Pages

Sunday, December 25, 2011

Helikopter ISAF mendarat cemas selepas diserang

KABUL 25 Dis - Sebuah helikopter tentera British terpaksa melakukan pendaratan kecemasan setelah diserang di bahagian Selatan Afghanistan, kata Menteri Pertahannya di London semalam.
Helikopter tersebut mendarat cemas pada hari Jumaat di dalam wilayah Helmand yang bergolak, bagaimanapun Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai oleh Nato mengesahkan bahawa tiada kematian.
“Helikopter ISAF membuat pendaratan kecemasan berhampiran pos pemeriksaan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghan di Nahr-e Saraj,’’ kata kenyataan tersebut. “Helikopter itu telah diperiksa dan didapati sedikit kesan tembakan”.
Jurucakap Menteri Pertahanan di London memberitahu AFP bahawa “helikopter itu berjaya diselamatkan dan tidak ada sebarang kecederaan” tetapi enggan memberikan maklumat lanjut.- AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments: