Tuesday, February 16, 2010
Ibu terkecil di dunia dapat cahaya mata

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS) - Ibu terkecil di dunia, Stacey Herald selamat melahirkan anak ketiganya, Malachi lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, doktor memberi amaran kepada Stacey yang tingginya 0.7 meter mengenai risiko baginya untuk mengandung dan melahirkan anak kerana tubuhnya yang kecil.
Bagaimanapun, ibu berusia 35 tahun itu nekad untuk berkeluarga dan telah melahirkan dua anak perempuan Kateri dan Makya masing-masing berumur tiga tahun dan 18 bulan sebelum memperoleh bayi ketiganya.
Dia berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ketinggian 1.7 meter iaitu Will Herald, 27.
Bayi lelaki yang baru dilahirkannya itu memiliki berat cuma 0.9 kilogram.
Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal menerusi pembedahan caesarean di sebuah hospital di sini pada 28 November lalu.
Herald terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menghidap penyakit ganjil genetik, Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang rapuh dan paru-parunya cacat selain merencatkan tumbesarannya. - Agensi
Tak Sempat Pindah-Rumah Dah Terbakar
Labels: kebakaran
Perumahan Setinggan Bukit B
Kg Kerinci
Kuala Lumpur
1-30 ptg

Sebahagian dari mereka sepatutnya telah selesai berpindah ke kediaman baru awal bulan ini.

Namun, atas sebab-sebab tertentu, ada antara mereka masih belum berkesempatan melakukannya.
Dan akhirnya, kebakaran yang berlaku, menjadikan mereka berpindah serta-merta ke kediaman baru yang telah sedia ada.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1-15 petang di kawasan perumahan setinggan Bukit B, Kg Kerinci, Kuala Lumpur.

Penempatan setinggan ini, antara yang terawal di ibunegara, telah wujud lebih 30 tahun lalu, terletak bertul-betul di tepi Lebuhraya Persekutuan.

Penduduk di sini dipindahkan secara berperingkat ke rumah pangsa PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam.

Kawasan ini akan dimajukan oleh pemilikya.

Dalam kejadian ini, kira-kira tujuh buah rumah hangus sama-sekali.

4 jentera bomba dari Balai Pantai, Hang Tuah dan Jalan Klang Lama bersama 30 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.

Api dapat dikawal dari turut merebak ke rumah lain yang dibina rapat dan dari kayu dalam tempoh 10 minit.

Kedudukannya yang berbukit dan terletak jauh ke dalam, menyebabkan anggota bomba agak sukar melakukan tugas dengan pantas.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dua darinya telahpun dikosongkan apabila penghuni telah berpindah ke kediaman baru.

Manakala 5 lagi, ada yang memindahkan barangan sedikit demi sedikit ke kediaman baru.

Dan ada juga yang masih belum memindahkan barangan menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Dan, hanya ini ungkapan yang mereka mampu ucapkan:
"Dah takde rezki. Redha sahajala..."
George anjing tertinggi di dunia

TUSCON, Amerika Syarikat - Seekor anjing jenis Great Dane di sini, dipercayai menjadi anjing tertinggi di dunia, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Anjing gergasi bernama George itu setinggi 1.09 meter dan memiliki berat 111 kilogram serta panjang 2.2 meter.
Pemilik anjing jinak itu iaitu pasangan suami isteri David dan Christine Nasser berkata, mereka sedang menanti pengesahan Guinness World Records mengenainya.
Rekod kategori tersebut sebelum ini dipegang seekor anjing bernama Gibson yang memiliki ketinggian 1.07 meter. - Agensi
Penduduk gempar rajah obor-obor

OXFORDSHIRE - Penemuan rajah ladang berbentuk obor-obor gergasi menyebabkan penduduk tempatan gempar tetapi ia menggembirakan pemerhati fenomena ganjil di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pakar rajah ladang, Karen Alexander berkata, lukisan dengan panjang lebih 180 meter di sebuah ladang barli itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di dunia.
"Sebelum ini kami biasa melihat corak haiwan seperti rama-rama dan burung. Ia amat besar iaitu tiga kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan rajah ladang lain," katanya.
"Orang ramai gempar melihat obor-obor gergasi itu. Kami tidak tahu bagaimana ia terbentuk," tambahnya.
Setakat ini, pihak yang curiga tentang fenomena tersebut menyatakan ia dilakukan oleh penduduk setempat bagi menarik kehadiran pelancong sekali gus mengaut keuntungan lumayan.
Menurut mereka, fenomena itu yang hanya berlaku pada musim menuai ketika para petani memiliki masa lapang sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ia adalah hasil kerja manusia.
Kalangan skeptik lain pula mendakwa rajah itu dihasilkan oleh kumpulan pelukis dengan bantuan grafik komputer dan penglibatan sukarelawan. - Agensi
Monyet bercinta dengan ayam betina

LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.
Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.
Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.
Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.
Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.
"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.
Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.
Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.
Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.
Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi
Isteri hadiah suami seks setiap hari

RALEIGH - Seorang eksekutif perhubungan awam (PR), Charla Muller memberikan hadiah istimewa kepada suaminya iaitu hubungan seks selama 365 malam, dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Charla, 42 dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) turut menulis sebuah buku menceritakan pengalaman tersebut.
Hadiah istimewa itu ditawarkan ketika suaminya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 tahun. Wanita itu berkata, pada awalnya, Brad menyangka dia hanya bergurau dan menolak pelawaan itu tetapi selepas sebulan melakukan seks, suaminya mula menggemari rutin mereka.
"Kadang-kala saya terlupa mencukur bulu kaki dan nafas saya pula berbau tetapi Brad tetap menganggap saya seksi dan gembira ketika berasmara dengan saya pada setiap malam," kata wanita itu.
Menurutnya, seks pada setiap malam menjadikan hubungan mereka bertambah akrab.
Bagaimanapun, menjelang bulan ketiga, Brad mula menunjukkan tanda-tanda keletihan dan menolak pelawaan untuk bersama.
"Kita sudah melakukannya untuk 88 hari berturut-turut dan saya keletihan, Kita boleh melakukannya semula pada malam esok," kata lelaki itu.
Menurut Charla, seks pada setiap hari berupaya melenyapkan tekanan kerja suaminya. - Agensi
Cacing gergasi makan batu karang

CORNWALL - Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cacing yang dinamakan Barry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeledah akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu.
Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika.
"Terdapat 'benda' yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya dilitupi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia," kata kurator akuarium itu, Matt Slater.
Menurutnya, Barry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain.
Cacaing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika ia masih kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. - Agensi
Lagi gambar hantu di lokasi sama
NORTH BERWICK - Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.
Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.
Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.
Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.
Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap."Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun.
"Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace. - Agensi
'Orang rangka' di penjara Zimbabwe

LONDON - Cara Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menghukum penentang politiknya didedahkan selepas imej-imej yang dirakam secara rahsia di penjara negara berkenaan disiarkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej itu mengejutkan di mana beberapa banduan kurus kering dan terlalu lemah untuk berdiri serta makan dalam jumlah amat kecil kerana bahan makanan dicatu.
Dalam salah satu adegan dokumentari itu berjudul Hell Hole, seorang lelaki tanpa baju berdiri di pekarangan penjara, tetapi tulang pelvis dan tulang rusuk menonjol keluar.
Dalam satu lagi adegan, beberapa banduan yang kekurangan vitamin berada dalam bilik penjara yang dilengkapi selimut dan tilam nipis.
Bilik penjara itu padat dengan banduan.
Penerbit filem itu, Godknos Nare yang menghabiskan masa empat bulan melatih 'orang dalam' merakamkan imej itu menyatakan, menu makanan di penjara itu dikurangkan kepada bubur jagung.
Aktivis-aktivis hak asasi manusia dan bekas tahanan telah mengetengahkan isu penjara di Zimbabwe tetapi setakat ini filem itu terdapat bukti kecil bagi menyokong dakwaan tersebut.
Mugabe menjadi Presiden Zimbabwe sejak 1980 tetapi pada 11 Februari lalu beliau melantik pemimpin pembangkang yang juga seterunya, Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri. - Agensi
Punggung tersangkut pada pancang pagar

JOHANNESBURG - Gara-gara mabuk, seorang lelaki di sini, Siyana Pasiwe mendapat aib besar apabila punggungnya tersangkut pada pagar keselamatan ketika dia cuba melompat masuk ke halaman sebuah muzium, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam insiden itu, Pasiwe, 32, tersangkut pada pagar tersebut selama dua jam, tetapi dia menyatakan tidak merasai kesakitan kerana mabuk.
Beberapa petugas bantuan terpaksa menggunakan sebilah kapak bagi memotong pancang pagar sepanjang 30 sentimeter pada awal bulan ini.
Pasiwe menafikan cuba menceroboh ke dalam muzium itu dan menyatakan dia tertidur setelah mabuk dan cuba melenyapkan pengaruh alkohol dengan membuat lompatan tersebut.
"Apabila saya tersedar, saya mengambil keputusan untuk berjalan pulang dan apabila melihat sebatang pokok di lokasi itu, saya menyangka dapat melompat ke sebelah sana," katanya.
Dia mengalami kecederaan pada bahagian perut dan usus kecil dalam kemalangan itu tetapi sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Agensi
Hantu wanita di istana berhantu
Hantu wanita di istana berhantu
GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.
ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.
Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.
Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.
“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin.
Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.
Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.
Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi
GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.
ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.
Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.
Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.
“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin.
Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.
Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.
Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi
Wardina mengaku jumpa Nik Aziz
Wardina mengaku jumpa Nik Aziz
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
Wardina Saffiyyah
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah, 31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.
Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasar politik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu.
Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuan beliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengah hari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelah petang.
"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziz tetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaan negeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu di Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
Wardina Saffiyyah
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah, 31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.
Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasar politik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu.
Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuan beliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengah hari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelah petang.
"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziz tetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaan negeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu di Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















