Pages

Friday, October 3, 2014

Jambatan kaca setinggi 180 meter

GELAGAT dua pengunjung yang ketakutan ketika melintasi jambatan kaca di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China.


HUNAN – Sepasukan jurutera membina sebuah jambatan kaca yang menghubung dua lereng bukit setinggi 180 meter di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China, lapor Metro Online kelmarin.
Jambatan sepanjang 300 meter ini berbeza daripada sebuah lagi jambatan gantung di wilayah Hebel kerana struktur tersebut berbuai apabila ditiup angin.
Seorang wanita tempatan, Yun Ku, 23, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyeberangi jambatan kaca itu.
“Pada awalnya, saya tidak berasa apa-apa tetapi kaki saya longlai selepas berjalan kira-kira 100 meter di atas jambatan tersebut,” kata Ku.
Bantuan kakitangan yang dilatih khas turut disediakan bagi membantu pengunjung untuk menyeberangi jambatan tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3F2FRcgKg 
Hakcipta terpelihara 

‘Jemput datang mencuri’


Riyadh: Seorang lelaki yang berang selepas rumahnya berulang kali menjadi sasaran pencuri, meletakkan papan tanda di depan rumah dan mencabar pencuri terbabit mencuri lagi.

“Kepada pencuri yang sentiasa masuk ke rumah ini untuk mencuri. Saya sudah mengenali sebahagian daripada anda.


“Kerana hilang sabar, saya sudah membeli pistol dan mempunyai lesen. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya. Saya pelawa kamu supaya datang dan mencuri lagi. Saya akan pastikan semua pintu dibuka siang dan malam,” menurut tulisan pada papan tanda berkenaan.



Akhbar berbahasa Arab, Al Weam yang melaporkan kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama lelaki terbabit, mahupun alamat rumahnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Rayu pulang seluar dalam


Bulawayo (Zimbabwe): Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.

Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.


Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.



“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth.


Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

4.1kg rambut dalam perut


Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum.

Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin.
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri.

“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir.

Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu.
Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.

Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.
Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik.

Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun.
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Thursday, October 2, 2014

Jambatan Jamrah tampung 500,000 jemaah


Projek pembesaran Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat itu siap sepenuhnya pada 2008.
Projek pembesaran Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat itu siap sepenuhnya pada 2008.
MAKKAH - Jambatan Jamrah baharu kini boleh memuatkan 500,000 jemaah dalam satu masa, menurut Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb, kelmarin.

Beliau memaklumkan kementeriannya juga merancang untuk memperluaskan laluan di Mina untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa akan datang.

"Anggota keselamatan akan turut ditempatkan di sekitar Jambatan Jamrah untuk memantau pergerakan jemaah sepanjang ibadat melontar," katanya dalam laporan Arab News.
Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah mengesahkan persediaan menerima kedatangan jemaah berjalan lancar seperti dijadualkan.
Difahamkan, beberapa pemimpin negara Islam termasuk Presiden Sudan, Omar Bashir, Presiden Somali, Hassan Sheikh Mahmoud dan Presiden Maldives, Abdullah Yameen turut mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim ini.
Dalam satu kenyataan lain, Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar melaporkan cuaca di Makkah, Madinah dan kawasan sekitarnya adalah sederhana dengan suhu di bawah 36 darjah Celsius.

1 Kor Kor 1111 RM2.5 juta


Siswa jurusan undang-undang di Universiti Assumption, Thanapat Tuntisevekul, semalam menerima plat bernombor 1 Kor Kor 1111 itu daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Darat, sekali gus mencatat rekod bidaan tertinggi sejak amalan melelong diperkenalkan pada 2003.
Thanapat turut dibenarkan mencipta sendiri rekaan untuk nombor plat berkenaan dan memilih tajuk “Lapan Kuda di Sungai Permata” yang dipercayai menjamin tuah, kemakmuran dan keselamatan kereta berkenaan.

Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.
Foto
Thanapat menunjukkan nombor plat yang dibidanya.

Kereta model itu biasanya berharga hanya 480,000 baht (RM48,000) di Thailand.

Hak ke atas nombor 1 Kor Kor 1111 itu boleh dipindahkan melalui jualan atau diwariskan kepada individu yang dipersetujui.

Thanapat juga dikenali sebagai James berkata, dia ditawarkan sebanyak 33 juta baht (RM3.3 juta) untuk nombor plat berkenaan namun menolaknya kerana jumlah dibayarnya tidaklah terlalu mahal.

“Keluarga saya sedia membayar 50 juta baht (RM5 juta) untuk plat ini,” katanya.

Menurut Thanapat, keluarganya mempunyai perniagaan hartanah. 
Tambahnya, dia sekeluarga juga gembira wang itu akan digunakan untuk tujuan yang baik iaitu sebahagian daripada dana bagi mempromosikan keselamatan jalan raya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata wang itu akan diserahkan kepada Dana Keselamatan Jalan untuk menjalankan kempen mengurangkan kadar kemalangan selain meningkatkan kesedaran mengenai cara pemanduan selamat.

Setakat ini lebih 320 juta baht (RM3.2 juta) berjaya dikumpulkan untuk dana berkenaan sejak bidaan seumpama itu diadakan, 11 tahun lalu.

Rekod bidaan tertinggi sebelum ini adalah untuk nombor plet Yor Ying Yor Ying 9999 iaitu 11 juta baht (RM1.1 juta). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

Lelaki terkuat miliki 19 rekod dunia



FAST memiliki 19 rekod dunia dan menggunakan wang yang diperoleh untuk acara kebajikan.


COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat, lapor MailOnline semalam.
Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan.
Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan.
Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing.
“Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa,” kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun.
Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3EwOjwuhb 
Hakcipta terpelihara 

Bilionair mahu bina hospital ‘kapal layar’



LAKARAN hospital berbentuk kapal layar yang akan dibina oleh Klyukin. - AGENSI


MOSCOW – Seorang bilionair Rusia merancang untuk membina sebuah hospital berbentuk seperti sebuah kapal layar, lapor akhbar MailOnline semalam.
Bilionair tersebut, Vasily Klyukin berkata, binaan yang dinamakan Hospital dan Spa White Sail itu kelak akan muncul sebagai hospital paling menarik di dunia.
Klyukin berkata, beliau mendapat ilham untuk mendirikan hospital unik selepas menjalani ujian kesihatan untuk menyertai program pelancongan ke angkasa lepas.
“Saya akan berlepas ke angkasa lepas tahun hadapan. Saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan.
Saya mahu membina hospital yang tidak menakutkan pesakit,” tambah Klyukin.
Hospital itu akan dibina di Bandar Raya Ekonomi Tunisia, Enfidha.
Projek tersebut disokong oleh firma Arab Saudi, Lalei Al Barakah Est dan akan dibina oleh firma kejuruteraan Thornton Tomasetti. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3EwOHJFAG 
Hakcipta terpelihara 

