidah r.a bahawa dia bertanya kepada Rasulullah yang bermaksud: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Saad telah mati; maka apakah sedekah yang paling banyak pahalanya?" Baginda menjawab: "Air", kemudian Saad menggali perigi dan katanya: "Perigi ini pahalanya bagi Ummu Saad."
Daripada hadis berkenaan, sahabat berlumba-lumba melakukan sedekah jariah iaitu dengan wakaf yang berkekalan pahalanya sebagai menyahut seruan Allah.

Harta wakaf pada prinsipnya tidak boleh dijual, dibeli, digadaikan, dipusakai atau dihadiahkan kerana ia akan menghilangkan kewakafannya.

Apabila pewakafnya meninggal dunia, ia tidak boleh dijadikan warisan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya harta wakaf itu tidak boleh dijual belikan dan dialihkan serta diwarisi, dan bersedekahlah dengannya kepada fakir miskin serta sanak keluarga dan orang-orang yang berada di bawah tanggunganmu, tidaklah mengapa bagi yang mengurusnya untuk memakan hasilnya dengan ala kadarnya serta tidak pula menjadikannya milik peribadinya."
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Dr Sohaimi Mohd Salleh berkata, masyarakat Islam perlu sedar kepentingan wakaf kepada pembangunan sosioekonomi serta pemilikan aset umat Islam di negara ini.
"Tamadun terdahulu membuktikan kejayaan yang dibina melalui instrumen kewangan Islam ini amat membanggakan.

"Matlamat kita hidup di dunia ini untuk mendapat keredaan serta keberkatan daripada Allah. Malah, Allah s.w.t menjanjikan nikmat serta ganjaran yang amat besar kepada mereka yang mampu berbakti kepada orang lain," katanya.

Sohaimi berkata, Jawhar dan Majlis Islam Negeri (Mains) kini bekerjasama erat membangunkan sistem wakaf di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melaksanakan wakaf.
"Jawhar mengelola beberapa projek pembangunan seperti pembinaan rumah anak yatim, unit rumah kedai serta kompleks perdagangan sebagai usaha memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik menikmati hidup yang lebih terjamin.
"Justeru, kami mengharapkan usaha ini terus berlangsung lancar," katanya.

Beliau berkata secara umumnya wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf ahli (wakaf keluarga) dan wakaf khairi.

"Wakaf ahli adalah manfaat kepada ahli keluarga yang ditentukan oleh pewakaf manakala wakaf khairi adalah wakaf kebajikan).
"Wakaf khairi pula terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am diwujudkan pewakaf bagi manfaat keseluruhan umat Islam mengikut hukum syarak. Contohnya, kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan berasaskan hukum syarak," katanya.

Sohaimi berkata, jika berpeluang untuk melaksanakan ibadah wakaf, individu itu perlulah menyatakan wakaf berkenaan secara wakaf am.

"Contohnya jika seseorang itu mempunyai tanah, maka tanah berkenaan untuk kebajikan umat Islam secara keseluruhannya tanpa menetapkan cadangan untuk tujuan sesuatu.

"Secara rasionalnya jika dia menetapkan untuk mewakafkan tanah berkenaan untuk membina masjid tetapi dalam kawasan terbabit sudah pun ada beberapa masjid, maka eloklah wakaf berkenaan dilakukan secara wakaf am. Jadi, tanah berkenaan boleh digunakan untuk kepentingan lain seperti membina sekolah agama, rumah anak yatim atau premis perniagaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata Jawhar sudah melancarkan sistem elektronik e-Wakaf bagi mempercepatkan perkhidmatan jabatan berkenaan serta memperkemaskan sistem pengurusan berkaitan wakaf, zakat dan haji antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.