Pages

Thursday, June 16, 2011

Kereta baharu diletak dalam van kecil


SEBUAH kereta Mazda 626 diletakkan di dalam sebuah van kecil untuk dibawa pulang ke Kazakhstan dari Bargteheide, Jerman baru-baru ini.


BARGTEHEIDE, Jerman - Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.
Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.
Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa van tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.
Kertas akhbar digunakan untuk menutup kereta jenis Mazda 626 itu daripada dilihat oleh orang ramai.
Dua lelaki, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chielewski, 28, yang membeli kereta itu ditahan oleh polis bersama dengan van berkenaan.
Anggota-anggota polis menahan van itu selepas mereka mendapati ia bergerak dalam keadaan tersenggut-senggut.
Seorang jurucakap polis berkata, kereta dan van tersebut telah dirampas.
Namun, katanya, kereta berkenaan akan dibenarkan dibawa pulang ke Kazakhstan setelah semua dokumen perjalanan yang sah disediakan oleh kedua-dua lelaki itu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments: