Pages

Tuesday, September 2, 2014

Kucing jadi rebutan

SEEKOR kucing baka Siam menjadi rebutan dua keluarga
di Wellington, New Zealand selepas didapati tinggal
 di dua buah rumah sejak 10 tahun lalu. - AGENSI

WELLINGTON 1 Sept. - Seekor kucing baka Siam mencetuskan perbalahan dua keluarga di New Zealand selepas haiwan itu tinggal di dua rumah berasingan sejak 10 tahun lalu.
Menurut laporan portal berita Mail Online, kucing berkenaan dibeli pada tahun 2000 oleh Alice Alexander dan dinamakan sebagai Ming, kerana sifatnya yang sukar merayau di rumah jiran, manakala keluarga Smith menamakan kucing itu sebagai Cleo.
Selepas berpindah ke Strathmore di selatan Wellington pada 2005, Ming akan menghilangkan diri untuk tempoh tertentu sebelum pulang ke rumah dalam keadaan dijaga rapi tetapi tidak memakai gelang leher yang tertera namanya dan nombor telefon keluarga Ale­xander.
Kemudian, kucing baka Siam itu menghilangkan diri selama empat tahun bermula 2010 sebelum muncul semula pada Mei tahun ini di atas bumbung rumah pemilik asalnya, menyebabkan Alice memasang mikrocip dan gelang leher pada Ming untuk memastikan kucing itu tidak hilang dan mudah dikesan.
Malangnya, sekali lagi Ming menghilangkan diri selama sebulan sebelum ditemukan dalam keadaan kakinya dicukur dan dipercayai te­lah dibawa berjumpa dengan doktor haiwan.
Seminggu kemudian, Alice dihubungi oleh keluarga Smith yang tinggal berhampiran, yang selama ini menjaga Ming ketika kucing itu menghilangkan diri, sekali gus mendapati haiwan terbabit tinggal di dua tempat berbeza.
Glenda Smith berkata, dia tidak tahu Ming mempunyai penjaga sehingga dia ternampak satu daripada poster kehilangan kucing siam itu yang ditampal oleh Alice.
"Kami menamakannya sebagai Cleo dan kucing tersebut menjadi sebahagian daripada keluarga kami untuk sembilan tahun.
"Kami tidak boleh melepaskannya buat masa sekarang kerana kami sangat menyayanginya," kata Glenda.
Nasib kucing Siam terbabit masih belum dapat dipastikan ketika kedua-dua keluarga saling berebut untuk hak penjagaan dan mahu haiwan itu berasa gembira.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140902/lu_09/Kucing-jadi-rebutan#ixzz3C6Lw2Ngy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: