BANDAR GAZA: Kumpulan Hamas yang menguasa Semenanjung Gaza menghentikan ‘sementara’ pendaftaran pengundi kira-kira sebulan selepas membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja mereka.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan, berkata, beberapa ‘halangan’ perlu diselesaikan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya dapat meneruskan tugas mereka.
“Hamas dan kerajaan di Gaza telah menyediakan semua kemudahan yang diperlukan untuk Suruhanjaya Pusat Pilihan Raya (CEC) melakukan tugas mereka dengan mudah.
“Tetapi terdapat banyak isu yang menjadi halangan. Maka, Hamas membuat keputusan menggantung proses pendaftaran pengundi sehingga perjanjian antara pihak yang terlibat untuk menghentikan halangan itu dicapai.”

Kenyataan itu menyenaraikan beberapa halangan termasuk penahanan anggota Hamas di Tebing Barat. - AFP
No comments:
Post a Comment