Pages

Tuesday, February 21, 2012

Tangguh serangan

myMetro | Tangguh serangan: WASHINGTON: Pegawai tentera tertinggi Amerika Syarikat semalam menggesa Israel menangguhkan sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear Iran kerana ia “pramatang” dan mengancam kestabilan.

Dalam temubual dengan stesen CNN, Jeneral Martin Dempsey, memberi amaran serangan seumpama itu walaupun berjaya hanya akan melambatkan usaha Iran memiliki bom atom selama beberapa tahun.


Menurut Panglima Tentera AS itu, Washington menggesa Israel jangan menyerang Iran kerana ia akan mencetuskan tindak balas di rantau berkenaan dengan kemungkinan ia berlaku di Afghanistan atau Iraq.

“Itu adalah persoalan yang dihadapi dan menjadi alasan mengapa Iran tak perlu diserang ketika ini,” katanya.


Menurut Dempsey, nasihat sama turut diberikan kepada sekutu AS itu.


AS juga, katanya, percaya Iran belum memutuskan untuk memulakan keupayaan atau berusaha menghasilkan senjata nuklear.

“Saya yakin Israel memahami kebimbangan AS dan serangan ke atas Iran ketika ini akan mengancam kestabilan serta tidak akan mencapai matlamat jangka panjang,” katanya.


Kenyataan itu dibuat ketika pegawai kanan tentera AS bertemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang lawatannya ke Washington.

Radio melaporkan, Netanyahu dan Penasihat Keselamatan AS, Tom Donilon, mengadakan pertemuan selama dua jam membincangkan isu “ancaman serantau.” Menurut Dempsey, Israel mampu menyerang Iran dan melewatkan keupayaan Teheran memiliki senjata nuklear selama beberapa tahun.


“Namun, sesetengah sasaran mungkin jauh daripada jangkauan mereka, dan tentunya itu membimbangkan mereka,” katanya.


Dempsey berkata, kekurangan bukti jelas mengenai niat sebenar Iran juga mendorong AS cenderung memiliki pendekatan berhati-hati.


“Justeru, saya fikir adalah agak pramatang untuk memutuskan bahawa kini adalah masa sesuai mengambil tindakan ketenteraan,” katanya. - AFP


'via Blog this'

No comments: