Pages

Tuesday, July 8, 2014

Arnab peliharaan Chu miliki bulu terlalu tebal



SEEKOR arnab baka Angora yang dipelihara Chu memiliki bulu yang terlalu tebal sehingga muka haiwan itu sukar untuk dilihat.


SAN JOSE - Seekor arnab baka Angora Inggeris dipercayai memiliki bulu arnab terpanjang di dunia, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.
Arnab betina yang diberi nama Ida itu mempunyai bulu sepanjang 25.4 sentimeter.
Haiwan itu dibiak dan dipelihara oleh seorang wanita Betty Chu yang merupakan profesor emeritus di Universiti Negeri San Jose, di sini, dalam negeri California.
Baka Angora Inggeris popular dalam kalangan peminat arnab kerana haiwan itu memiliki bulu yang panjang dan lembut.
Chu menggunakan gunting untuk memotong bulu arnab tersebut dan tidak pernah mencederakan haiwan peliharaannya.
Bulu arnab itu tumbuh pada kadar 2.54 sentimeter sebulan manakala Chu menggunakan bulu yang dipotong itu untuk membuat skarf , topi dan sarung tangan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz36pJmgTue 
Hakcipta terpelihara 

No comments: