SEORANG pemuda digelar 'lelaki akar' kerana menghidap penyakit Human Pappiloma Virus (HVP) sejak 15 tahun lalu.
Abul Bazadar, 25, yang merupakan pengayuh beca kini sedang menjalani rawatan di hospital di Dhaka, Bangladesh kerana virus tersebut.
Pakar bedah yang merawatnya, Dr Samanta Lal Sen berkata, pihaknya telah membuat keputusan mengenai rawatan yang akan dilakukan terhadap Abul selepas perbincangan dibuat.
Pesakit akan menjalani pembedahan bagi mengasingkan ketuat, selain membentuk semula tangan dan kakinya.
HVP merupakan sejenis virus yang menyerang kulit manusia sehingga merubah bentuknya seperti akar akibat pertumbuhan ketuat.
Daripada 100 jenis HVP yang dikesan, terdapat 30 daripadanya akan memberi kesan terhadap kawasan kemaluan pesakit.