Miao Room gua paling besar di dunia


Sungai Getu He yang berwarna hijau, menambahkan keindahan ruangan dalam Gua Miao Room. - AGENSI
BEIJING 1 Okt. - Sebuah gua di China diumumkan sebagai gua paling besar di dunia sekali gus mengatasi rekod keluasan Gunung Mulu yang terletak di Taman Negara Mulu di Sarawak, Malaysia.
Perkara itu diumumkan laman web National Geographic, baru-baru ini selepas satu kerja pengukuran gua yang diberi nama sebagai Miao Room itu dilakukan sebuah pasukan dari Universiti Lancaster, United Kingdom, tahun lalu.
Miao Room dilaporkan mempunyai keluasan 10.78 juta meter padu, melebihi keluasan Gua Mulu di Sarawak dengan kiraan lebih 10 peratus dan boleh memuatkan sebuah pesawat Boeing 747.
Bagaimanapun, Gua Mulu masih kekal sebagai gua yang mempunyai ruang permukaan terbesar di dunia iaitu dengan keluasan kira-kira 47,005 meter padu.
Gua besar yang terletak pada kedudukan 100 meter dari bawah tanah itu terletak di Taman Negara Ziyun Getu He di ibu negeri wilayah Guizhou, Guiyang, di China, kawasan yang turut menempatkan beberapa gua terbesar di dunia.
Miao Room pertama kali direkodkan oleh pasukan geologi China-Eropah pada 1989, namun usaha mengukur saiz sebenar gua itu hanya dilakukan tahun lalu.
"Bagi saya, gua ini adalah ibarat penemuan K2 atau puncak Himalaya yang lebih besar berbanding Gunung Everest," kata ketua bersama ekspedisi yang mengkaji gua di China, Tim Allen kepada National Geographic sebagaimana lapor Mail Online.
Melalui kerja pengukuran yang menggunakan teknik pemetaan laser tiga dimensi (3D), Miao Room digambarkan mempunyai dua kubah yang besar dan hanya boleh dimasuki menerusi saluran air bawah tanah Sungai Getu Hu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_04/Miao-Room-gua-paling-besar-di-dunia#ixzz3EwNBU1Uq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Datuk terbangkan belon udara ke perut Bumi


Ivan Trifonov menerbangkan belon udara panas di Gua Mamet yang memiliki kedalaman 205 meter dan lebar 60 meter, bulan lalu.- AGENSI
ZAGREB, Croatia 1 Okt. - Seorang warga emas berjaya mencatatkan nama di dalam Guinness Book of Records selepas berjaya menjadi manusia pertama memandu belon udara panas ke dalam perut Bumi.
Mail Online melaporkan, pakar penerbangan, Ivan Trifonov, 70, berjaya melakukan aksi itu di Gua Mamet di sini, yang memiliki kedalaman 205 meter dan lebar 60 meter, bulan lalu.
Trifonov berkata, bagi memastikan usaha tersebut berjalan lancar, dia perlu mengubah suai reka bentuk belon udara berkenaan menjadi lebih kecil daripada saiz biasa, yang turut menyaksikan dia terpaksa duduk di atas tangki gas.
"Peluang seperti ini berlaku sekali dalam seumur hidup. Ini satu ekspedisi yang amat sukar. Anda perlu pastikan belon udara dan cuaca baik.
"Saya tidak rasa ada orang lain yang sanggup melakukan aksi berbahaya seperti ini lagi," jelasnya, sambil menambah usaha berkenaan mendapat bantuan daripada Lembaga Pelancongan Croatia.
Ekspedisi pemanduan belon udara panas tersebut yang diinspirasi daripada buku Journey to the Centre of the Earth tulisan Jules Verne berlangsung selama 25 minit.
Trifonov sebelum ini pernah mencatat nama dalam Guinness Book of Records selepas memandu belon udara panas ke Kutub Selatan, Kutub Utara, merentasi Laut Mediterranean selain menjadi orang pertama berdiri, menyelam dan terbang di Kutub Utara dalam masa 12 jam.
Sementara itu, Lembaga Pelancongan Croatia berharap aksi mencabar yang dilakukan oleh Trifonov dapat menarik perhatian ramai pelancong untuk datang ke negara ini bagi menikmati keindahan pemandangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_05/Datuk-terbangkan-belon-udara-ke-perut-Bumi#ixzz3EwLsRKLY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 1, 2014

Nama Terpanjang, Popular Dalam Rekod JPN


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 8:38 PM
Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah nama terpanjang dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

PUTRAJAYA: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad' yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang.

"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Jelas Sulaiman, 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras.

"Kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Oktober 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara.

"Kad beras pada mulanya dikeluarkan sebagai pengenalan identiti di samping bertindak sebagai satu daripada langkah untuk membendung anasir komunis di tanah air," katanya.

Jelas Sulaiman, warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan Laporan Perbelanjaan JP Ndalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan teragih MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih.

"Dengan bertambah pusat percetakan teragih, urusan permohonan dan pengeluaran kad (MyKad) dapat dipercepatkan," katanya.
mstar

Rumah 'Berhantu' Ditawarkan Secara Percuma


Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 11:23 AM
Rumah usang yang pernah menjadi vila menarik suatu ketika dahulu dipercayai berhantu, dan kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai.

SEBUAH rumah yang dipercayai pernah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan mengerikan, kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai apabila majlis tempatan di Orizaba, Mexico mahu membersihkan bangunan yang terbiar dan menyakitkan pandangan itu.
Rumah itu dipercayai 'berhantu' berikutan jiran-jiran mendakwa sesiapa bermalam di kediaman itu akan mengalami pengalaman yang menakutkan.
Dibina oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan pernah menjadi sebuah kediaman vila menarik suatu ketika dahulu, ia telah ditinggalkan sehingga menjadi usang.
Di sebalik kisah rumah itu, dahulunya pernah menjadi lokasi pembunuhan di mana ahli perniagaan itu bersama keluarganya dibunuh dengan kejam oleh seorang pembantu rumah yang bersikap cemburu.
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai kejadian itu termasuk bilakah ia berlaku tidak diketahui, tetapi penyelia pelancongan Lara Barragan menjelaskan: "Ia merupakan satu tragedi yang dashyat."
"Ahli perniagaan itu tinggal di situ bersama isterinya dan dua anaknya, dan mereka mengambil seorang pembantu rumah lelaki yang ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut dan memasak.
"Tetapi lelaki itu dengki dengan kekayaan mereka, dan dia membunuh seluruh keluarga termasuk pasangan suami isteri terbabit dengan meracunkan makanan mereka.
"Dia merancang untuk mengebumikan kesemua mayat di taman, tetapi dikesan oleh seorang rakan kepada ahli perniagaan itu, yang kemudian telah menyerang dan membunuhnya."
Rumah berkenaan kemudiannya dibiarkan kosong sejak bertahun-tahun dan menurut penduduk di kawasan itu kini mempercayai ia telah dihantui oleh roh keluarga yang dibunuh.
Majlis tempatan kini menawarkan rumah itu secara percuma kepada sesiapa yang mahu menjadikan ia sebagai sebuah kediaman, selepas beberapa cubaan untuk menjualnya gagal. - mirror.co.uk
mstar

Jambatan Gantung Menakutkan Di Dunia


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 11:50 AM

JURUTERA China berjaya mengilhamkan sebuah jambatan gantung paling menakutkan di dunia di wilayah Hunan, selatan negara tersebut yang telah dibuka kepada orang ramai.
Ia bukan sebuah jambatan yang membahayakan nyawa pengguna tetapi lantainya yang diperbuat daripada cermin membuatkan pengguna takut untuk melihat curam sedalam 180 meter di Pingjiang.
Jambatan gantung yang menemukan dua puncak bukit setinggi 300 meter itu juga dikatakan akan bergoyang apabila ditiup angin.
Ok, this definitely is the scariest bridge ever
Keadaan itu akan menambah ketakutan orang ramai yang melaluinya kerana ramai diantara mereka merasakan akan jatuh ke dalam gaung.
"Pada mulanya saya masih tidak berasa gentar, tetapi apabila berada di tengah jambatan yang bergoyang, lutut saya mengigil ketakutan," kata Yun Ku, 23, sebagai reaksi selepas melintasi jambatan gantung berkenaan.
Bagaimanapun, orang ramai yang mengalami ketakuran ketika berada di tengah jambatan akan dibantu oleh kakitangan terlatih untuk menghabiskan perjalanan mereka.
mstar

1,500 Penumpang Sain Petisyen Minta Penerbangan Israel Halang Penganut Fahaman Orthodoks Yahudi


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 6:20 PM
Salah sebuah model pesawat Boeing 747 milik Syarikat Penerbangan Israel El Al.

NEW YORK: Satu petisyen yang ditandatangani oleh 1,500 orang telah dikirimkan kepada syarikat penerbangan Israel - El Al - menggesa syarikat itu mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk menghalang penumpang-penumpang dari kalangan penganut fahaman orthodoks ultra Yahudi daripada terus 'membuli' kaum wanita dan lain-lain penumpang pada masa hadapan.
Portal berita Britain,The Mail Online melaporkan, petisyen tersebut dibuat selepas para penumpang pesawat syarikat penerbangan tersebut yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di sini ke Israel menyaksikan bagaimana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan selepas beratus penumpang orthodoks ultra Yahudi enggan duduk bersebelahan dengan penumpang wanita.
Mereka juga dilaporkan enggan berganjak dari laluan di dalam pesawat selagi penumpang lain tidak memenuhi permintaan mereka untuk bertukar tempat duduk.
Petisyen tersebut adalah inisiatif salah seorang penumpang wanita dari Chicago yang bernama Sharon Shapiro yang turut berada di dalam pesawat berkenaan ketika insiden kelam-kabut itu berlaku.
Sharon dalam petisyen tersebut menulis; "Kita semua sedia maklum jika ada penumpang yang bersikap agresif dan mencela ke atas mana-mana anak kapal, mereka akan dengan segera dikeluarkan dari pesawat tersebut. Begitu juga dengan penumpang yang dengan segaja bertindak melengah-lengahkan jadual penerbangan sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa ditunda, mereka juga akan dengan segera dikeluarkan dari pesawat.
"Jika ada penumpang secara terbuka memperlihatkan diskriminasi agama atau perkauman ke atas penumpang lain, atau ke atas anak kapal, mereka juga akan dengan segera dibawa keluar dari pesawat. Oleh itu kenapakah Penerbangan El Al membenarkan diskriminasi gender iaitu ke atas wanita berlaku di dalam pesawat mereka? Kenapa Penerbangan El Al membenarkan penumpang wanita dibuli, diganggu dan dicela sehingga mereka terpaksa menukar tempat duduk yang mereka bayar yang diberikan oleh syarikat penerbangan ini sewaktu mereka membeli tiket? Hak agama seorang penganut tidak bermakna mereka boleh menindas hak sivil orang lain."
Petisyen tersebut antara lain menyebut tindakan penganut-penganut fahaman orthodoks Yahudi di dalam pesawat berkenaan telah menyebabkan penerbangan tersebut terpaksa ditunda kerana mereka enggan duduk di sebelah penumpang wanita.
Mereka mengambil penerbangan itu untuk ke Israel bagi menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Yahudi.Taktik mereka itu bukan sahaja telah menjejaskan jadual penerbangan malah telah mencetuskan huru-hara dan kekacauan di dalam pesawat.
"Beratus penumpang yang lain terpaksa berdiri di lorong laluan pesawat kerana penganut-penganut fahaman orthodoks ini enggan berganjak atau bergerak ke tempat duduk masing-masing sebaik sahaja mendapati penumpang di sebelah tempat duduk mereka adalah wanita," jelas seorang lagi penumpang, Amit Ben-Natan.
"Walaupun setiap penumpang memasuki pesawat dengan nombor tempat duduk sudahpun diberikan kepada mereka sewaktu membeli tiket tetapi terdapat di antara mereka memaksa kami menukar tempat duduk malah ada yang sanggup membayar sejumlah wang kepada kami asalkan kami sanggup menukar tempat duduk dengan mereka dengan alasan mereka tidak boleh duduk bersebelahan dengan wanita," kata seorang penumpang lagi.
"Jelas sekali selagi mereka tidak duduk, pesawat tidak akan berlepas...," ujar seorang lagi penumpang.
Menurut Mail Online, walaupun kakitangan kabin menegaskan yang para penumpang lain tidak perlu melayani desakan para penganut fahaman orthodoks Yahudi itu tetapi pada masa yang sama kapten pesawat membuat pengumuman bahawa pesawat berkenaan tidak akan berlepas selagi para penumpang tidak duduk di tempat masing-masing.
Apabila mendengar pengumuman berkenaan, para penganut fahaman orthodoks Yahudi ini mengambil kesempatan dengan enggan duduk selagi penumpang lain tidak bertukar tempat duduk dengan mereka.
Seorang penumpang yang bernama Galit berkata, seorang penumpang dari kalangan fahaman orthodoks ultra itu telah mencadangkan agar dia duduk berasingan dari rakan lelakinya bagi membolehkan mereka mengambil tempat duduknya dan apabila dia enggan melayani tuntutan tersebut, penumpang fahaman ultra itu mengambil keputusan untuk berdiri di laluan pejalan kaki sepanjang penerbangan tersebut.
"Ia adalah pengembaraan 11 jam yang menyeksakan," ujar penumpang berkenaan.
El Al dalam reaksi segera kepada petisyen tersebut menyebut; "El Al sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi kemudahan dan memenuhi permintaan para penumpang kami dan pada masa yang sama akan memastikan setiap penerbangan tidak terjejas. Dalam hubungan ini pihak syarikat akan meneliti aduan yang dibuat menerusi petisyen ini dan jika terbukti benar terdapat penumpang yang bertindak di luar batasan, kami akan menilai kembali langkah yang perlu diambil pada masa hadapan."
Sharon Shapiro percaya masalah ini hanya akan dapat diselesaikan jika pihak penerbangan terlebih dahulu membahagi-bahagikan tempat duduk mengikut gender ketika tempahan pada masa hadapan.
mstar

Bullet Train Rai Ulang Tahun ke-50


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 5:57 PM

TOKYO: Jepun pada Rabu meraikan ulang tahun ke-50 permulaan kereta api 'Shinkansen' berkelajuan tinggi atau 'bullet train' yang menyumbang kepada keadaan ekonomi pasca perang negara berkenaan serta rekod keselamatannya.

Kereta api N700A yang mirip rupa pesawat itu meninggalkan Platform 19 dari stesen sentral Tokyo pada jam 6 pagi ini, tepat 50 tahun sejak perkhidmatan itu dilancarkan bagi perjalanan yang melalui kawasan perindustrian Pasifik antara Tokyo dan Osaka.

"Perkhidmatan itu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, budaya dan sosial Jepun dengan pengangkutan rel terbaik dunia," kata Koei Tsuge, Presiden JR Tokai yang mengendalikan sebahagian besar rangkaian rel di seluruh negara, sejurus sebelum kereta api itu berlepas.

"Tiada sesiapa pun maut dalam kejadian kereta api tergelincir atau perlanggaran yang membabitkan kereta api 'Shinkansen'.

"Keselamatan adalah perkara utama perkhidmatan kami," katanya ketika kereta api itu meninggalkan stesen menuju ke Fukuoka, perjalanan lebih jauh dari Osaka.

Majlis sama juga diadakan di Osaka dan dua bandar raya lain di antaranya iaitu Shizuoka dan Nagoya.

Perkhidmatan Tokyo-Osaka itu membawa sejumlah 5.6 bilion penumpang sejak dirasmikan, dengan jumlah perjalanan sejauh dua bilion kilometer.

Pada masa ini secara purata kira-kira 424,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, berbanding dengan kira-kira 60,000 pada tahun pertama.

Pada 1964, apabila Tokyo menjadi hos Kejohanan Olimpik pertama di Asia, kereta api itu melakukan perjalanan dengan kelajuan 210 kilometer sejam, meliputi 515 kilometer antara Tokyo dan Osaka dalam masa empat jam.

Kini ia menghubungkan kedua-dua bandar raya itu dalam masa dua jam 25 minit, pada kelajuan 270 kilometer sejam.

Shinichi Kamura, 64, menaiki kereta api pertama 'Shinkansen' dari Tokyo ke Osaka hari ini, seperti dilakukannya 50 tahun lalu sebagai pelajar.
mstar

Pedang antik dalam tiang seri rumah


Mat Hussin menunjukkan pedang antik yang ditemuinya dalam tiang seri sebuah rumah lama dua minggu lalu.
Mat Hussin menunjukkan pedang antik yang ditemuinya dalam tiang seri sebuah rumah lama dua minggu lalu.
Nombor siri pada bilah pedang yang ditemui itu.
Nombor siri pada bilah pedang yang ditemui itu.
BACHOK – Seorang lelaki yang membeli kayu sebuah rumah usang terkejut apabila menemui sebilah pedang lama yang ditanam di dalam tiang seri rumah berkenaan di Pasir Hor dua minggu lalu.

Mat Hussin Mat Ghani,48, berkata, ketika itu dia menjalankan kerja meruntuhkan sebuah rumah usang untuk mendapatkan kayunya.

Ketika kerja itu dijalankan, dia menemui beberapa barang lama termasuk sebilah pedang dipercayai milik tentera ketika zaman perang berdasarkan nombor kod yang ada pada bilahnya.

“Pada bilah pedang itu ada nombor siri HB-E dan nombor 1520, yang saya percaya milik tentera pada zaman perang dahulu.

“Ia juga mempunyai benet pada sarungnya yang saya percaya benet itu untuk diletakkan pada senapang. Saya juga percaya pedang itu pernah digunakan untuk memenggal kepala orang pada zaman dahulu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mat Hussin berkata, selepas pedang itu dijumpai, rakannya yang bernama Yusri ingin membawa ia pulang ke kampungnya di Setiu, namun ketika di pertengahan jalan dia berpatah balik untuk memberikannya kepada Mat Hussin kerana dia gagal mencari jalan pulang.

Selain itu, pedang itu dikatakan perlu diletakkan secara menegak dan tidak boleh diletakkan mengiring.
“Saya rasa pedang antik ini ada keistimewaannya sendiri. Kalau ada orang yang berminat untuk tengok pedang ini pun boleh,” katanya yang boleh hubungi melalui 014 5333482.

Kalau hati sudah suka


Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai di luar kilang komputer Quanta di Shanghai.
Gambar berkenaan terus mendapat sambutan hangat pengguna Internet.
Ada antaranya yang mempertikaikan sama ada berbaloi lelaki terbabit mengetepikan maruahnya di khalayak ramai semata-mata mahu memujuk wanita berkenaan.
Foto
LELAKI tidak dikenali memeluk erat kaki kekasihnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Malah lelaki itu turut menyerahkan sejambak bunga kepada kekasihnya tetapi dibuang wanita terbabit.
Pada satu ketika, dia memeluk wanita itu dengan begitu erat sehingga hampir menyebabkannya terjatuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/01

Lelaki bina luncur air di belakang rumah



ANAK perempuan Paul, Rachel berdiri di hadapan luncur air yang dibina di belakang rumahnya di Stonham Aspal, Britain.


SUFFOLK, Britain - Seorang lelaki membina sebuah terowong luncur air gergasi sepanjang 40 meter di sebuah taman di belakang rumahnya di Stonham Aspal di sini, lapor MailOnline kelmarin.
Lelaki itu, Paul Betts mendapat idea untuk memasang luncur air tersebut selepas mendapat tahu peralatan rekreasi itu dijual pada harga serendah £50 (RM265).
Paul yang dibantu anak lelakinya, Shaun mengambil masa tiga hari untuk membawa luncur air itu ke rumahnya dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk memasangnya semula.
"Saya merancang membina sebuah rumah di atas pokok bagi memudahkan sesiapa masuk ke dalam gelung air ini dan meluncur ke bawah.
"Kami mahu luncur air ini disiapkan sebelum musim panas ini supaya semua rakan-rakan kami boleh merasai pengalaman meluncur di belakang rumah saya," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Eq6ryef3 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki kumpul 750 kotak piza dari seluruh dunia


WEINER bersama sebahagian daripada kotak piza dari seluruh dunia yang dikumpulnya sejak 15 tahun yang lalu.


NEW YORK - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang juga peminat tegar makanan piza diiktiraf sebagai pengumpul kotak piza paling banyak di dunia apabila mempunyai koleksi sebanyak 750 kotak piza dari serata benua, lapor Mirror Online kelmarin.
Lelaki itu, Scott Weiner dari New York telah mengumpul kotak piza sejak 15 tahun lalu dan dia juga memiliki satu kotak piza yang dipercayai terbesar di dunia.
Weiner, 32, memiliki koleksi kotak piza dari 45 buah negara di seluruh dunia termasuk satu kotak piza yang ditandatangani oleh legenda pembuat piza terkenal, Ed Hardy.
"Saya tidak pernah jemu dan bosan untuk merasai setiap jenis piza dan mampu memakan sehingga 15 keping piza pada setiap minggu," katanya.
Ujarnya, kotak piza dari Brazil, Itali dan India mempunyai corak yang paling unik dan menarik.
Weiner turut memiliki sebuah kotak pizza paling besar di dunia bersaiz 137 sentimeter persegi yang dibeli pada harga AS$200 (RM654).
"Saya turut menerbitkan sebuah buku yang menceritakan tentang sejarah semua kotak piza ini dan saya juga merancang untuk membawa kira-kira 100 kotak piza saya untuk dipamerkan dalam satu pameran di London, Britain pada musim sejuk nanti," jelasnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Eq6gVXGE 
Hakcipta terpelihara 

Laut Aral semakin kering


DUA imej menunjukkan keadaan Laut Aral yang semakin kering (kanan) ketika dirakam pada 19 Ogos lalu berbanding (kiri) pada 15 Ogos 2001. - AGENSI

ASTANA 30 Sept. - Laut Aral yang pernah muncul sebagai laut keempat terbesar di dunia, kini kering sepenuhnya buat pertama kali pada tahun ini.
Perubahan terbesar pada laut yang terletak di tengah Gurun Kyzylkum itu didedahkan imej satelit Terra kepunyaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), baru-baru ini.
Dalam gambar itu, NASA menunjukkan perubahan drastik yang berlaku pada laut itu bermula pada tahun 2000 hingga tahun ini, lapor Mail Online.
Laut Aral mengalami perubahan mendadak selepas Kesatuan Soviet pada sekitar 1960-an melaksanakan projek lencongan air utama di gurun yang memisahkan tiga negara iaitu Kazakhstan, Uzbekistan dan sebahagian Turkmenistan.
Dua sungai utama yang mengalir ke Laut Aral pada ketika itu yang mendapat punca airnya daripada salji dan air hujan dari gunung berhampiran, digunakan bagi mengubah gurun itu kepada kawasan pertanian.
Sebelum projek itu dilaksanakan, dua sungai itu, Syr Darya dan Amu Darya mengalir dari gunung melalui kawasan barat laut Gurun Kyzylkum sebelum membentuk takungan di bahagian paling rendah lembangan tersebut.
Projek pengairan itu menyuburkan padang pasir, tetapi membawa kesan teruk kepada Laut Aral dengan kesan pengeringannya jelas dilihat pada tahun 2000 selepas kawasan tasik membentuk beberapa bahagian takungan air.
Kini, Laut Aral yang mengering memberi kesan besar kepada kehidupan nelayan dan penduduk yang bergantung hidup kepada tasik itu.
Selain itu, habuk dari dasar tasik yang ditiupkan angin turut memberi kesan kepada tanaman yang memerlukan air lebih banyak kerana habuk tersebut tercemar dengan bahan kimia sekali gus mendedahkan penduduk kepada masalah kesihatan.
Malah menurut NASA, kehilangan pengaruh air di Gurun Kyzylkum turut mengakibatkan suhu melampau di kawasan itu yang menjadikan musim sejuk bertambah sejuk dan musim panas menjadi lebih kering.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141001/lu_05/Laut-Aral-semakin-kering#ixzz3Eq34ORkL
© Utusan Melayu (M) Bhd