Wednesday, April 28, 2010
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
• Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
• Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.
DAJJAL - PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI
Setelah diusir oleh Nabi Musa, Samiri (Dajjal) mulai mengembara sendirian melalui jalan-jalan di Sina 'menjauhi Nabi Musa dan kaumnya. Lalu satu ketika dia duduk-duduk di puncak suatu gunung tinggi memperhatikan orang-orang yang sedang pergi menaiki perahu di lautan. Dia berharap dapat menumpang perahu mereka untuk pergi ke negeri mana saja yang ingin dikunjunginya.
Pertama, dia pun pergi ke sebuah negeri yang dikenali dengan nama Bilad al-Ghal yang bermakna negeri makmur. Dia tinggal disitu buat sementara. Kemudian dia pergi menuju kabilah-kabilah al-Bulghar. Kemudian dia tinggal agak lama dengan penduduk-penduduk al-Awral
Sebenarnya sebelum Christopher Columbus sampai di Amerika Utara. Dajjal sudah sampai terlebih dahulu , tujuh abad lebih terdahulu daripada dia. Dajjal berada di Amerika Selatan dan sedang melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya bertempat di Puerto Rico. Dajjal berencana mau menjadikan antara Puerto Rico dan Pulau Bermuda sebagai bentuk piramid sebagaimana piramid Fir'aun. Dia mau piramidnya lebih besar pengaruhnya daripada piramid Fir'aun. Dajjal mau puncak bagi piramidnya itu terletak di dirinya sendiri, yaitu sebagai "kota bomoh yang ditunggu-tunggu"(gw ga ngerti ini apa maksudnya).
Dia pun mulai mengirim orang-orangnya sebagai pedagang ke beberapa negara di dunia. Sebenarnya pedagang-pedagang itu adalah mata-mata yang mengumpulkan segala maklumat, mengumpul segala gambar dan mengutip berita dan maklumat untuk Dajjal.
Pada abad ke 8 M bersamaan dengan abad ke 2 Hijrah, Dajjal berlayar menggunakan kapal yang menggunakan tenaga matahari di Segitiga Bermuda, dia berencana untuk mengunjungi Pantai Florida. Tetapi ditengah malam yang gelap gelita itu dia melihat cahaya dari arah kejauhan. Cahaya itu semakin •dekat. Dari pancaran cahaya itu terlihat bayangan istana dari kaca seolah-olah istana kristal. Pengawal-pengawal Dajjal pula terlihat seperti makhluk berkepala anjing dan keledai dari kilauan cahaya itu. Mereka bercakap-cakap dalam bahasa yang dia bertemu tidak faham.Dajjal pun berkata kepada pengawalnya,"Apa yang aku lihat ini?"
Mereka menjawab," Wahai tuhan kami, kami hanya melihat cahaya dan mendengar bisikan. Coba tuhan kabarkan kepada kami apa yang engkau lihat karena kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang kami tidak lihat." Dajjal menjawab,"Baiklah, itu adalah tugas aku."
Kemudian dia pun mengeluarkan beberapa jenis bahan dari biliknya di atas kapal itu dan mencampurkan bahan-bahan itu. Setelah itu semua orang bisa melihat seolah-olah ada gunung bercahaya atau binatang liar berbadan besar yang bersinar-sinar. Dia juga lihat seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam keadaan berjaga-jaga dan kelihatan mereka berjalan tergesa-gesa masuk ke dalam istana itu. Ada sesetengahnya pula terbang menjauhi istana itu dan mejauhkan diri dari kapal Dajjal yang semakin dekat dengan istana itu. Bertambah aneh lagi, setelah kapal Dajjal rapat, pengawal-pengawal Dajjal mulai menguap dan tertidur seolah-olah mereka dibius dengan obat bius. Dajjal pun turut menguap dan secara tidak dia sadari, dia pun menutup hidung dan mulut dengan tangan dan bersiap-siap untuk masuk ke dalam istana yang membingungkan dia itu.
Ketika masuk ke dalam, dia amat terkejut melihat beratus-ratus makhluk mirip seperti anjing, keledai, kucing dan ular mengelilinginya sambil tunduk sebagai tanda hormat. Salah satu makhluk di antara mereka mau maju ke depan untuk mengulurkan tangan. Mereka semuanya berwarna hitam. Bulu-bulu mereka hitam. Makhluk itu berbicara dalam bahasa yang dia tidak pernah ia dengar tetapi dia faham, sebagaimana manusia bercakap dengan manusia lain dengan bahasa masing-masing. Antara makna percakapan makhluk itu ialah." Raja agung menantimu. Dia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi tetamunya untuk mengikat ikatan cinta dan menjalin satu kerja sama. Engkau menjadi raja yang boleh dilihat sementara dia. menjadi raja yang tidak boleh dilihat, yakni tersembunyi."
Dajjal mengerti dengan seluruh perkataan itu, lalu dia melalui celah-celah makhluk yang sedang berkumpul itu, Sementara itu syaitan-syaitan dengan jumlah yang banyak sekali mencoba hendak mendekatinya. Bukan sedikit jumlah syaitan itu, hampir berjuta-juta, dalam berbagai bentuk, dari sekecil sebesar semut sehingga sebesar lebah, sebesar jari, selebar tapak tangan dan ada yang panjang sampai seukuran dengan manusia. Mereka menari-nari dan menyanyi lagu yang dia sendiri tidak faham
Tetapi Dajjal tahu. mereka semua sedang bergembira, kegembiraan mereka itu amat luar biasa seperti sangat gembira mendapat sesuatu . Dajjal terus maju ke depan dan terus maju ke mimbar yang besar. Di situ terpampang gambar-gambar syaitan yang berbagai ukuran dan bentuk. Ada gambar binatang yang dikenali oleh manusia ada yang tidak dikenali. Paling aneh sekali gambar seekor monyet yang tertulis kata-kata yang khusus untuk manusia dan jin
Memang jin ada kemampuan untuk mendirikan bangunan dan menyerupai seperti manusia. Dalam firman Allah SWT (Saba1, 34: 12 -13) Dan kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, maka Kami rasakan kepada azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarjga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih
Tiba-tiba mereka menyuruh Dajjal berhenti di hadapan salah satu makhluk yang sedang tunduk dan meminta yang lain pun tunduk sambil masuk menghadap tuan besarnya. Dajjal tidak mau tunduk walaupun yang lain semuanya tunduk, mereka pun berbisik kepadanya "Tunduklah, karena ini adalah etika untuk masuk bertemu raja yang menjadi tuhan." Dajjal menjawab,"Aku adalah raja yang menjadi tuhan."
Lalu yang lain itu pun terus tunduk dan meninggalkan dia sendirian. Akhirnya Dajjal masuk sambil tunduk. Dia mendapati dirinya berada dalam satu ruang yang luas dan gelap. Kemudian ada cahaya jingga tua bersinar dari sisinya. Selepas itu, tiba-tiba saja dia dapati ruang itu diterangi oleh cahaya seperti api. Kemudian dia dapati dia berhadapan dengan satu makhluk yang buruk rupanya dan sanyat menyeramkan apabila dipandang. Iblis itu pun mendekatkan-diri kepada Dajjal, dan mereka berjabat tangan. Iblis berkata, "Wahai manusia (tanda) kiamat, aku telah menantimu sejak jutaan tahun. Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kami. Permusuhan antara kita dan mereka tidak akan hilang. Entah mereka yang menang atau kita yang menang. Kalau kita menang, kita telah mengalahkan Allah
Kalau kita mengalahkan Allah, kita menjadi tuhan bersama-Nya, yang tidak ada sekutu bagi kita. Itulah saatnya kita mencipta sebagaimana Dia mencipta. Jika tidak, katakanlah padaku dari mana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun? Pasti Dia belajar dari tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahasia-rahasianya, kemudian mengkhianatinya dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuiNya dari rahasia-rahasia itu. Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapaiNya hanya dengan memusnahkan umat ini. Allah telah mengampunkan Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, memberi mereka malam lailatul-qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, memberi mereka tempat wukuf di Arafah. Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya, memberi mereka istighfar (permohonan ampun) dan lalu Dia pun menerima ampunan mereka dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sekarat. Dia telah memuliakan mereka. Lantas mengapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan yang rendah dan cobaan hidup berupa harta, anak, wanita, emas, hukum, kekuasaan dan kedudukan? Kita kirim pada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan, jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta mengoyak AI-Quran yang ada dalam dada mereka sehingga mereka menjadi Islam hanya pada nama saja. Kita jadikan orang-orang Yahudi, bangsamu itu, sebagai pemegang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan pada mereka untuk menguasai Palestina. Dengan begitu mererka menjadi penguasa seluruh dunia. Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas 'arsy dan kekuasaan.
Gelaran dan Maharaja Benua Siam Islam Kedah
Dalam penulisan sejarah, kekadang kita terlupa bahawa sejarah mereka yang terkenal yang kita tulis itu bukanlah sehebat mana pun. Dengan perkataan yang indah, mereka yang telah lama meninggalkan kita itu menjadi seolah-olah satu figura yang kuat, hebat , baik, terpuji, idola dan sebagainya. Hakikat sebenar, kita tidak akan dapat mengetahuinya secara terperinchi namun kita harus sedar bahawa mereka juga adalah seperti kita juga, lapar kena makan, sakit kena cari ubat, letih pula perlu tidor. Yang tidak memerlukan itu semua hanyalah Allah SWT yang menjadikan mereka dan juga kita. Oleh kerana itu Allah bersifat maha segala-galanya. Di kalangan yang besar, DIA lah yang Maha Besar dalam semua aspek kebesaran dan tiada lagi dapat menyaingi NYA.
Sepanjang hayat mereka masih ada, dalam kerjaya mereka sebagai ketua Negara, orang besar empat, orang besar lapan, pentadbir dan penghulu sudah pasti ada peningkatan kerjaya disepanjang karier mereka. Kita sendiri sebagai individu, mempunyai peningkatan karier dari bergelar Encik ke Tuan, terima anugerah mungkin menjadi Datuk, Tan Sri dan sebagainya akan tetapi individu itu tetap orang yang sama. Kita tetap kita. Sebagai individu berkeluarga mungkin pada mulanya kita bergelar adik, kemudiannya menjadi abang, setelah berkahwin bergelar suami atau isteri, bergelar Ayah setelah mendapat cahayamata, kemudiannya menjadi Pak Cik, Datuk atau nenek setelah memperolehi cucu.
Jika sekiranya kita hari ini ada peningkatan dalam karier dan gelaran, tidakkah pemerentah kita dizaman dahulu tidak berhak untuk dinilai sebagai pemerentah yang mempunyai peningkatan dalam kariernya. Apakah Laksemana Hang Tuah di Melaka itu tidak ada peningkatan kariernya, sampai bila-bila kekal sebagai Laksemana?. Kononnya Hang Tuah di riwayatkan hilang atau ghaib, seolah-olah kisahnya cuba ditutup oleh mereka-mereka yang berkepentingan, dengan itu makamnya tidak di ketahui. Makam yang dikatakan Makam Hang Tuah di Melaka pun baru sahaja diwartakan, kurang lebih 10 tahun yang lalu. Hakikat sebenarnya baginda telah menaiki takhta Kerajaan Benua Siam di Ayuthia dan dikenali sebagai Narai. Setelah tamat tempoh memerentah, baginda dilantik menjadi Raja Acheh dan mangkat disana.
Sedangkan kita tahu dalam Undang Undang Kedah orang nombor dua dalam pemerentahan beraja ialah Bendahara dan sekiranya raja tidak ada Bendahara lah menjadi ganti raja. Bendahara lah yang menggantikan tempat raja apabila raja yang memerentah itu mangkat kerana jawatan Bendahara ini dilantik darianakanda sulong raja yang memerentah ketika itu.
Bukti
Menurut buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, ms22,MA Fawzi Basri yang menulis dan mengemukakan fakta dari tulisan Winstedt dalam bukunya, “Riwayat Negeri Perak” menulis seperti berikut,
“ Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera (Balai Besar, Alor Star Kedah) dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang,Putera raja dari Kedah menjadi bendahara”.
Bendahara Kedah yang dimaksudkan ialah Nai Lang, Raja Siam Songkhla Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin Shah. Baginda juga di kenali sebagai Panglima Bukit Gantang. Pasti kita menjadi hairan bagaimana nama-nama ini tidak direkodkan dalam Salasilah Kesultanan Kedah hari ini. Pada masa yang sama kenapa nama Sultan sultan yang memerentah contohnya, Syah Alam Yang maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, lengkap dengan gelaran masing-masing ditulis dalam Undang-Undang Kedah, tidak dalam Undang-Undang negeri lain. Bahasa Siam pula turut ditulis jawi dan turut tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Pasti ada sesuatu yang ingin di terangkan kepada kita hari ini untuk kita kaji dan membuat penyelidikan.
Dari buku sejarah “A History Of South East Asia”, DGE Hall.1955 menyatakanMaharaja Dinasti Ayut’ia Ke 31 bergelar Maha Tammaraja II Boromokot. Dengan memadankan maklumat ini dengan tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah kita dapat tahu bahawa Maha Tammaraja II Boromokot tak lain tak bukan adalah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi. Jangan kita pedulikan gelaran dalam bahasa siam kerana seperti yang kami sebut diawal artikel ini, gelaran walaupun pelbagai, orangnya tetap sama. Lagi pun mereka ini bukannya orang kebanyakan tetapi Maharaja Besar Benua Siam, sudah pasti sejarah mereka ada direkodkan dan tak mungkin tersilap orang kerana tahunnya pun juga sama.
‘Cross reference’ kita akan tepat sebab memang ada bukti bertulis yang tidak di edit atau diusik iaitu Undang Undang Kedah. Tidak ada muka suratnya yang hilang, di koyak malah semuanya diterjemahkan oleh Maryam Salim kecuali beberapa perkataan sahaja. Sebab kita memadankan dengan maklumat ini adalah kerana Undang-Undang Kedah memperkatakan mengenai kerajaan Benua Siam, dengan merujuk kepada kerajaan Benua China dan Benua Keling dalam sebuah buku bertajuk Undang-Undang Kedah, bukannya Undang-Undang Melaka (setakat pelabuhan sahaja) atau negeri lain yang kononnya sangat gagah dimasa itu. Tidak ada undang-undang, bermakna tidak ada kerajaan, sekadar wilayah sahaja dalam kerajaan Benua Siam kedah, menggunakan Undang-Undang Kedah. Tak perlu diceritakan secara terperinchi disini kerana kita semua tahu Semenanjong Tanah Melayu dikenali sebagai Melaka di zaman dahulu dan Melaka inilah yang berada di bawah wilayah Benua Siam Islam Kedah.
Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,
“There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam. The land of Siam ia large and very plentous, with many people and cities, with many lords and many foreign merchants, and most of these foreigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eith China. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China.”
The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China. Peta dari tahun 1574.
Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logikkah jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah.
Walaupun kita tahu Maharajanya berada di Odia (atau Ayutthaya, ibu negara Benua Siam) akan tetapi lokasi itu hanyalah pusat pemerentahan sahaja. Raja-raja wilayahnya bergilir menaiki takhta kerajaan sepertimana kita di Malaysia hari ini bergilir melantik raja-raja negeri sebagai Yang Di pertuan Agong negara. Renungkan, dari mana Tunku Abdul Rahman mendapat idea ini sewaktu menggubal perlembagaan negara kita dulu kalau bukan dari sejarah juga. Beliau tahu kaedah yang digunakan kerana beliau kerabat diraja Kedah. Kami pun tahu juga.
Putera baginda Maha Tammaraja II Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa arab yang bermakna pembesar dari darah berlainan raja. Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar) sebelum diserang oleh Aluangphaya. Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin(iaitu puteri Sultan Langkat, Sumatra Pasai Acheh) kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat ini adalah putera dari Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh(pernah menjadi Laksemana di Melaka bergelar Hang Tuah). Makam baginda Sultan Langkat terletak di Jeti Kuala Kedah dan di kenali sebagai Makam Tok Pasai.
Penipuan mereka
Semua ‘clue’ kepada persoalan siapa maharaja Siam sebenarnya ada di depan mata kita. Kita tak peduli apa sejarah Thailand hari ini nak tulis kerana mereka adalah penjajah negeri Siam yang dulunya beragama Islam. Kita bukan berada di negeri mereka. Mereka telah mencaturkan sejarah negeri Siam Islam dahulu mengikut acuan mereka sebagai pemerentah yang berkuasa melalui penulis upahan. Mereka bukan orang Siam tetapi dari puak Sukhuthai yang beragama Buddha dan merupakan penjajah kepada negeri Siam Islam mulai dari pemerentahan Rama I yang beragama Buddha. Mereka lah penyamun dan telah meng’hijack’ sejarah bangsa Siam Islam dan turut mengakui diri mereka sebagai orang Siam hanya kerana mereka ketandusan tamadun dan ingin menumpang ketamadunan bangsa Siam Islam ini, lalu merampasnya.
Dengan itu apabila berkuasa sepenuhnya dalam negeri Siam dengan bantuan Inggeris, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama. Kebencian mereka terhadap orang Siam Islam ini berterusan hingga ke hari ini, sehinggakan mereka sanggup membunuh rakyat negara mereka sendiri di Patani hanya kerana mereka beragama Islam.
Apakah kita tidak faham lagi kenapa lebih banyak pelarian Vietnam ditahun 70an dulu sanggup mengharungi laut China Selatan datang ke semenanjong berbanding negara jiran lain?. Kenapa semenanjong ini menjadi lubuk pendatang tanpa izin dari negara-negara berdekatan yang masih lagi ditimpa kesusahan?. Apakah hubungan sejarah yang kita tidak ketahui, ditutup oleh penjajah ini?. Dimanakah kekuatan pemerentah negara dan bangsa kita? Apakah erti Benua Siam, Benua Keling dan Benua China yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah.
Tidakkah terfikir oleh kita kenapa orang-orang melayu di Utara semenanjong hari ini tidak mempunyai rumpun sepertimana di selatan semenanjong, ada Bugis, ada Mandaling, ada Minang, ada Banjar, ada Jawa dll. Hanya sebahagian kecil orang Melayu didaerah Yan adalah dari rumpun Acheh tetapi bagaimana pulak dengan yang lain, seperti di Kelantan dan Terengganu. Apakah rumpun mereka sebenarnya?. Ini kerana mereka adalah asalnya orang Siam Islam. Kami juga telah menemuduga ramai orang di Kedah hari ini di mana asal usul keturunan mereka adalah pelarian dari Patani, terutama sekali di daerah Baling, Kuala Nerang dan Pedu (melalui Durian Burung). Mereka melarikan diri dari Patani kerana yang menyerang Patani dahulu bukannya Siam Islam lagi tetapi bangsa Thai Buddha yang baru saja menjajah negeri Siam.
Tindakan Kita
Sejarah Kedah harus di bongkar habis-habisan oleh semua pengkaji sejarah dan sastera tempatan. Kita bentangkan kertaskerja di peringkat seminar, forum dan bengkel sejarah, kita jalankan penyelidikan di peringkat Phd agar terdapat lebih banyak rujukan sejarah sebenar. Semua ini adalah mengenai sejarah bangsa kita dan kita berhak memperkatakan sejarah kita tanpa perlu merujuk kepada mereka. Walaupun kita dimaki, dihamun, diaibkan, kita tidak harus menyerah kalah, kerana kita adalah satu bangsa yang merdeka bukan sekadar 50 tahun saja tetapi semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi, iaitu tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah. Itulah perlembagaan negara Islam kita yang pertama, itulah kebijaksanaan bangsa kita. Selagi kita bernama manusia selagi itulah kita harus memperjuangkan nasib sejarah bangsa kita yang telah dirampas oleh mereka. Harus diingat juga bahawa sejarah ini adalah sejarah tamadun Islam dan setiap jihad walaupun melalui penulisan mata pena, ia tetap ada ganjarannya di akhirat kelak.
Kami sambut dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih di atas keberanian pakar bahasa dari universiti tempatan yang sanggup menjalankan kajian setelah terkejut mengetahui bahawa bahasa Siam yang digunakan di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak sama dengan Bahasa Tai yang digunakan di Thailand hari ini.
by-kuzairi
Suatu Kefahaman Tentang Tasauf
Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :
1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah dan sebagainya.
Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahgian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias
Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun usul.Contohnya:Kalau kita faham Bid’ah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid’ah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).Persoalannya Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid’ah mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinya seperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi spr Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.
Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng sama jugalah dengan mazhab aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.
Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan oleh Ustaz Tengku Fauzi apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:
1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi’I
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta’illah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.
Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang Tawasul dan Rabitah.
Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah.Sebenarnya kita mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.
Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?
Penjelasan Tawasul secara ringkas.
Tawasul atau wasilah menurut dalam pengertian bahasa ialah:“Sesuatu yang dekat kepada yang lain”.Manakala makna dari istilah hukum Islam bermaksud“Pendekatan kepada Allah Ta’ala dengan mentaati dan beribadah kepadanya, mengikut Nabi-nabi dan Rasul-RasulNya dengan semua amal yang di kasihi dan di redhai-Nya”
Ibnu Abbas menegaskan: "wasilah itu ialah pendekatan(qurbah)¨.Qatadah mentafsirkan qurbah itu ialah:"dekatkan dirimu kepada Allah Ta'ala dengan mentaati Nya dan mengerjakan amal yang di redhai Nya¡¨maka setiap perintah syara' samada yang wajib mahupun sunnat adalah tawasul atau wasilah mengikut syariat.
Dalil naqalnya ialah : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keberuntungan¨ (Al Maidah : 35)
Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala.Mengamalkan sesuatu amal-jalan(wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu umum tetapi berdasarkan muafakat dengan Haq Ta'ala.Diantara penjelasan ahli Tafsir yang senada tadi (sama maksud) ialah:
a. Tafsir Al Khazin j.2 ms 47.
b. Tafsir Ibnu Katsir j2 ms 52-53.
c. Tafsir Fi Zhilalil Quraan j6 ms 146
d. Tafsir Al Futuhatul Ilahiyah ms 488
Manakala Tafsir :
a. Sirojul Munir (Imam Syarbaini Al Khatib)
b. Al Kasysyaf (Imam Zamakhsyari)
c. Anwarut Tanzir (Qadhi Al Baidhawi)
d. Al Kabir (Imam Fakhrur Razi) semuanya pada umumnya menyatakan wasilah atau tawasul membawa maksud:"carilah jalan supaya kamu dapat taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta'ala¨.
Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan kedua- dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:
1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.
2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.
Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah iaini mencari jalan yang diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan berdoa,bershalat,bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur mereka, membaca mauled , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka iaini dengan menambat hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita . Kesemua amalan-amalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat(ghayyah) mendekatkan diri kepada Allah iaini dengan lain perkataan Bermaksudkan Allah dan keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainya.
Makna Kedua iaitu Semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syara¡¦)namun yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasenya kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah yang menentukan dan memaqbulkan segala doaersoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.
Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara’ dan I'tiqad kita benar iaini beri'tiqad yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.
Sudut Pertama: Apakah orang yang mati itu bererti dianya sudah lenyap atau ghaib samasekali?Ada pendapat yang mengatakan minta tolong dengan orang yang sudah mati adalah sia-sia kerana orang yang sudah mati itu sudah lenyap(tiada) dan tiada boleh buat apa-apa ?Benarkah pendapat ini?
Sebenarnya orang yang sudah mati itu bukan bermakna mereka telah lenyap atau hancur sama sekali tetapi mereka itu hidup semacam kita. Cuma mereka telah berpindah alam iaini dari alam dunia yang fana ke alam barzakh atau alam arwah(ruh).Dalil firmanNya:“Dan jangan kamu mengatakan terhadap orang-orangyang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu ) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya(melihatnya)”. (Al Baqarah :154)
Sudut Kedua : Apakah terputus hubungan secara total diantara orang yang hidup dengan orang yang telah mati ?Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang hidup terputus hubungannya dengan orang yang mati jadi bagaimana mereka(arwah) boleh menolong orang yang hidup bersandarkan hadis nabi s.a.w.:Apabila anak adam telah mati maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat baginya dan anak yang shaleh yang mendoakan orang tuanya¡¨. (Riwayat : Bukhari)
Sebenarnya hadis ini menerangkan kepada kita bahawa orang yang meninggal dunia segala amal taklifiahnya telah terputus (maknanya sudah tiada lagi sesuatu amalan yang di pertanggungjawab oleh syara' ke atasnya dan tertutup segala manafaat sebab tiada lagi amalan yang boleh dilakukan ) kecuali tiga macam amal tadi tetapi hadis ini bukan menekankan bahawa tiada hubungkait langsung dengan orang yang hidup, bukan begitu!Kerana kita masih ada kait dengan para arwah dan ini boleh dilihat dalam dua hubungan iaitu:
a. Hubungan yang hidup dengan si mati.
Sebenarnya bukti orang hidup boleh memberi manafaat dengan para arwah ialah misalnya kita membayar hutang si mati maka beban mereka di sana akan terangkat insya'allah.atau menghadiah kan bacaan Qulhuallah 11 kali atau membaca yassin lalu di niatkan hadiah kepada si mati maka insya'allah dapat manafaat pada simati tersebut.
b. Hubungan yang mati dengan si hidup.
Bagi para arwah khusus ibu bapa kita dan orang-orang yang sholeh bahawa mereka akan menolong kita dengan mendoakan untuk kita dan kesejahteraan kita.Misalnya dalam surah At Taubah ayat 106 bermaksud: "Dan katakanlah (hai Muhammad):Hendaklah kalian berbuat.Allah dan RasulNya serta kaum mukminin akan melihat perbuatan kalian¨.
Ibnu Katsir menerangkan bahawa setiap amal perbuatan orang-orang yang masih hidup diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia.Ia mengenengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi ,berasal dari Jabir r.a. bahawasenya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amal perbuatan kalian akan diperlihatkan kepada sanak -keluarga dan kaum kerabat. Jika amal kalian itu baik mereka menyambutnyadengan gembira. Jika sebaliknya, mereka berdoa: 'Ya Allah , berilah mereka ilham agar berbuat baik dan taat kepadaMu'¨
Sudut Ketiga : Apakah orang yang telah mati itu(ruh) boleh menolong?Jawab kita boleh dan harus.Kerana ini pernah terjadi di zaman semasa dan selepas wafat nabi s.a.w. dan banyak contoh-contohnya misalnya... Di antara bukti yang jelas bagaimana orang-orang mati khususnya para nabi dan para auliya yang telah mati di mana ruh mereka dapat menolong orang yang hidup ialah sepertimana di waktu Rasulullah s.a.w mi'raj ke langit; di mana baginda Rasulullah s.a.w. telah berjumpa dengan ruh Nabi Adam a.s. dan ruh Nabi Ibrahim a.s. pada langit pertama dan kedua seterusnya nabi Adam dan nabi Ibrahim mendoakan kepada Allah Ta'ala supaya diberkati dan di bahagiakan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya.
Keterangan ini bersandarkan pada hadis Ibnu Abbas yang di rawikan oleh Bukhari.Sedangkan mereka telah pun wafat.Kemudian terdapat beberapa peristiwa memohon pertolongan dengan nabi s.a.w. setelah beliau wafat iaitu:
Peristiwa pertama :Berkata Muhammad bin Al Munkadir:Seorang lelaki yang akan pergi berjihad , menaruh wang sebanyak 80 dinar di samping ayahku , sebagai amanat, dan ia berkata kepadanya(ayahku): "Jika engkau memerlukan wang ini maka gunakanlah".
Kebetulan terjadi kenaikan harga di mana-mana maka ayahku menggunakan wang tersebut. Akhirnya ketika pemilik wang itu dating untuk mendapatkan wang simpanannya semula maka ayahku meminta dia datang pada keesokan harinya.Malam itu ayahku pergi ke masjid, duduk dan berdoa kepada makam dan mimbar Rasul. Ia terus dalam keadaan istighasah(memohon pertolongan) sampai hampir subuh. Ketika itu , dalam kegelapan masjid, muncul seseorang dan berkata: "Ambil lah ini, wahai Abu Muhammad,seraya memeberiken kepadanya sebuah kantung yang berisi 80 dinar.
Peristiwa kedua:Abu Bakar Ibn al Muqirri berkata: "Saya dan Thabrani serta Abu Syeikh merasa sangat lapar.Ketika kami berada disamping makam Nabi s.a.w. Pada malam itu , di sisi makam rasul s.a.w. aku berkata: "Wahai Rasulullah , kami lapar". Tidak lama kemudian , terdengar ketukan di pintu masjid dan masuklah seorang lelaki dari golongan Alawi bersama dua orang pemuda.Setiap orang dari mereka membawa kerajang yang penuh dengan makanan. Setelah kami selesai makan , orang Alawi itu berkata : "Aku melihat Rasulullah s.a.w. dalam mimpiku dan beliau memerintahkan aku membawakan makanan untuk kamu semua".
Peristiwa Ketiga:Ibn Jallad berkata:Aku memasuki kota Madinah dalam keadaan sangat miskin dan kekurangan. Lalu aku datang ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah , aku ini tetamu mu, kemudian aku tidur. Dalam tidur itu aku mimpi melihat Rasulullah memberikan sepotong roti kepadaku.
Peristiwa Keempat:Berkata As Sayyid Ja’far bin Hassan Al Barzanji Al Madani dalam kitabnya “Jaliah Al Karbi Biashabi Sayedil ‘Ajam Wal ‘Arabi yang disebut juga oleh Al Hamawi dalam kitabnya Nataiju Al Irtihal Was Safari Fil Akhbar Al Qarni Al Hadi Al Asyar dalam perkara terjemah Al Jami’ Bainas Syariah Wal Haqiqah As Syeikh Ahmad bin Muhammad Ad Dimayati yang mahsyur dengan panggilan Ibnu Abdul Dhani Al Banna yang mati di Madinah Munawwarah dalam bulan Muharram tahun 1116 hijrah katanya:“Dalam suatu musim haji , saya bersama-sama ibu saya telah menunaikan fardhu haji.Tahun itu adalah tahun kemarau.Bersama saya ialah dua ekor unta yang telah saya beli di Mesir.Dengan menaiki dua ekor binatang inilah kami menyempurnakan haji kami.
Setelah selesai menyempurnakan haji , kami ziarah pula Madinah tetapi kedua-dua ekor unta kami telah mati di sana, sedang kami tiada punya wang untuk membeli ganti atau pun menyewanya kepada orang lain(supaya kami dapat pulang semula ke Mesir).Benar-benar hal ini sudah tidak ada harapan lagi.Lalu saya pun pergi kepada guru kami Safyuddin Al Qasyasyi. Saya beritahu kepada beliau keadaan yang berlaku dan menambah :”Sesungguhnya saya berazam hendak duduk di Madinah ini hanyalah buat sementara waktu saja , kerana masih penat dalam perjalanan, sehinggalah Allah memudahkan saya (untuk pulang).
Safyuddin Al Qasyassyi mendiamkan diri , kemudian berkata kepada saya :”Awak pergilah ,masa ini juga , ke kuburan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib , bapa saudara Saidina Muhammad s.a.w. Baca sedikit ayat Al Quraan dan terangkan keadaan diri awak dari awal hingga akhir sebagaimana telah awak ceritakan kepada saya ,dan awak berdiri di atas kubur yang mulia itu!”
Maka saya pun buat apa yang disuruh. Dengan bergegas saya pun pergi dan pada masa itu ialah pagi-pagi lagi.Saya baca sedikit ayat Al Qura’an dan saya terangkan keadaan diri saya seperti yang di suruh oleh guru kami.Dan(lepas itu) saya balik semula sebelum zohor. Saya masuk ke tempat suci ‘BabulRahmah’ saya berwudhu’ dan masuk ke dalam masjid. Rupa-rupanya ibu saya sudah sedia ada dalam masjid.
Beliau berkata kepada saya: “Di sana ada seorang lelaki bertanyakan tentang kau, pergilah kepadanya”. Saya bertanya kepada ibu saya: “Di mana dia?Ibu saya menjawab “Engkau tengok di sudut paling hujung masjid ini”.
Maka saya pun pergi , saya nampak seorang lelaki berjanggut putih. Tiba-tiba katanya pada saya: “Selamat datang wahai Syeikh Ahmad”. Saya cium tangannya dan kali ini ia bertanya: “Hendak balik Mesir kah ?” Saya menjawab : “wahai tuan !Dengan siapa kah boleh saya balik ?”Lalu katanya : “Mari ikut saya , saya akan tumpangkan awak kepada seseorang”.
Maka saya pun mengikutnya, sehinggalah kami sampai ke tempat yang bernama ‘Al Munakhah’ iaitu tempat jamaah haji Mesir tinggal di Madinah.Setelah memberi salam kepada pemilik khemah , lalu pemilik itu bangun sambil mencium tangannya dengan cara yang sangat hurmat, katanya kepada orang itu: “Tujuan saya supaya dapat tuan membawa Syeikh Ahmad dan ibunya menumpang bersama -sama tuan ke Mesir…” Kemudian ia menyambung lagi : “Berapa tuan kira ke atasnya ?”(upah atau tambang kerana membawa Syeikh Ahmad dan ibunya).Menjawab pemilik khemah : “Terpulanglah kepada tuan”.
Katanya : “Baiklah ,begini dan begini ….”Demikianlah apabila persetujuan di capai , lalu berkatalah ia kepada saya : “Bangun! Pergilah bawa ibu dan barang-barang awak!”.Saya pun bangun serta melakukan apa -apa yang disuruhnya, sedang ia masih duduk bersama pemilik khemah. Sebelum itu , oleh pemilik khemah, saya telah di syaratkan membayar baki sewa setelah sampai di Mesir kelak.
Semua itu di persetujui dan berikutnya , ia membaca surah Al Fatihah serta menasihatkan saya tentang kebajikan. Ia bangun dan saya mengikutnya. Setelah sampai di mesjid, ia berkata kepada saya : “Masuk awak dulu saya kemudian”.
Saya pun masuk dan menunggunya. Hingga selesai sembahyang ,saya belum melihatnya. Puas berulang-ulang saya mencarinya tetapi tidak berjumpa.Lalu saya balik semula kepada pemilik khemah bertanyakan tentang orang yang membawa saya tadi : “Siapa dia yang sebenarnya dan dimana tempat tinggalnya ?”.
Pemilik khemah memberitahu saya bahawa ia sendiri tidak mengetahui dan bahkan tidak pernah kenal sebelum ini.“akan tetapi” , pemilik khemah itu menyambung keterangannya kemudian: “ketika ia masuk, satu macam perasaan gerun dan takut muncul dalam diri saya , yang belum pernah berlaku seumpama itu dalam umur saya”.
Maka kemudian , saya ulangi lagi mencarinya tetapi tetap tidak berhasil. Lalu pergilah saya kepada guru saya tadi, As Syeikh Safyuddin Ahmad Al Qasyasya. Saya terangkan kepada beliau segala kejadian ini. Katanya mengulas : “Ini ialah ruh Saidina Hamzah r.a. yang menjelma kepada mu”.
Sudut Keempat : Adakah minta tolong pada ruh simati yang sholeh itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik(melakukan syirik terhadap Allah Ta¡¦ala) ?Jawabnya :TIDAK. Kerana pada kita dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa segala permintaan kita (doa) kita adalah ditujukan secara haqiqatnya kepada Allah Ta'ala dan yang dapat memunafaatkan sesuatu atau memudharatkan sesuatu hanya Allah tidak pada yang lainnya samada makhluk hidup mahu pun makhluk mati(atau ruh), tidak ada bezanya yang beza cuma secara fizikali saja pada haqiqatnya tetap sama .
Misalnya:Kita minta tolong dengan orang yang hidup supaya memenuhi hajat kita tentu tidak syirik kerana walaupun pada lahirnya nampak seseorang yang menolong kita tetapi pada haqiqatnya Allah Lah yang memenuhi hajat kita. Cuma orang itu sebagai wasitah(perantara saja) bagi memenuhi hajat kita itu.Begitu jugalah kalau kita bertawasul atau minta tolong pada ruh orang sholeh supaya di doakan kita atau memohon berkat darinya kita tetap beri'tiqad bahawa ruh si mati itu tiada dapat memberi bekas terhadap hajat atau doa kita dan yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Cuma ruh-ruh orang sholeh ini menjadi wasitah(perantara) sebab doa atau hajat kita di maqbul oleh Allah Ta'ala.
Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa dulu) berkata: "..Dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul , wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya berkat mereka di ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah , Tunggal dan tiada bersekutu.
Orang yang membezakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, maka orang itu mengi'tiqadkan bahawa orang hidup bias mencipta dan orang yang mati tidak bias lagi. Kita berkeyakinan dan beri'tiqad bahawa yang menjadikan tiap-tiap sesuatu adalah Allah dan Allah itu menjadi kita dan menjadikan pekerjaan kita¡¨.
Adapun ramai Ulama besar mengamalkan amalan tawasul di antaranya :
1. Syeikh Ahmad Khatib Minagkabau
2. Syeikh Sayid Bakfi Syata (pengarang kitab I'anatut Talibin)
3. At Tarabulusi (pengarang kitab Tauhid yang terkenal iaitu Husunul Hamidiyah)
4. Syeikh Abdul Aziz Al Hakim.
5. Syeikh Ibrahim Musa Parabek (pengarang kitab Hidayatus Sibyan)
6. Imam Ramli (pengarang kitab Nihayatul Muhtaj mazhab Syafie)
7. Syekhul Islam Ibrahim Al Baijuri (pengarang kitab Kifayatul Awam)
8. Abdur Rauf Al Manawi (pengarang kitab Faidhul Qadir Al Jamius Saghir)
9. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani (pengarang kitab Aqidatul Najin)
10. Syeikh Nawawi Bentan
11. Imam Barzanji
12. dll.
Kalau ramai Ulama besar beramal mestilah ianya boleh dan sangat baik dilakukan dengan jalan yang betul. Tak akan pula Ulama-Ulama yang terkenal dan di akui ini akan mengajar atau mengamalkan sesuatu yang menyesatkan.Siapa nak pergi tempah ke neraka di jauhkan Allah Ta'ala.Tapi kalau masih ada puak yang tak percayakan Ulama itu saya angkat tangan..Tak guna berhujjah jika sumber istimbat hukum sudah menyeleweng!!
Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?
¨Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?
Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi¨.(Dirawikan oleh Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.
Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?
Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ? Sudah tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al Quraan dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ? Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..
Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui ketogeri satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalam-dalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.
Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.
Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.
Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡

Alter Terahsia Bangsa Melayu 8
Subscribe to:
Posts (Atom)