Pages

Sunday, July 27, 2014

Pokok 'ajaib' keluarkan 40 jenis buah berbeza setahun


NEW YORK 27 Julai - Seorang pemahat dan pelukis dari Universiti Syracuse di sini, berjaya menghasilkan sebatang pokok ‘ajaib’ yang mampu mengeluarkan kira-kira 40 jenis buah yang berbeza sepanjang tahun.
Pokok yang dipanggil ‘The Tree of 40 Fruits’ itu dihasilkan Sam Van Aken, dan didapati mampu mengeluarkan buah pic, plum, aprikot, nektarin (menyamai pic) dan ceri pada kebanyakan masa sepanjang tahun ini selepas dihasilkan menerusi kaedah kacukan.
Malah, setakat ini, terdapat 16 pokok-pokok ajaib itu yang boleh didapati di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) termasuk Santa Fe, New Mexico; Short Hills, New Jersey; Louisville, Kentucky dan Pound Ridge, New York.
Semasa musim bunga, daun-daun pokok yang berkembang itu menghasilkan gabungan warna memukau seperti merah, merah jambu, putih dengan setiap pokok menunjukkan ciri-ciri tersendiri pemilihan buahnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_01/Pokok-ajaib-keluarkan-40-jenis-buah-berbeza-setahun#ixzz38cNDcrQn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: