Pages

Tuesday, July 3, 2012

Kebajikan Suri punca cerai

SURI (tengah) terperangkap dalam kes perceraian ibu bapanya.
SURI (tengah) terperangkap dalam kes perceraian ibu bapanya.
NEW YORK: Kebimbangan Katie Holmes terhadap anak perempuannya, Suri menjadi pengikut Saintologi menjadi punca di sebalik berakhirnya perkahwinannya dengan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Aktres itu dikatakan yakin suaminya bercadang menghantar Suri, enam, ke organisasi Sea cabang Saintologi yang ditubuhkan pada 1968 oleh L Ron Hubbard, penulis sains fiksyen dan pengasas ajaran itu.

Organisasi Sea adalah tempat peringkat tertinggi ajaran itu diajar dan kanak-kanak semuda lima tahun dihantar untuk menetap di situ tanpa kehadiran ibu bapa mereka.
Organisasi itu sering dibandingkan dengan kem tentera dan beberapa bekas ahli Saintologi, termasuk pemenang anugerah Oscar, Paul Haggis, adalah orang yang lantang bersuara menentang keadaannya yang sama seperti kem tentera.

Diwujudkan di laut pada asalnya, tradisi marin masih wujud hingga hari ini, walaupun ia cawangan organisasi itu yang berpangkalan di darat. Satu sumber memberitahu TMZ, Cruise adalah peminat utamanya. Laman web itu mendakwa Cruise dan Katie sering bertelingkah mengenai memberi ajaran Saintologi kepada Suri dan nampaknya kisah mengenai dia menyertai Organisasi Sea akan berakhir. Kapal Saintologi yang besar The Freewinds yang menjadi lokasi parti hari jadi popular Cruise pada 2004 semuanya dikendalikan anggota Organisasi Sea. Ketaksuban bintang Hollywood itu terhadap Saintologi akan dibangkitkan, menurut sumber mahkamah di New York, kerana kepercayaan agama Cruise akan menjadi isu pokok dalam perceraiannya dengan Katie.

“Tak mungkin penasihat Katie akan mengenepikan Saintologi sebagai isu utama dalam perceraian ini,” kata penasihat selebriti ternama di New York, Mike Paul.
Punca perceraian adalah mengenai pertelingkahan untuk kebajikan jiwa Suri. “Satu-satunya sebab untuk Katie memfailkan perceraian ialah kerana dia bimbang terhadap emosi dan kebajikan anaknya.

“Suri berada pada usia dia akan lebih terbabit dengan kepercayaan agama dan Katie jelas mahukan kebebasan untuk anaknya sebelum Suri terbabit lebih jauh dengan Saintologi,” kata Paul. - DM

No comments: