Pages

Tuesday, July 3, 2012

Ramai askar Syria lari ke Turki

ANKARA: Puluhan askar Syria termasuk pegawai tertinggi berpaling tadah apabila melarikan diri ke negara jiran semalam, Turki, lapor agensi berita Anatolia. 

Kira-kira 85 tentera melarikan diri termasuk seorang jeneral dan pegawai kanan lain. Perkembangan itu menjadikan jumlah jeneral Syria yang lari ke Turki selepas mengkhianati rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad kepada 14 orang. - AFP 

No comments: